PAU

ASSALAMUALAIKUM...



salam semua..semoga semuanya sihat walafiat . semoga urusan kita dimudahkan oleh Allah ..kita dah pertengahan ogos dah hemm..ada berbaki beberapa hari lagi syawal nak habis .. baru ada masa nak update blog hiii  wani perasan ada pertambahan dalam official page wani dekat facebook tu.. tapi buat masa sekarang wani tak dapat nak masuk langsung sebab wani tak ingat password ..adoi la kenapa benda ni nak berlaku pulak.. sayang pulak nak buat page baru adoi malasnya nak main buka banyak page.. tangan tak cukup .. minta maaf la ya .. kalau yang sudi like tu tak dapat wani nak updatekan post kat sana.. ada orang tau tak macam mana nak buka.. adei tanya macam tu pulak .. jawabnya kena godam.. tapi ku bukan penggodam .. tak reti huu..dah habis password dah try ..tapi tak jadi jugak..tak apalah bersabar dulu haa.. kot kot teringat ..

oklah .. kali ini wani nak share pau.. first time buat ni teruja pulak sebab menjadi haaa..wani ingatkan susah sangat sebab tak reti la nak main uli uli tangan ni..lagipun banyak main tunggu tunggu pulak tu asyik delay jer nak buat pau ni..wani tak ingat dah ambil resepi kat link mana tak apalah wani share kat sini..alhamdulillah amat gebu jugak pau ni. wani hanya share adunan untuk buat doh ok sebab inti tu wani buat homemade .. beli yang kat kedai dah siap tu ok jugak.selamat mencuba ...

PAU

BAHAN-BAHAN

300gm tepung pau
3g baking powder
3gm yis
30g gula castor
160ml air
15gm minyak sayur

CARA - CARA
1. ayak tepung pau dan baking powder ke dalam satu mangkuk besar . masukkan  yis, gula castor dan gaul rata.
2. buatkan lubang di tengah tengah campuran tepung tambah air dan gaul rata hingga berbentuk doh. pindahkan doh ke atas papan yang ditabur tepung. uli doh sehingga doh menjadi bentuk bola dan permukaan tu sampai tak melekat.
3. masukkan minyak sayur dan sambung menguli sampai la doh tu menjadi kenyal sampai kita tarik doh tu dia tak mudah nak terkoyak.. kalau tak boleh sambung menguli sampailah doh tu agak elastik.
4. bentukkan doh menjadi bulatan dan masukkan dalam mangkuk.. tutup dengan cling wrap dan biarkan selama 1 jam ( wani perap dalam 1 jam lebih ) 15 minit pun tak apa asalkan doh tu menjadi 2 kali ganda.
5. tumbuk doh dan uli ringan doh untuk keluarkan angin.bahagikan doh kepada bulatan kecil berbentuk bola berat 40 gm. uli setiap bola kecil dan masukkan inti yang disukai dan tutup dengan elok letak atas kertas paper cup yang besar.. wani guna paper cup..
6. rehatkan doh selama lebih kurang 30 minit sebelum kukus.. kukus pau dalam 10 - 15 minit..



1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post