20 April 2014

KUIH PUTERI MANDI

ASSALAMUALAIKUM...


salam semua .. lamanya wani tak jengah blog ni.. rasa dah macam busy dah kebelakangan ni... tengah hari tadi sekian lama dah tak hujan ,, hujan turun akhirnya tapi tak lebat sangat ...macam hujan rintik rintik.. ya Allah rasa nak menangis tengok hujan turun biarpun tak lebat .. alhamdulillah...

ni terasa nak buka blog .. walaupun internet asyik up and down je ..hari ni wani nak kongsikan kuih puteri mandi .. kalau orang kelantan dah panggil kuih kepek hidung ...to be frank .. wani agak jarang nak buat kuih tradisi.. bukan tak nak buat mugkin sebab kuih tradisi mudah didapati kat kedai kan.. so bila craving ,, pergi beli je la .. sampai macam tu sekali kan.. ish ish.. yang ni tterbuat sebab ada kelapa muda banyak sangat dalam fridge.. adoi..senang je nak buat kuih ni... tak payah susah susah .. bila baru nak buat ni rasa macam sedap pulak bila buat sendiri...

oklah ya ... resepi ni walau senang wani ambik jugak dari dapur kak mieza... wani buat satu warna je .. ^^.
sekali lagi ..jemput jempu singgah ke NAS BOUTIQUE ya.. boleh tengok banner sebelah kanan atas .. :))..

PUTERI MANDI AKA KEPEK HIDUNG
SOURCE: MY COOKING ZAIMIEZA

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan tepung pulut - bahagikan kepada 3 bahagian
1/2 cawan air - untuk ketiga-tiga bahagian pulut
Pewarna hijau, merah dan kuning
Esen pandan

Bahan kelapa manis:
1 cawan kelapa parut putih
1 keping gula melaka - mieza guna keping diameter saiz 4 inci
2-3 sb gula pasir
2 helai daun pandan
1/2 cawan air
Sedikit garam

Cara-cara:

1. Sediakan kelapa manis. Satukan gula melaka, gula pasir, daun pandan, air dan garam dalam kuali non-stick. Panaskan hingga gula melaka cair. Kemudian masukkan kelapa parut dan masak hingga sedikit kering. Jangan kering sangat tau. Rasakan manisnya. Kalau suka manis, boleh tambah gula lagi.

2. Bahagikan tepung pulut kepada 3 bahagian dan masukkan ke dalam 3 mangkuk yang berlainan. Untuk setiap mangkuk masukkan warna berlainan setiap satu beserta esen pandan. Dengan menggunakan 1/2 cawan air sedikit demi sedikit, bancuh tepung hingga menjadi doh yang tidak melekat.

3. Dalam periuk, masukkan air dan masak hingga air mendidih. Biarkan air terus mendidih.

4. Ambil doh tepung pulut. Bulatkan sebesar ibu jari kemudian tekan sedikit tengahnya dengan menggunakan jari. Masukkan bebola yang telah dikemekkan tengah ke dalam air yang sedang mendidih. Renehkan hingga bebola kemek timbul dipermukaan air. Ambil penapis teh dan angkat bebola kemek keluar dan toskan airnya.Ulang hingga semua doh habis.

5. Kemudian masukkan bebola pulut kemek yang telah ditos tadi ke dalam kuali yang mengandungi kelapa parut manis. Gaul rata.

***jangan toskan kesemua bebola kemek serentak nanti ia akan melekat antara satu sama lain. Bila angkat je dari air mendidih, toskan dan terus masuk dalam kelapa parut manis dan gaul.

6. Sesuai untuk majlis berbuka puasa..
Komen
2 Komen

2 comments:

Bbwana adienia said...

assalam wani..em, sedapnya..lain sikit kuih puteri mandi yang wani buat tu kan..selalu yang saya buat dan pernah nampak kuihnya kaler putih ja dan tiada kemek-kemek ni..hihi..apapun, sya belajar sesuatu yang baru hari ni..tq..^_^

tun_telani said...

Salam wani.. ni kuih wajib bulan puasa nih..

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (218) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (19) advertorial (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign