24 January 2014

SUP AYAM DENGAN ARROWHEAD/NGAKU

ASSALAMUALAIKUM...


salam semua

perasan tak perubahan suhu kat negara kita ni.. kat sini memang tiap tiap pagi keluar pakai sweater.. dan ada satu malam tu wani rasa sejuk sangat ingatkan wani nak demam.. nak kata hujan pun tak tapi malam tu sejuk giler sampai pakai sweater..pagi sampai ke tengah hari pun rasa suhu sejuk tu..sampaikan air paip nak basuh pinggan terasa sejuk jer.. Apakah faktor cuaca dah nak berubah kat negara kita ni... hemmm

oklah ya beralih arah pasal perubahan cuaca ni .. wani nak kongsi resepi sup ayam .. dah lama dah buat sup ni..masih lagi musim ngaku ni yang hanya dijual masa CNY ...ada sesiapa tak kenal ngaku ke ...dalam gambar tu ada kat belakang owh tak nampak pulak...hiii sebenarnya nak cuba macam mana rasa ngaku bila diletak dalam sup. macam kita letak ubi kentang la tapi ganti dengan ngaku... lain pulak rasanya dengan ubi kentang. sedap dari ubi kentang tuuu..sup ayam tu yang biasa biasa dah wani buat.. rasa orang lain pun ada style masing masing kan buat sup ayam.. bagi wani sentiasa buat 2 versi.. kadang kadang tumis nak bagi naik bau tu dan kadang kadang letak jer bahan bahan sekali gus lepas tu reneh la lama sikit.. sedap kedua dua ..

dan kali ini wani share resepi yang simple buat sup ayam.. ada setengah orang nak bagi ada perasa letak la chicken stock cap apapun.. tapi yang ni wani tak letak..kadang kadang letak jugak..  wani ikut bahan apa yang ada jer ... kalau ada letak kalau tak ada tak letak.. suka suki pulak hiii.. tapi yang penting cook with loooove .. barulah kasih sayang kita sampai kat makanan tu :))

BAHAN-BAHAN

2 ketul isi ayam dipotong sederhana
4- 5 ketul shitake mushroom dibelah 4
3 biji arrowhead/ ngaku dikupas kulit dan dipotong baji
3 cendawan kering ( wani guna black fungus yang telah direbus nak bagi kembang )
1/2 sudu teh serbuk lada putih
garam secukup rasa
2 ulas bawang putih diketuk
sedikit halia diketuk
600ml air
sedikit daun ketumbar untuk hiasan

CARA-CARA
1. panaskan sedikit minyak dan tumiskan halia dan bawang putih sehingga naik bau
2. masukkan ayam gaul mesra sehingga ayam kecut sikit
3. masukkan air, serbuk lada putih, potongan arrowhead, black fungus dan juga cendawan shitake
4. reneh lama sikit lepas tu letak garam secukup rasa..
5. siap dan hidangkan !

Komen
4 Komen

4 comments:

Bbwana adienia said...

assalamualaikum wani..

musim hujan macam sekarang ni sesuai sangat makan sup untuk panaskan badan..memandangkan sekarang ni musim hujan dan suhu yang sangat sejuk.

Umie Jazz said...

Assalamualaikum wani menu yg simple lagi sedap..hirup kuahnya panas-panaskan...

zila norazila said...

Salam wani..mcmna rasanye tu..ttingin jgk akk nk letak dlm kari..
Mmg skrg musim sejuk..angin sejuk dari cina..sampi kt msia dh

Wani said...

rasa lebih sedap dari ubi kentan kak.. sedap gak ler tapi sedap yg digoreng lagi hii

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign