Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Monday, January 6, 2014

SARDINE ROLLS PUFF

ASSALAMUALAIKUM...


salam semua ,kepada yang follow blog wani,, kalau boleh letak link ke senang wani nak follow balik..sebab susah kalau tak letak link .. macam mana nak follow huu... dan ada setengah blog wani tak boleh nak masuk tertutup rapi nampaknya ..nak intai -intai pun tak boleh ... oklah ya  dah masuk minggu ke 2 dah.. persekolahan dah start minggu lepas...amat sibuk la sekejap awal awal tahun ni... rasa malas nak mengomel panjang.. wani rasa dah lama dah tak main guna puff pastry ni.. hampir setahun agaknya huuu.. bila ternampak tu .. beli la buat stok simpan dalam peti lama jugak dok bertapa dalam peti.. fikir-fikir nak buat apa la dengan puff pastry ni..mata pandang tengok bahan apa ada kat pantry ,, ternampak 3 ketul ikan sardin lebih masih ada lagi berbaki dalam tin, parmesan cheese ada, bahan-bahan yang basic memang dah ada .. .dah macam jadi mystery box challenge dah hiiii..jadinya tercetuslah idea nak buat sardines rolls puff

boleh tengok gambar kat bawah tu ya macam mana wani rollkan puff pastry tu.. tabur parmesan cheese .. sedap !! wani guna apa bahan kat dapur je.. kalau anda ada apa yang nak add in kan masuk jer. wani tak guna sebarang lada letak italian herbs..jer..kalau nak gantikan dengan coarse black pepper pun boleh jugak, maka terhasillah sardines puff boleh la buat makan petang. lagi pulak nampak comeyy je roll kecik kecik macam ni.

kalau dulu agak susah jugak wani nak tahu puff pastry ni masak ke tak.. tapi wani lebih suka kalau pastry ni apabila ia masak jadi macam flaky.. jadi yang ni pun wani balik-balikkan jugak nak suruh puff pastry tu masak sekata.. memang sedap makan masa tengah suam suam.. bila sejuk ni ia kureng sikit hiiii.SELAMAT MENCUBA ya....




BAHAN-BAHAN

5 keping puff pastry jenama kawan
3 ketul ikan sardin dalam tin
1/2 bawang besar didadu
1-2 ulas bawang putih dicincang halus
sedikit halia dicincang halus ( kalau tak nak guna tak apa )
1/2 sudu teh italian herbs
parmesan cheese secukupnya
garam dan gula secukup rasa
egg wash = 1 biji telur + 1 sudu teh air

CARA-CARA
1. ikan sardin dibuang tulang. sementara itu panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih, serta halia  sehingga naik bau
2. masukkan ikan sardin dan kacau sehingga ikan sardin hancur masukkan garam, gula secukup rasa serta italian herbs..kacau sehingga sebati..
3. suai rasa boleh angkat dan sejukkan
4. untuk cara-cara macam mana nak roll tu boleh rujuk gambar di atas dan sapuan untuk egg wash bagi nampak keemasan selepas dibakar.
5. bakar dalam 30 minit atau sehingga keperangan ikut suhu oven masing-masing



4 comments:

  1. Wani akk pun dh lma x beli pasrty kwan nie..malas btl la..he hee

    ReplyDelete
  2. Sedapnya..menyelerakan..xpernah lak guna pastry jenama kawan..tq bg info..boleh la cube nnt...
    http://norfaezah-zakaria.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Wow! mengancam.... k.gee baru buat puff sardin guna puff pastry segera... mmg sedap kan...

    ReplyDelete
  4. Assalam wani
    Wahhh ssedapp tu, pandai wani
    Akak blm penah wat pastry gini , memang x reti pun he hee tp mkn suka

    ReplyDelete