15 January 2014

CHENG TENG / CHINESE SWEET DESSERT

ASSALAMUALAIKUM...


salam semua...

Salam maulidur rasul buat semua.. :))...sentiasa berselawat ke atas junjungan baginda Nabi Muhammad SAW... semoga kita sentiasa berada dekat dengan baginda

hujung bulan ni dah nak sambut tahun baru cina...bila pergi dekat mall banyak dah keluar bahan yang pelik -pelik membuatkan wani teruja nak mencuba.. :)).. cheng teng ni mengingatkan wani satu kisah,,,,kisah persahabatan di antara bonda dan rakannya Puan Hidayati Low Abdullah ..seorang cina muslim, berkaca mata, bertudung segi tiga labuh, orang penang tapi suami orang kelantan,,sebab itulah dia mengajar kat Kelantan,  merangkap jugak english teacher wani masa form 2. wani masih ingat lagi kalau dia bercakap bunyi slang cina nya semasa mengajar. bonda amat rapat jugak sebab  kesemua kisah suka duka sepanjang cikgu wani ni mengenali Islam semuanya dia cerita.wani sebenarnya bila dengar cerita pasal muallaf ni wani kagum dan terharu jugak sebab Allah lebih bagi ujian dekat dia .kuatnya dugaan menjadi seorang muallaf bukan senang.tapi jika seseorang itu terasa jiwanya masih kosong dan ingin mencari keredaan tuhan ..semuanya perlu diharungi dengan tabah ...walau banyak cabaran demi cabaran yang dilalui.. dah lama dah tak dengar khabar mereka sekeluarga.. suami dia pun merangkap cikgu sejarah wani masa form 4.. kiranya mereka mengajar satu sekolah..tapi sekarang dengar mereka kat Sabah sebab suami cikgu wani dah jadi pensyarah salah satu Maktab kat sana.. dah banyak tahun berlalu dah...mudah-mudahan Allah satukan perjumpaan kami...

sepanjang bonda mengenali cikgu wani nilah banyak perkongsian resepi ..tapi itu zaman wani sekolah.. wani reti makan jer..hhiiiii .kiranya cheng teng ni resepi pertama masakan cina yang bonda wani buat.. sebab biasanya  Puan Hidayati yang membeli bahan-bahan nak buat cheng teng ni kat kedai herba cina.dia beli dalam kuantiti yang banyak lepas tu agih - agihkan kepada cikgu -cikgu lain yang berminat nak buat cheng teng.. seingat wani bonda ada cuba masak ikan kukus ala cina..maklumlah teruja belajar masak masakan cina.


masa wani nak buat cheng teng ni lah wani teringat lah dekat cikgu,,,, bertanya balik dengan bonda dah mengimbau balik kenangan lama dah.tapi cheng teng yang wani buat ni tak berapa cukup bahan.. bahan- bahan yang dibeli  tu kebetulan pergi ke pasar besar dan ada jual kat kedai india.. kat sini.. pelik jugak hihi...dah ternampak kat situ beli jer lah...sebelum tu, search jugak kat web untuk mengenal pasti bahan yang diguna tapi biasanya wani refer dekat chinese blogger.. maklumlah mereka lah yang lebih arif kan .. banyak bahan jugak mereka masukkan. kat dalam cheng teng ni wani ada masukkan sarang burung jugak .. ohh first time ku makan sarang burung .. agak berjeli jugak rupanya huuuu....

ok wani letak resepi kat sini ya.. wani sebenarnya buat rujukan tak ikut sangat cara dia tu .. sebab nak rebus bahan pun main step by step lepas tu masuk itu lepas itu masuk ini..  lepas air nak mendidih sikit tu wani cebur semua bahan .. renihlahh biar lama sikit... ok siap dah boleh makan dah ..lebih suka makan suam suam... bahan kat sini yang wani tak masukkan longan kering beli!!! tapi terlupa nak ambik dalam fridge huuu  dan pisang kaki kering memang tak ada   dan wani guna biji teratai dan gingko nuts yang dalam vacuum pack.



CHENG TENG
SOURCE: ELLENAGUAN

Ingredients: (serves 4)
50g Pearl Barley (薏米)
50g White Fungus (白木耳)
20g Lotus Seeds (莲子)
50g Dried Longan (桂圆肉)
80g Vacuum Packet Gingko Nuts (白果)
6 Red Dates (红枣)
4 - 5 Seeds of Pang Da Hai(胖大海) (kembang semangkuk )
2 Pieces Dried Persimmon (柿饼), cut into thin slices (pisang kaki kering )
Cane Sugar To Taste
2 Knots of Pandan Leaves(香兰叶)
1.8 Litres of Water



Method:-
1. Soak white fungus and dried lotus seeds separately in warm water for about 10 minutes till soften, trim into small clusters and discard the stem portion. Set aside.

2. Remove the green pith from the center of the lotus seeds to prevent bitter taste when cook.

3. Rinse the pearl barley for 2 to 3 rounds, set aside and bring 1.8 litres of water to boil in a medium pot.

4. When the water comes to boil, add in pearl barley and white fungus and continue to simmer over medium low heat for about 15 minutes.

5. While waiting for the barley mixture, soak pang da hai in warm water until the seeds split open, remove the outer shells and discard the water. Set aside.

6. Next add in lotus seeds, dried longan, red dates and gingko nuts together with pandan leaves and cooked for another 20 minutes or till ingredients soften.

7. Lastly add in cane sugar to taste, turn off the heat discard pandan leaves and add in prepared pang da hai and dried persimmon.

8. Serve either warm or cold.


NOTA: rendamkan bahan yang perlu direndam awal-awal sebelum nak buat esok hari ,senang sikit kerja.. sebab kembang semangkuk ambil masa lambat sikit nak kembang.macam white fungus, barley, dan kembang semangkuk dan juga sarang burung.. lepas rendam wani siap letak dalam bekas simpan dalam peti sebelum diguna esok hari.




Komen
1 Komen

1 comment:

Mel said...

Bahan2 utama mel ada red dates saja. huahuahuaaa.. Hujan2 ni sedapnya dapat rasa dessert gini, di samping belajar resepi baru..^^.

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (218) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (19) advertorial (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign