30 January 2014

ARROWHEAD/NGAKU CHIPS

ASSALAMUALAIKUM....


salam semua ....

esok dah 30 hb.. maknanya cukup 10 entry wani post untuk bulan ni...sekejapnya hari demi hari.. bulan 2 sedang menanti dah...31 hb chinese new year.. bertuahnya kita lahir kat Malaysia ni..  memang nampak macam nak raya dah wani ni hiiii..sempena perayaan tahun baru cina ni, arrrowhead atau ngaku atau istilah lain ubi kentang cina memang berlambak betul kat market.apa yang wani tahu dan search arrowhead ni memang ada simbolik kepada masyarakat cina setiap kali tahun baru cina menjelang.wani,, bila tengok bahan-bahan pelik timbul ni, mulalah dalam kepala ni 1001 persoalan hiii.. maklumlah semangat ingin tahu tu membuak buak.. belajar kenal budaya orang terutamanya dalam masakan mereka memang wani suka. berbalik kepada ngaku ni .. ia tumbuh dalam air. wani pun tak berapa pasti tapi wani ada tengok ngaku ni dok dalam air tumbuh macam bawang gitu...

sudah lama nak buat kerepek ngaku bila tengok ramai cooking blogger dok post kerepek ngaku...kali pertama wani beli dalam 6 biji saja nak try,, 3 biji letak dalam sup ayam dan 3 biji lagi nak cuba goreng.. memang sedap goreng macam kerepek pisang ..sedap!!!... bila ada masa terluang sekali lagi... alang-alang wani dah lalu kat pasar pokok pinang kat situ ramai komuniti cina yang berniaga.. bila ternampak ngaku penuh dalam raga.. ya Allah excited nya hati sebab dah jumpa ngaku huuu,,, ikut wani dah malas nak pergi jalan kat tempat lain.. wani dok harap harap mesti kat pasar tu ada kot takkan lah tak ada ,,sebab ramai orang cina berniaga kat situ...

tapi mahalnya chinese seller tu ambik rm 7 sekilo ..beli kat mydin tu rm 4.80 sekilo tak silap.. tapi terpaksa la ku beli sebab dah malas nak berjalan jalan kat tempat lain.masa wani dok tengah pilih sayur ngaku ni, ramainya mata-mata sedang memerhati... mesti dia orang tengok cam pelik bila tengok orang melayu beli ngaku hiiii...ada seorang chinese aunty datang dekat wani tanya .. you pandai makan ngaku ke atau buat apa.. wani cakap saya buat kerepek.. sambil senyum senyum lagi... aunty tu cakap oohh buat kerepek ya mungkin dia ingat ada buat benda lain kot..banyak nya jual kat situ ..lotus root aka akar teratai pun berlambak jugak dah lama tak buat kerepek akar teratai ni..sekali jer buat .. sedap jugak tau.. !!



chinese seller tu ada bagi tips jugak dekat wani macam mana nak goreng dengan betul..sebab kena pandai main dengan api ...kalau api kecik sangat alamat nya nanti masuk minyak .. kena sedang-sedang elok untuk dapatkan ngaku yang betul betul crispy..

ngaku ni bila kita slice nipis nipis dah nampak keluar macam kanjinya tu.. ia macam ubi kentang jugakla kan tergolong dalam jenis ubi.kalau nak buat kerepek ngaku ni kena betul betul bersemangat lah ya .. mula untuk kupas kulitnya tu sampaila ke goreng ..fuyohhhh wani goreng nak hampir 1 jam lebih dok mengadap dapur tu sambil buat jugak kerja lain.. .. nasib baik cuaca masih sejuk lagi hiiii....kalau tak berpeluh peluh...seriously makan ngaku ni .. addictive..!!!..memang setahun sekali jumpa ngaku.. ohh serius.. !!!

oklah wani tak letak apa apa perisa.. sebab bagi wani ngaku ni dah ada natural flavor..manis manis lemak masin masin pun ada.. so no condiment is added.. apapun di kesempatan ni  gong xi .gong xi.. xin nian kuai le to all malaysians.. and happy holiday :)

ARROWHEAD/NGAKU CHIPS

BAHAN-BAHAN

1kg arrowhead/ngaku
minyak secukupnya

CARA-CARA

1. arrowhead/ngaku dikupas kulitnya ..( kupas dengan elok ya sebab kulit nya nipis sangat )
2. slicekan dengan pisau mandolin nipis-nipis.
3. panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana besar sehingga warnanya bertukar perang muda sikit       ataupun bila buih buih minyak kat tepi tu hampir tak ada. boleh lah angkat .. letak atas kertas tisu.
4. simpan dalam bekas kedap udara

NOTA: Semasa nak goreng ambil sekeping demi sekeping masuk dalam minyak panas ..jangan cebur je semua takut ia melekat dan untuk menghasilkan ngaku chips ni betul betul crispy goreng sampai buih buih minyak hampir tiada..



Komen
3 Komen

3 comments:

Mel said...

musim ngaku sekarang ni. mel teringin gak nak buat tapi idokk jumpa pula..kang dah habis musim baru terkial2 nak buat..uhuu

Bbwana adienia said...

salam wani..

sangat mudah buat ngaku ni kan..ei, rasa nak mintak la yang wani buat tu..heheh..^_^

Umie Jazz said...

mmg sedap ngaku chip ni...

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) advertorial (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign