Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Monday, December 30, 2013

CHICKEN BOXING

ASSALAMUALAIKUM....


salam semua, memang betul lah pasal ramalan cuaca ni, dah 2 - 3 hari asyik berangin jer , rupanya memang hujan sepanjang hari lepas berangin kemudian hujan.. mudah-mudahan walaupun masih dalam bulan hujan, tidak ada perkara yang teruk berlaku.. oklah ya agak lama jugak blog ni menyepi tanpa perkongsian resepi. tinggal 1 hari lagi nak masuk tahun baru ..  macam tak percaya jer wani, mudah mudahan Allah permudahkan segala nya dan mudah mudahan setiap azam yang kita nak pasti tercapai.. InsyaAllah...

hari ni wani tayang chicken boxing ..agak lama jugak la wani berhajat nak buat resepi ni .. asyik delay jer ..walaupun dah lama simpan paha ayam.. wani guna paha ayam yang besar tu ya.. ni first time wani debone sendiri paha ayam tu, walaupun sebelum tu belajar jugak la cara nak asah skill debone chicken tu.. sambil sambil cuci ayam tu ambil cuba kat paha ayam walau masa tu tak bersedia lagi nak buat hiiiii.. 

wani goreng saja jer tak buat pun sos untuk ayam ni. kat dalam blog rohaisha pun ada tunjukkan step by step macam mana nak debone paha ayam.. tapi wani tak buang la kat atas tu.. terasa sayang pulak nak buang .. goreng jer hiii... terima kasih atas perkongsian ini :))



AYAM BOXING
SOURCE: ROHAISHA
Bahan-bahan:

8 ketul peha ayam
Garam secukup rasa
1 sudu besar serbuk lada  sulah
1 sudu kecil parsley kering*
1 sudu kecil basil kering*
1 sudu kecil rosemary kering* | tumbuk lumat bahan bertanda (*)
1 biji telur (kacau bersama tepung jagung)
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu kecil bijan hitam | separuh bubuh dalam bancuhan telur & sebahagiannya gaul bersama 
serbuk roti
1 cawan serbuk roti
Minyak masak untuk menggoreng

Cara menyediakan:
1.Peha ayam dicuci bersih.Potong sekeliling pergelangan peha di bahagian tulang, kemudian hiris 
sedikit isi menghala ke bawah untuk memudahkan proses mengupas isi.Tolak isi ayam tadi dan lipat 
terus 
ke bawah dan biarkan ia berkumpul di situ.Kemudian buang bahagian tunggul yang ada berhampiran 
dengan pergelangan tulang yang mula-mula tadi.Buat proses yang sama ke atas semua peha ayam sehingga selesai.
2.Lumurkan ayam dengan garam, lada sulah dan rempah yang ditumbuk lumat tadi dengan rata.
Biarkan 10 minit.
3.Celupkan peha ayam ke dalam bancuhan telur bersama tepung jagung dan sebahagian bijan hitam 
tadi.
4.Salutkan pula peha tadi dengan campuran serbuk roti bersama bijan hitam sehingga rata.(untuk memudahkan proses menyalut, curahkan campuran serbuk roti & lada hitam menggunakan 
sudu)
5.Panaskan minyak, goreng peha ayam sehingga masak kekuningan dengan api sederhana besar.
6.Hidangkan bersama sos.

Bahan Untuk Sos:
1 labu bawang besar | hiris bulat
1 biji tomato | potong dadu
2 biji bawang putih | hiris
2 inci halia | potong dadu halus
2 tangkai lada merah besar | potong bulat
2 tangkai lada hijau besar | potong bulat
2 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili/ tomato
1 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar gula perang
1/4 cawan air
1/2 sudu kecil | bancuh bersama 2 sudu besar air
Sedikit garam

Cara menyediakan:
1.Tumiskan bawang besar, bawang putih dan hali hingga naik bau.Masukkan cili giling dan biarkan 
pecah minyak sedikit.
2.Masukkan bersama lada merah dan lada hijau, sos tiram, sos  cili/tomato, sos lada hitam dan kacau rata.
3.Bubuhkan air, renehkan.Masukkan cincangan tomato  dan gula perang.Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung, perisakan dengan sedikit garam dan kacau hingga sekata.
4.Tutup api.

2 comments:

  1. assalamualaikum wani..

    wah, Nampak sedap la chicken boxing tu..tahniah la berjaya buat..cantik la wani.

    ReplyDelete
  2. Akk suka ..tp nk beli yg peha je..harga lain kn aym nie..tu yg bli trus seekor..he hee

    ReplyDelete