03 December 2013

CARAMELIZED APPLE TARTS

ASSALAMUALAIKUM....


salam semua ..wani rasa kat tempat lain semua dah hujan sepanjang hari.. jadinya hujan - hujan macam ni cuaca pun sejuk bila cuaca sejuk,, perut cepat lapar pulak...tengok tarikh dah 3 hari bulan maknanya ini bulan terakhir untuk tahun ni..entry pertama untuk bulan ni ..  sayunya rasa nak tinggalkan bulan 12 nih.. maklumlah bila naik tahun baru segalanya baru pulak.. hiii...  setahun lepas tu setahun.. ohhh demi masa begitu pantas kau berlalu...

nasib baik la mak usu wani datang semasa bonda dan abah tiada ..boleh la buat teman..bonda dan abah dah selamat sampai pukul 10:30 tadi....nak ambil jadi lambat sikit walau dah sampai kat airport sejam dah.. bila mak usu datang wani lebih suka dengar cerita mak usu.. asyik kami berbual panjang.. mak usu banyak bercerita tentang "di celah-celah kehidupan" banyak boleh diambil pengajaran..sebagai kesimpulannya wani boleh cakap..dalam kehidupan ini tiada istilah gembira sepanjang hidup tetapi berakhir jugak dengan kesedihan... dan begitulah sebaliknya.. tiada istilah kedukaan sepanjang hidup tetapi berakhir jugak dengan kegembiraan..  setiap manusia Allah telah menguji pada tahap kemampuan masing - masing..itupun dah dinyatakan dalam AlQuran...setiap jiwa yang hidup ini telah tertulis dalam  (Lauh Mahfuz )jadi kita harus terima dengan reda qadak dan qadar Allah..terlebih emo pulak wani ya, wani kalau dengar cerita -cerita macam ni memang wani termenung panjang....

oklah ya kepada pembaca ,,wani tayang caramelized apple tart.. baru nak belek buku resepi yang dah lamaaaaa sangat belinya.... hiiii...untuk shortcrust pastry tu wani boleh dapat dalam 6 biji tart sebab bakar dalam bekas muffin kan ..sebenarnya ada secubit jari je lebih ..wani bakar makan saja hii..adunan dalam buku untuk 12 biji tart.. tapi wani buat separuh jer...tart ni best makan masa suam ..sebab lebih hangat gituuuu.. hiii  untuk dapatkan caramel kat atas tu wani panaskan api atas jap...rupa tart tak comeyyyy sebab wani malas main terap..ambil picit jer terus dalam bekas muffin.

satu jer wani musykil sebab bila wani letak telur dalam apple yang dah diparut tu terus jadi macam berair sikit... mungkin apple wani guna dah agak lama kot..hiii.. ye la dalam seminggu bertapa dalam peti baru nak mula buat projek... biasalah tu projek asyik delay jer hiii. dan wani sudukan parutan apple tu bukan cecair tu.kalau apple berkualiti okay kot...

untuk shortcrust pastry tu wani tak letak gula.. kalau dulu dulu buat pastry biasa gak letak gula .. tapi bila filling dah ada unsur gula so untuk crust wani tak letak dah.. hiii pandai-pandai la ya..resepi ni wani dah olah.. dan masa tu wani ketiadaan stok lemon so wani guna jus limau kasturi jer..tapi kat dalam resepi tu wani taip lemon...


CARAMELIZED APPLE TART
SOURCE: MINI PIES BY SARA LEWIS

BAHAN-BAHAN

Untuk shortcrust pastry

175 gm tepung gandum
43 gm butter ( disejukkan )  dipotong dadu
43gm shortening ( disejukkan ) dipotong dadu
2 - 2  1/2 sudu besar air dalam peti

Cara- cara
1. gabungkan tepung gandum, butter dan shortening, kacau rata sehingga semua sebati
2. masukkan air sejuk dan gaul sehingga ia terbentuk macam breadcrumbs
3. uli dan buatkan doh berbentuk bola dan balut dengan clingwrap.. simpan dalam peti dalam 30 minit
4. keluarkan dari peti, canai doh dan tekap dengan acuan dan masukkan dalam acuan muffin, cucuk doh dengan garpu dan bakar sehingga agak crispy dalam 10 - 15 minit. bergantung kepada oven ya.. bakar dulu crust untuk tak nak bagi soggy sebab filling nya tu macam berair sikit
5. angkat dan ketepikan

BAHAN-BAHAN

Untuk filling

2 biji apple sederhana besar diparut kasar  + 1 biji apple yang dihiris untuk letak topping atas tart
1 biji telur
3 sudu besar gula caster
separuh daripada kulit lemon diparut halus berserta jusnya
butter secukupnya untuk topping atas tart
gula aising atau gula caster secukupnya untuk topping atas tart

Cara-cara
1. apple diparut kasar dan masukkan 3 sudu besar gula caster, kesemua kulit limau dan jusnya serta telur .. kacau sebati. sudukan dalam crust tadi
2.  apple yang dihiris disusun kat atas menutupi filling tadi dan tabur gula caster dan juga taburkan butter yang telah didadu
3. bakar dalam oven yang telah dipanaskan suhu oven masing masing dalam 20 - 25 minit atau sehingga filling nampak pucat dan hirisan apple keperangan kat tepi.
4. untuk topping kat atas tu jadi karamel taburkan gula aising .. dan guna api atas jap untuk jadi keperangan





Komen
11 Komen

11 comments:

Mel said...

wahhh..mudah sangat bahan2 nya..semua ada di dapur.. kena mencari apple dulu ni kalau nak buat..uhuu

Umie Jazz said...

Assalamualaikum wani nmpk sedap...

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Nampak sedap ni!

syapex said...

msti sdap kalau dpt time ujan2 ni...

zila norazila said...

Pndai btl adik akk mggoda..akk keep resepinye dulu..:)

ady said...

salam
wow!!! mesti sedap niiiii

Nikee Me said...

wah..pandai masak awak ni..susah nak cari kelantanese yg tau buat makanan ore puti..bravo

Wani said...

thank you... resepi senang2 boleh lagi ni kot hiii

Wani said...

memang sedap ni kak ros :))

Wani said...

hiii ni terlebih menggoda ni kak... ok nanti cubalah buat :))

tun_telani said...

Salam wani...tak pernah lg tun buat apple tart letak telur. biasa just mix apple cinnamon sugar n sikit corn flour :) tp mmg tun suka makan apple pie dan apple tart :)

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (218) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (19) advertorial (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign