23 November 2013

SUP TULANG

ASSALAMUALAIKUM...



selamat pagi  ..alhamdulillah hari ni dah nampak elok cuaca tak hujan...sejuknyaa kat sini.. hujan dah berderet 4 hari sebelum ni ....tengok kat blog orang lain dok bercerita  macam cerah jer macam panas jer hihi ... wani tidur pun dah pakai sweater sampai ke pagi tambah dengan selimut lagi.. nak basuh pinggan mangkuk cam malas jer sebabnya air sejokkkkk sangat..

post hari ini pasal sup tulang.. dah banyak kali jugak asyik buat sup tulang ..maklumlah banyak sangat tulang hasil dari korban hari tu dok bertapa dalam peti.. terasa macam dah buat banyak kali dah tapi bila bonda asyik sebut tulang tu ada lagi dalam peti .. buat lah sup tulang.. aik  terasa baru je buat sup tulang..ada lagi tulang lembu tu .. buat sup tulang biasanya mesti wani sediakan bubur nasi .. emm sedap makan dengan bubur nasi ..baru ni bila check dalam peti ada tulang yang last sekali lepas tu tak ada dah.

dalam blog ni pun dah lama tak post pasal sup ..nasib baik terlintas nak snap gambar.  biasa dulu dulu rebus tulang gitu jer rempah sup pun biasa-biasa jer.. bila wani ternampak dalam rancangan kat tv "makan" chef tu masak sup tulang vietnam style.. kesemua bawang-bawang tak buang kulit .wani dah agak kalau tak buang kulit ni memang aroma nya lagi sedap... kesemua bahan tu dipanggang jap kalau bawang tu biar nampak caramelized sikit..untuk warna sup yang cantik.cuma wani ada tokok tambah nak bagi lagi sedap hihi...

dan untuk rebus tulang tu bagi wani kena pandai "agak" kalau wani rebus tulang,,, mula-mula letak air  separuh daripada periuk dulu nak bagi isi kat tulang tu lembut ... bila dah isi daging tu betul-betul empuk baru tambahkan air nak jadikan kuah... dan untuk rempah tu wani guna lada hitam, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih.. ada orang letak rempah lain.. tapi bagi wani letak yang ni pun dah sedap hihi...

oklah ya layan resepi. panjang dah dok bercerita ..

BAHAN-BAHAN

1kg tulang
air secukupnya
1 biji bawang kuning dibelah 2 ( tak buang kulit )*
5 ulas bawang merah dibelah 2 ( tak buang kulit )*
4 ulas bawang putih ( tak buang kulit )*
halia 1 inci diketuk ( tak buang kulit )*

*kesemua bahan ni dipanggang jap atas non stick frying pan.

1 sudu teh lada hitam
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 tangkai bunga cengkih
2 bunga lawang
1 inci lengkuas
3 batang serai diketuk
sedikit gula melaka atau ikut suka nak letak  banyak mana jangan banyak sangat
daun sup dan bawang goreng secukupnya

CARA-CARA

1. bawang kuning, bawang merah, bawang putih dan halia dipanggang sekejap atas non stick frying pan sehingga ia kecut dan caramelized sikit kat permukaan belahan tu.
2. masukkan air separuh daripada periuk tekanan dan masukkan tulang, lada hitam, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang, lengkuas dan serai diketuk dan semua bahan yang dipanggang tadi.
3. rebus sehingga isi kat tulang tu empuk. sekiranya tak lembut isi daging tu tambah lagi air .. jangan banyak sangat sekadar tulang tu timbul sikit.
4. bila dah empuk daging tu, barulah tambahkan air untuk dijadikan kuah.bolehla agak-agak sukatan air untuk kuah tu..
5.  baru letak garam secukup rasa dan gula melaka didihkan sekali lagi .. suai rasa .. jika terkurang garam tambah.
6. bila dah siap taburkan daun sup dan juga bawang goreng.hidangkan

Komen
6 Komen

6 comments:

Mel said...

mel pun sama tulang daging korban ritu tak bersentuh lagi..baru sempat mengemas peti ais. Nampak sup akak ni boleh la try ni..

Bbwana adienia said...

salam wani..

wah, pagi2 sudah tayang sup tulang..sedap tu wani..lama la x makan..

tun_telani said...

Salam wani.. cantik kaler sup tu.. kalau kt umah tun pun, tiap2 kali ada tulang masa raya korban mmg mama buat sup tulang seperiuk besar.. xpenah masak mende lain kot tulang nih. hihi

mala said...

baru 2 hari lepas buat clear sup mcm ni tapi guna kambing korban. hujan2/sejuk2 hirup sup panas mcm ni sedap.

Umie Jazz said...

Assalamualaikum wani salah satu menu peberet Uj ni.klu dapat dimkn brsama mee @ mee hon...buat pulak kuah kicap terangkat ni...

zila norazila said...

Akk dh lama x mkn sup tulang..jrg btl msk sup tulang kt umh..biasa sup aym jew..nnt nk try buat la..hirup kuah byk2 sedapnye.

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (218) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (19) advertorial (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign