13 November 2013

CALAMANSI LIME AND HERB ROASTED CHICKEN

ASSALAMUALAIKUM...


salam semua ..emm minggu ni dah minggu terakhir sekolah..dan semakin terasa dah penghujung tahun.. tapi cuaca kat sini panas elok tak adalah nak main mendung atau hujan.. walaupun dah dalam bulan 11..mungkin dalam pertengahan bulan 11 atau hujung bulan 11 musim hujan .. kena buat persiapan musim hujan la pulak..

ada kesempatan masa ni , wani nak updatekan pasal resepi tertangguh... kadang-kadang bila masak ni .. boleh juga terjadi guna bahan yang ada kat dapur je... teringin nak makan ayam bakar, jadinya wani gunakan 1/2 ekor ayam yang dibelah 2 tak guna seekor pun..buat makan malam ratah ayam cicah dengan apa jua sos yang disukai.. harum dengan bau bawang putih tu.. kalau rasa nak bawang putih tu banyak leh ler letak banyak banyak...kalau nak lebihkan daun rosemary kering dan italian herb tu ikut suka hati ya ... yang penting kita suka.. :))

kan mudah jer ayam bakar ni main letak bahan jer jadilah ayam bakar ... :))..wani tukar lemon guna limau kasturi.. eh.. kita guna buah- buahan tropika kita ya asyik lemon jer... hihi

BAHAN- BAHAN
1/2 ekor ayam yang dibelah
1 sudu teh daun rosemary kering
1 sudu teh italian herb
cendawan shitake secukupnya  dibelah dua
4 ulas bawang putih tak buang kulit
2 biji limau kasturi dibelah dua
madu secukupnya
planta atau butter yang dicairkan
Garam 1 sudu besar


CARA-CARA
1. ayam dibersihkan dan dilumur dengan garam, daun rosemary kering dan juga italian herb
2.sumbatkan cendawan shitake, bawang putih ke dalam kulit ayam dan juga limau kasturi
3. lumurkan dengan madu dan juga butter yang dicairkan
4. perap dalam 4 jam atau nak cepat sejam dan bakar dalam 1 jam atau sehingga masak
5 setiap 20 minit, lumurkan dengan butter yang dicairkan tak nak bagi kering
Komen
6 Komen

6 comments:

tun_telani said...

menarik nampak ayam bakar nih. tun pun suka bakar ayam, pastu sambil2 bakar ayam, campak sekali fries dlm tu, senang keje. hihi.. kt sini hampir setiap hari hujan, tp x sepanjang hari lah.

Bbwana adienia said...

uiyoo..sedapnya ayam bakar tu wani..bleh x carikkan skit tu sya?hihi..

zana fahmi said...

Wani buat resipi org diet eh? hehe....
Wani kat Peringat ke? laaa...sekampong dgn hubby ni, silap2 sedara. Kakzana baru perasan kat profile tu. Bulan Dis ni kami balik sana, lama juga dlm 2 minggu kot. Belum hujan lagi ye? Kat Sabah ni dah mcm musim tengkujuh, hari2 hujan.

mala said...

sedapnya roasted chicken .. nak kena cari rosemary dulu

zila norazila said...

Akk dh lma x buat Ayam rsted . Sedapnyee

ady said...

salam
wow!!!! sedapnye...mmg sedap guna rosemary

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (19) advertorial (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign