16 November 2013

APPLE CRISP WITH OATS

ASSALAMUALAIKUM....


salam semua ...dah mula start cuti sekolah... buat adik-adik semua semoga kegiatan pada musim cuti sekolah ini bermanfaat..buat ibu- ibu best la anak-anak dah boleh dok rumah kan .. kena pantau-pantau aktiviti budak-budak lebih lebih musim banjir .. ni .. wani dah naik gerun dengar kes kanak-kanak lemas .. kasihan

oklah ya  dah lama tak post pasal resepi guna oat..makan oat ni banyak khasiatnya.. tapi wani macam sekejap suka sekejap tak.. kalau time suka ..suka pulak hiiii.kadang-kadang wani makan campur air panas je letak garam sikit dan makan.. tak de tambah benda lain pun...masuk mulut jugak hiii...kalau dulu kat blog ni pernah jugak post resepi no bake granola bars tu .yang dibakar ada jugak tapi lebih suka yang no bake..

kali ini nak kongsi resepi apple crisp with oats.. terasa nak masukkan watak Apple dalam resepi oat tapi biasanya orang buat apple pie.. tapi i'm so lazyy to make pie dough,,so kita tukar plan lain buat yang ringkas, mudah dan cepat.tak payah nak main uli uli tepung.. resepi ni lebih kurang apple crumble..dulu pernah buat sekali masa tu baru nak belajar makan dessert orang putih ni.. maklumlah kat negara sejuk sana bila saja musim apple tiba .. dan inilah salah satu resepi yang mereka buat...



oat ni banyak jenis tapi wani guna yang quick cooking bukan yang rolled oats..wani jakun jugak bab jenis oat ni.. kena pandai search kat internet jer nak kenal tapi  pernah tengok rolled oat kat market..bagi wani tak kisahlah asalkan namanya oats hiiii...

oklah ya wani kongsikan resepi kat sini.. bagi wani untuk serdak oats tu dah menepati citarasa wani ..sebab bila dah bakar dan masak.. memang oats tu crispy memang kena hidang terus lepas keluar oven ... baru sedap.. tapi ada jugak hidang cold atas selera masing - masing . kalau ikutkan hati nak guna jenis apple "pink Lady"... hebat punya nama sebab masam manis dia seimbang tapi terpaksa guna jenis apple lain.. boleh la tengok "pink lady" kat bawah sekali.. sekali tengok apple ni macam unik punya nama .. hiihiii

bakar dalam ramekin kecik-kecik .. tapi dah terlebih serdak oats tu.. kalau bakar dalam baking dish yang besar muat le sebab sekali letak kan... rugi tak letak menambun macam bukit sebab bila dah masak.. lapisan apple kat bawah tu turun.. wani suka kalau serdak oats tu banyak ..



APPLE CRISP WITH OATS

BAHAN-BAHAN

1 3/4 cawan oat ( wani guna quick-cooking kalau yang rolled oat pun tak apa )
2 sudu besar tepung gandum
2 biji limau kasturi ambil jusnya atau guna lemon atau limau nipis boleh asalkan  yang boleh membawa faktor masam
4 biji apple sederhana
1/2 cawan gula kaster + 2 sudu besar gula
1/8 sudu teh serbuk kayu manis ( kalau suka baunya lebihkan )
50 gm butter dari peti sejuk dipotong dadu
1 sudu teh esen vanila

CARA-CARA

1. Apple dikupas kulitnya dan dipotong separa kasar
2. gaulkan apple yang dipotong tadi bersama dengan jus limau kasturi dan esen vanila. ketepikan
3. sediakan mangkuk, campurkan oat, tepung gandum, gula caster, serbuk kayu manis dan juga        butter
4. gaul rata dan tekan dengan sudu atau senduk kayu supaya butter bergaul rata.. sehingga ia menjadi seperti serbuk roti  nampak semua oat tu lembap sikit
5. untuk bakar, sediakan loyang atau ramekin letak campuran apple tadi dan akhir sekali letak campuran oat dengan rata ke atas lapisan apple
6. bakar dalam 30 minit ke 40 minit ke dalam oven yang telah dipanaskan atau sehingga permukaan tu nampak berbuih tanda dah masak.. kalau nampak macam browning sangat kat atas tu, cover dengan aluminium foil

NOTA: dalam 15 minit terakhir wani ada letakkan ketulan butter sikit kat atas lapisan oat dan sambung proses bakar sampai permukaan tu nampak berbuih tanda dah masak.







Komen
6 Komen

6 comments:

Bbwana adienia said...

hai wani..wow, buat apple crisp..nampak sedap tu wani.bleh minta satu x?

syapex said...

npak sedap bila tgk gambar yg tgh dok cedok tu...

rahel said...

Salam Wani..
kecur liur tengok apple crisp tu...is is...tak tahan..

zila norazila said...

Mmg kecur..meh kasi akk sikit..

Mel said...

wuuu..terrornya kak wani ni. Kalau dekat mau menyinggah dah

Umie Jazz said...

Assalamualaikum wani...salam kunjung wah menggoda sungguh apple crisp tu..kalau dapt yumyum...saya follow...jika ader kesudian silalah intai2 ke blog saya...tkasih...
http://secuitrasaumiejazz.blogspot.com/

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (218) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (19) advertorial (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign