13 October 2013

JUS LIMAU KASTURI

ASSALAMUALAIKUM...


salam semua.. sepinya blog ni nak bukak blog tapi internet line macam siput ..itulah wani terasa malas nak online..  ada beberapa hari lagi sebelum hari raya korban akan tiba .. rasanya dah ramai yang balik kampung. semoga semuanya berjalan lancar dan selamat balik kampung ... macam tak terdengar pulak jalan jam ke tak.

nak main masak-masak, wani masih lagi pantang makan .. tak boleh nak makan pedas ,susu pun wani tak boleh minum..makan benda berduri pun tak boleh...benda berjeruk lagi lah..minum benda sejuk-sejuk,,  sebab perut wani sensitif..   hemm sebab  terlanggar pantang lah  sakit makin teruk, bila pergi berubat balik , kena la ingat pantang ,, wani sentiasa berjaga-jaga dah sekarang ni terutama bab makan.terasa macam nikmat tu kena tarik sekejap.. sebab nak jaga kesihatan tapi tak apa, ada lagi nikmat lain yang boleh kita makan yang perlu kita bersyukur..kena pupuk rasa bersyukur dalam hati biarpun sedikit  ,,

oklah gambar ni dah lama dalam draft, tapi tak ada masa nak menulis,,, disebabkan banyak buah limau kasturi dipokok asyik nak petik je ,, wani tergerak nak buat jus limau kasturi ni tapi tak letak ais kiub.. entah nape lately ,, sejak sakit, kurang dah minum air berais,, maklumlah ais kiub bukan sihat pun untuk kesihatan.tapi kalau amal selalu.buat sakit urat pun ada jugak.. huhu.. cara buat pun simple je kan.. takkan nak ada resepi pulak kalau nak letak boleh ,,perah la  jus limau tu, tambah air ,, letak gula atau madu ,,wani letak gula dan madu.. kacau-kacau minum senangkan hihi...


seperti sedia maklum, limau kasturi pun banyak khasiat sepertimana buah citrus yang lain, yang ni wani dapat sumber dalam internet,, jom kita ketahui dengan lebih lanjut ya..dan akhir sekali wani nak ucapkan selamat hari raya Aidiladha buat semua :)...

SUMBER : SINI

Perahan jus limau kasturi (Citrus Microcarpa) memang diakui mampu menambahkan keenakan rasa sesetengah minuman dan masakan. Namun keistimewaannya tak terhenti setakat tu aje. Sebenarnya banyak lagi khasiat limau kasturi yang mungkin belum anda ketahui.


Ini kerana bukan hanya jusnya, malah kulit limau kasturi ni pun boleh anda gunakan untuk mengurangkan sesetengah penyakit seperti lelahsakit tekak dan juga pening kepala. Tak lupa gak, ia dikatakan dapat mengatasi masalah badan berbau.

1. Mengurangkan Lelah


- Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.


- Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.


Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalami lelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.



2. Melegakan Pening Kepala


- Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya.


- Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.


Sebagai tambahan, anda juga boleh memakan kulitnya secara mentah. :)



3. Mengatasi Masalah Badan Berbau


- Amalkan selalu memakan kulit limau kasturi secara mentah.



4. Menyembuhkan Sakit Tekak


Biasanya ia digunakan bagi menyembuhkan sakit tekak akibat lendir dan kahak.


- Bagi orang dewasa, anda campurkan jus limau kasturi dengan sedikit lada hitam.


- Kacau campuran tu hingga rata dan minum.


- Jika kanak-kanak pula, anda boleh campurkan jus limau kasturi tu dengan sedikit madu lebah. Tujuan menggantikan lada hitam dengan madu adalah untuk mengelakkan daripada kanak-kanak tu mengalami kepanasan.



5. Menghilangkan Kesan Minyak pada Pakaian


- Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.


- Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.


- Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak.


- Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti.


Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.




Komen
3 Komen

3 comments:

ummisara said...

Salam perkenalan Wani :)

Amboi sedapnya .... segar kalau dapat minum.

tenku butang said...

wah.. teman suka part makan kulit limau kasturi untuk bagi badan wangi.. yeke? nak cuba lah.. heee

Wani said...

HIHI kena cuba baru tau :))

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (19) advertorial (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign