07 June 2013

GULAI KUNING IKAN DURI

ASSALAMUALAIKUM.....


cuaca yang begitu baik hari ni,,, nampaknya tak lama lagi wani akan ada jiran baru la sebelah rumah memandangkan.. hutan sebelah rumah wani ni sudah ditebang pokok-pokok dan sudah diterangkan.dah sebulan lebih dah .tanah pun sudah diratakan oleh bulldozer yang datang.wani sebenarnya rindu,, rindu tengok hutan kat tepi tu semua.. sebab kat situlah ketenangan wani ..sejuk mata memandang..  kadang-kadang rama-rama, tupai lalu depan mata je...tengok gelagat haiwan-haiwan ni tenang..  jangan tak tahu siap ada monyet lagi ya kawasan rumah wani .. yang datang.. kadang-kadang walaupun ada buat jahat sikit si monyet-monyet ni.. tapi bila tengok emm.. kat tempat lain tak boleh tengok dah kat sini dah ada... panas pun semakin terik kat bahagian dapur tu.. tak macam dulu dah... tak lama tengok bumbung rumah orang kat sebelah rumah.. huhu.. alahai luah perasaan pulak hari ni.. dah tak ada tempat nak luah dah..panjang betul mencoret .. oh ya hari ni layan resepi ni je ya..

gulai kuning biasanya dikaitkan kalau dekat kelantan dah panggil gulai darat.. wani kalau selalu pulang kampung sebelah mak, kalau ada kenduri apa memang orang-orang kampung panggil "gulai darat" sebab tak payah menumis .... biasanya kat sini kalau kat kedai nak bungkus nasi berlauk satu.. dengan gulai kuning la tu. so hari ni kita tayang gulai kuning la eh.. bonda wani ni beli dalam 4 ekor ikan duri , bila wani tengok rupa macam ikan darat je sebab rupa macam ikan keli hihi... wani memang bukan peminat ikan darat ni ya hihi dah pecah tembelang entahlah tak boleh nak rasa ikan-ikan macam tu.. huhu..  ... bonda wani cakap bukan ikan darat ni ikan duri ..ikan tinggal dalam laut.. walaupun rupa nampak macam ikan baung. walaupun wani tak berapa nak makan ..alhamdulillah bila dah masak untuk ahli keluarga makan pun rasa dah cukup puas hati... mereka pun tak komen apa -apa :D....simple je tayangan hari ni ya ....

GULAI KUNING IKAN DURI 
BAHAN-BAHAN
6 ulas bawang merah*
1 inci inci kunyit*
4 hiris lengkuas*
3 tangkai lada kering* 
3 cawan santan
Ikan duri 700 gm atau lapan ketul bahagian isi ikan duri yang telah diperap dengan garam semalaman.
Secekak daun kesum
4 - 5  helai daun kaduk 
5 keping asam gelugur ( wani letak banyak sebab saiz asam keping ni kecik, nanti kalau nak letak tu ikut keperluan ya )
1 keping gula melaka
Garam

CARA - CARA 
1. Bahan -bahan yang bertanda * dimesin halus.
2. satukan santan, asam gelugur dan bahan yang telah di blender halus ke dalam periuk dan kacau 
hingga sebati sebelum letak atas dapur.
3. Masak santan bersama bahan kisar sehingga mendidih lama sikit, baru masukkan ikan duri, kacau 
 sikit baru masukkan garam.kena pandai rasa kuah tu ya sebab ikan tu pun dah diperap dengan garam 
4. Masukkan gula melaka sekali  serta daun kesum dan daun kaduk yang dicarik-carik.suai rasa sekali lagi biar seimbang. 
5. Biarkan mendidih perlahan sampai naik minyak sikit santan tu dengan api perlahan.. Bila ikan dah 
nampak pucat kuah pun dah nampak pekat sikit,bolehla tutup api. 
Komen
3 Komen

3 comments:

Bbwana adienia said...

rajinnya wani..gulai tu memang nampak sedap..selera tengok.hihi..

rahel said...

Salam,kecur liur tengok gulai ikan duri ni...

fieda said...

terliur tgk..

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) advertorial (23) Masakan Ikan (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (20) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign