30 June 2013

BAKED MACARONI

ASSALAMUALAIKUM....


salam semua  baked makaroni lagi..terasa tekak mengidam lagi so buat la. kali ini ikut resepi sendiri dah..sebab nak ikut citarasa malaysia dan ala barat sikit.. hihi ala barat tu letak mayonis sikit jer...so beginilah hasilnya atas tu tabur parmesan grated cheese . bakar punya bakar tak sempat cheese ni nak mencair :D  sebab dah masak.. tapi apapun makan la jugak so yummylicious :) macam-macam variasi boleh dibuat dengan makaroni bakar ni .. ikut bahan apa yang ada je...

BAHAN-BAHAN

2 1/2 cawan makaroni ( direbus al dente ) 
500 gm atau sepeket ayam kisar atau daging cincang 
10-12 biji cendawan shitake dihiris
3 biji telur gred B
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu teh serbuk lada
2 1/2 sudu besar mayonis
garam dan gula 
daun ketumbar secukupnya dihiris halus.
2 biji lada merah dihiris 
1 labu bawang besar sederhana di dadu
2 ulas bawang putih dicincang 
1/2 inci halia dicincang
parmesan grated cheese secukupnya.. 

CARA-CARA
1. makaroni direbus al dente jangan overcooked
2. tumiskan bawang besar , bawang putih dan halia sehingga naik bau.masukkan ayam cincang kacau sebati dan kemudian masukkan serbuk kari dan serbuk lada ..kacau sampai sebati tambah air sikit, garam dan gula secukup rasa.kacau sampai inti tu nampak agak kering sikit. tutup api.
3. lepas tu ambil hirisan lada merah kacau dalam inti tadi.
4. sediakan mangkuk besar,tuangkan inti dalam mangkuk besar, gabungkan daun ketumbar, hirisan cendawan shitake, kacau sebati.
5. masukkan makaroni , gaulkan dengan mayonis dengan semua bahan inti sehingga sebati. kalau nak perasakan lagi dengan garam masa ni boleh la nak tambah garam.
5. pecahkan telur satu persatu dan gaul sebati. ramekin atau loyang digriskan.masukkan dalam ramekin dan tabur grated cheese dan bakar dalam suhu 170 C dalam 40 minit atau sehingga keperangan.



Komen
2 Komen

2 comments:

Bbwana adienia said...

salam wani..

bestnya makan macaroni..em,sedap.

FnF Simple Life said...

Salam wani... menggoda sungguh baked macaroni tuuuu... ;)

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign