17 June 2013

AYAM TUMIS BRIYANI

ASSALAMUALAIKUM.....

 
resepi ni nampak macam pelik sebab kena perap, tapi wani tak perap la, wani terus kacau sampai masak, tak sanggup nak perap semalaman..hihi... kalau tengok ke santan tu sikit je letak ,, tapi kalau wani masak guna santan ni wani tak ikut sangat resepi dia tuang je banyak mana nak tapi yang penting santan tu bukan pekat sangat.. pandai-pandai kita la nak adjust campur air balik ke .. sebab tak nak bersantan pelat sangat.. ya macam tulah.. resepi ni ambil dari majalah saji 2007 lama sungguh..bila belek-belek dalam majalah tu .. banyak jugak resepi -resepi menarik dalam majalah tu walau dah lama..  kalau dah main gulai macam ni .. memang wani beli roti ada lebihan kuah buat cicah roti... kalau sesiapa nak cuba main perap-perap tu cubalah..

BAHAN-BAHAN
500 gm ayam
3 sudu besar rempah beriani
30ml santan
1 sudu besar minyak sapi
sedikit minyak
rempah empat sekawan
daun pandan

BAHAN KISAR
2cm halia
2 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
1 tangkai cili hijau

CARA -CARA:
1. panaskan minyak sapi dan minyak. tumiskan bahan kisar dan rempah empat sekawan dan daun pandan sehingga naik bau.
2. kemudian masukkan rempah briani dan tumis seketika.tuangkan sedikit santan. kacau perlahan-lahan sehingga agak kering.
3. selepas itu, barulah masukkan ayam dan gaul seketika.
4. angkat dan perapkan ayam semalaman.
5. keesokan harinya panaskan minyak dan gorengkan ayam yang diperap sehingga garing.



Komen
3 Komen

3 comments:

ady said...

salam
wahhh!!nampak sangat sedap!!!!

Bbwana adienia said...

assalamualaikum wani..

lama saya x blogwalking sini..em, nampak best ja menu tu..nampak sedap.

Rose Azadir said...

Salam, sy follow blog sis n sis follow blog sy yer...jemput masuk ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com untuk mendapatkan harga istimewa untuk produk Shaklee. TQ for your support.

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign