09 May 2013

KERABU MANGGA

ASSALAMUALAIKUM....


semalam dah entri pasal mangga .. hari ni pun pasal mangga lagi.. nak buat resepi ni semua kebetulan bahan-bahan ada kat dapur so, on lampu hijau boleh jalan nak buat resepi ni. bunga kantan pun dah ada , mangga pun dah ada ... maka terhasillah resepi ni.. simple dan menyelerakan. kalau makan nasi memang tak lari kena ada apa-apa jenis kerabu ataupun salad.  cuma ikan kering guna yang lain a'aah asalkan nama ikan kering pun tak apalah ^^. wani tak goreng ikan kering tu , panggang atas dapur je.. oil free hihi.... rasa kalau ganti dengan sotong kering yang dikisar pun ok juga ni.. wani ternampak resepi ni masa jalan-jalan kat blog intai-intai dapur fha. kerabu ni kalau pandai olah maka akan terhasillah resepi yang sedap.. disebabkan dah buntu maka pergi rujuk dapur orang sekejap, barulah otak ni boleh berjalan hihi..penyediaan pun mudah cuma potong- potong dan hiris- hiris .. itu jer ..  apapun , terima kasih sudi berkongsi..

KERABU MANGGA

BAHAN -BAHAN
1 biji Mangga 1/4 masak (dipotong memanjang)
1 ulas bawang besar (dihiris sederhana tebal)
8 biji cili padi (dihiris halus)
1 kuntum bunga kantan (dihiris nipis)
2 batang serai (dihiris nipis)
3 helai daun limau purut (dihiris halus)
3 sudu besar gula putih
1/2 biji limau nipis (diambil air nya)
3 ketul ikan talang kering masin (digoreng dan ditumbuk hancur)
sedikit garam

CARA-CARA
1. Masukkan semua kedalam mangkuk dan gaul rata.
2. Siap untuk dihidangkan.
(Nota: Boleh ditabur dengan 'kacang goreng' tumbuk jika suka)

Komen
2 Komen

2 comments:

Bbwana adienia said...

salam wani..

terliur la tengok kerabu mangga tu..

adda syuhada said...

sedapnya...

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign