27 May 2013

DAH GENAP SETAHUN.. MASIH SEGAR DALAM INGATAN.....

ASSALAMUALAIKUM.....



tiba -tiba hari ni tanggal 27/5 tahun lepas, wani bertolak ke Mekah Almukarramah .. wani berada di sini.. bumi yang penuh dengan nur, bumi yang penuh dengan barakah, bumi yang penuh dengan perjuangan nabi kita Muhammad saw dalam menegakkan syiar islam supaya cahaya islam terus bersinar di serata dunia...  teringat yang dah genap setahun memori wani kat sini. bila tengok gambar-gambar yang tersimpan rapi dalam folder membuatkan hati ini terpanggil huhu .. nak buat entry yang panjang tak ada masa lagi.. gambar kat atas tu masa waktu pagi.masa ni kawasan ni tak panas lagi

depan perkarangan di Madinah Al Munawwarah, wani tak ingat dah nama pintu ni. tapi setiap kali nak pergi solat di pintu ni lah wani masuk. lepas subuh dalam beberapa jam lepas tu ,, ada sesetengah pintu ditutup.setiap pintu ada penjaga -penjaga wanita yang suaranya sentiasa dalam keadaan menengking .. nak buat macam mana ... orang ramai nak masuk berasak-asak macam tu, mereka penjaga wanita tu nak buat check up lagi .. macam mana tak mengking bila bermain dengan ragam manusia yang banyak kerenah. kadang-kadang rasa kagum jugak dengan suara yang kuat macam tu mereka boleh melaung. empunya badan kecil molek jer tapi suara tak boleh nak cakap... biasanya wani perasan mereka penjaga wanita disini ramai di kalangan wanita Indonesia.bila wani nak masuk memang wani berpegang erat dengan bonda sebab.. mereka saling tolak menolak.. boleh terkebelakang kita dibuatnya. kita bersambung nanti.. kejar masa la pulak wani nak menulis

Komen
2 Komen

2 comments:

rinduan citarasa said...

assalamualaikum.
syoknya pernah jadi tetamu Allah, Ayu belum pernah lagi kesana.. tahun nie ramai blogger yang menunaikan umrah..
mudahan semuanya dipermudahkan

(ps: dapat bayangkan, suasana ramai buat badan kita tertolak2.. tapi kalau semuanyadgn izinNya, pasti dipermudahkan aminn)

Wani said...

salam ayu.. a'aah ramai betul orang yang pergi umrah tahun ..insyaallah jika diizinkanNya .. ayu dapat sampai jugak :)

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) advertorial (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign