11 May 2013

AGAR-AGAR MILO

ASSALAMUALAIKUM....


sejak balik kampung ni, cuaca kat sini panas aje..itu pun wani dah dengar dari bonda masa wani masih lagi kat KL.. bonda cakap kat kelantan panas dah banyak minggu hujan tak turun. tapi alhamdulillah petang semalam masa nak maghrib dah hujan dengan kilat sabung - menyabung.. syukur alhamdulillah sejuk sikit rasa  tanah pun basah, sikit ,tapi hari ni dah rasa panas balik ..harap-harap hujan akan turun lagi.. ohh bercakap pasal resepi hari ni ,wani telah buat satu dessert agar-agar milo,, nampak cantik menarik tak belang-belang layer with milk-flavored hihi..kalau wani check dalam pantry ada la benda yang nak kena perhabiskan. ternampak agar-agar tali dalam satu bungkus . rasa dah lama bertapa dalam pantry.... tak habis lagi huhu.. diri sendiri jugak yang beli lebih.. lepas tu fikir punya fikir nak buat agar-agar apa ya.. tapi tak nak fikir yang susah nak buat yang senang je .. belek punya belek jumpa la resepi ni.emmm memang yummy tambah-tambah lagi cuaca very hot ni .. sejuk anak tekak.. cubalah ya ..simple je ni.. masa letak bahagian susu tu , wani tutup api siap semua baru tuang susu dan kacau sebati, sebabnya kalau kita terlebih kacau, masa api tengah on, boleh jadi macam keladak rupanya.. jadi nak elakkan lah ..

AGAR-AGAR MILO

Bahan (Lapisan Coklat)
8gm agar-agar tali (strand) - basuh dan toskan 
1 3/4 cawan air 
1/3 cawan gula 
3/4 cawan serbuk milo 

Cara-cara:
1. masak agar-agar bersama air hingga larut. masukkan gula dan milo
2. tuangkan adunan ke dalam loyang empat segi 20 x 20 cm atau pun ke dalam acuan pilihan anda biarkan beku sebentar
3. kemudian cakar sedikit permukaan lapisan coklat dengan garfu dan bolehlah dituangkan lapisan susu

Bahan lapisan susu
10gm agar-agar tali (basuh dan toskan ) 
1 1/2 cawan air 
1/2 cawan gula 
1 cawan susu sejat ideal 
beberapa titis esen vanila

Cara-cara
1. masak agar-agar dengan air hingga agar-agar larut 
2. masukkan gula dan kacau sebati hingga gula larut. tapiskan.
3. masukkan susu sejat dan esen vanila
4. perlahan-lahan , tuangkan adunan ke atas lapisan coklat tadi.. sejukkan dalam fridge. hidangkan sejuk.




Komen
2 Komen

2 comments:

Bbwana adienia said...

hai, salam wani..

wah, sedapnya dapat makan agar-agar milo tu..memang sesuai sangat makan desert cam ni ketika cuaca panas kan..

Amie said...

Memang panas meletinglah Wani... baby kita pun dah tumbuh ruam, kesian betul.
Agar-agar milo tu nampak sedap sangat... kalau baru kar peti ais kejap je licin kan Wani...

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Ceritaku (219) Cake Recipes (50) Giveaway (26) Chiffon Cake (24) Contest (23) Masakan Ikan (22) advertorial (22) Cooking & Baking & Kitchen Tips (21) NOXXA PRESSURE COOKER (21) Sudut Agama (19) Biskut Resepi (18) Masakan Ayam (16) Masakan Cina (13) Masakan Sayur (13) Baking Tips (11) Brownies Resepi (10) Segmen (10) Beverages/Minuman/juice (8) Cheese Cake (8) Pudding/Jelly (8) Resepi kuih muih (8) Masakan Pasta (7) Bubur / Desserts (6) Cooking & Baking Tips (6) Masakan Acar/Kerabu (6) Masakan Daging (6) Puff Pastry Resepi (6) Coklat Resepi (5) Cupcake Resepi (5) D.I.Y & Kraft (5) Holy Journey (5) Homemade Recipes (5) Jalan-Jalan Cari Makan (5) Masakan Menu Kampung (5) Masakan Seafood (5) Masakan Sup (5) My Blog (5) TIPS KESIHATAN (5) Cerita Merdeka (4) Hari Raya (4) Resepi Kuih Bingka (4) Tauhu/Tofu Resepi (4) The Ads (4) Agar-agar Resepi (3) Aiskrim Resepi (3) Apam Resepi (3) Apple Resepi (3) Cucur (3) Greetings (3) Jom Kenal (3) Kerepek/Snack (3) Muffins (3) Tart Resepi (3) Masakan Laksa (2) Mee (2) Pau Resepi (2) Pie Recipes (2) Roti/Bread (2) Salad Resepi (2) Sambal Resepi (2) Souffle recipes (2) TIRAMISU RECIPES (2) granola/muesli bars (2) nuffnang (2) Blondies Resepi (1) Burger (1) Grilled Foods Recipes (1) Informasi (1) Istilah masakan (1) Masakan India (1) Masakan Nasi (1) Masakan Telur (1) Media (1) Meringue Kisses Recipes (1) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1) Minyak Herba Asmak (1) Pancake (1) Pavlova Recipes (1) Salad Dressing Resepi (1) Tahukah anda (1) Torte Cake Resepi (1) Tuiles Resepi (cookies) (1) food review (1) google adsense (1) minyak asmak (1) penawar asma (1) penawar asma pada bayi (1) sardine (1)

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign