Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Thursday, May 23, 2013

ACAR TIMUN MASAK

ASSALAMUALAIKUM.......


cuti sekolah dah mula.. selamat bercuti buat semua ada yang dah merancang cuti nak bersama family untuk pergi jalan-jalan kan..  tapi wani dengar orang-orang sekeliling wani ramai nak pergi umrah..alhamdulillah ya  mudah-mudahan mereka selamat pergi dan pulang dengan selamat. terutamanya buat bekas guru wani yang akan bertolak pagi esok.. oklah ya untuk resepi kali ini...

selalu jugak buat acar timun masak ni.. tapi tak sempat nak letak dalam blog.bonda wani memang peminat setia acar masak ni.  acar timun masak macam ni biasanya memang banyak dijual pada bulan ramadan. bukan bulan puasa pun jual jugak hihi.. biasanya memang wani beli acar timun ni biasanya bulan puasa la.. ada macam-macam variasi orang letak taugeh pun ada campur-campur dengan sayur lain.kalau yang paling unik sekali acar dengan pisang benggala. mana la wani nak cari pisang benggala .. kalau kat kampung nenek banyakla pisang tu . pisang yang bijinya banyak-banyak  tu. kalau orang kelate dah panggil "pisang galle". kalau yang itu memang masuk dengan acar macam ni. lama dah tak makan acar pisang tu.  tapi yang wani nak share resepi kali ini wani letak timun dan kacang bendi. rasanya yang masam manis dapat memikat selera untuk makan.kena pandai seimbangkan rasa masam manis dan masinnya..  kalau disimpan lama lagi sedap.

ACAR TIMUN MASAK

Bahan - bahan 
3 tangkai lada kering *
3 biji bawang merah  *( wani guna bawang merah besar 1 biji  + 2 biji bawang merah kecil )
2 ulas bawang putih  *
2 batang timun sederhana  ( dipotong 2  dan dibelah 4 bahagian ) 
6 tangkai  kacang bendi 
3/4  cawan cuka
250 ml santan  pekat  ( campur air 450 ml ) 
2 keping gula melaka 
Garam secukup rasa 
3 keping asam keping

Cara-cara 
1.  Bahan-bahan yang bertanda * dikisar hingga halus 
2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk dan tuangkan santan. Tambahkan air  secukupnya , cuka 
 dan kacau  sehingga bahan kisar sebati bersama santan tadi Kuah untuk acar ini tidak boleh 
    terlalu pekat. 
3. Masak sehingga santan mendidih lama sikit baru masukkan gula melaka dan garam secukup rasa
4. Perasakan kuah tadi sehingga betul betul seimbangkan rasa masam manis dan masinnya 
5. Masukkan timun batang dan kacang bendi, kacau sebati sehingga mendidih sikit,.
6. Kemudian bolehlah tutup api dan biarkan  periuk  terbuka  

2 comments: