06 April 2013

JOHOR ....I'M COMING .....

ASSALAMUALAIKUM.....


selamat pagi dan selamat berhujung minggu.. minggu pertama di bulan 4. sudah sarapan ke semua ... bila badan dah penat bekerja dah tak teringat apa-apa bila balik kerja  nak rest badan dan keesokan pula meneruskan rutin yang sama... walaupun penat bekerja pun itu juga termasuk ibadah kita.semoga Allah permudahkan urusan kita dalam kehidupan seharian. bila dah hujung minggu ni .. teringat lah dekat blog .. banyak betul perkara yang berlaku sepanjang minggu lepas. tapi bak kata pepatah "tomorrow is better than today, so,  forget the past let's we start a new day" jangan fikir-fikir sangat. hihi. semasa nak pergu lunch biasanya wani tapau je makan kat office ..so pergi la dengan co-worker wani ... bila keluar lewat sikit rasa lengang je food court tak lah packed dengan ramai orang. wani suka pergi dekat satu gerai ni sebab harga makanan dia jual tu memang reasonable lah. ternampak pulak kerabu mangga .. wani bila ternampak kerabu mangga tu terus sambar, biasanya pergi dah nak habis dalam bekas tu .. tapi kali ni banyak lagi dalam bekas tu.. lama betul tak makan kerabu ..

sampai je dekat pantry ,,sambil makan-makan tu  terkeluarlah bab masak-masak.. apa lagi kita orang panjang lebar bercakap pasal masak-masak. sampai kan celaner yang dah wani anggap macam ibu sendiri pun tekun je bercerita pasal masak ... ooo dah terlajak cerita ..esok dalam pukul 2 petang wani akan gerak ke negeri Johor.. last wani pergi masa tahun 2010.. sekarang sudah 3 tahun berlalu , kaki wani jejak lagi di negeri Johor.. mudah-mudahan segala urusan kerja dipermudahkan.. sebenarnya wani ada working trip dan selama seminggu akan berkampung di Hotel Grand Paragon sebab event ada dekat sana.. siapa-siapa yang familiar dengan muka wani...jangan segan silu nak bertegur sapa.. adoi la macam la kita ni famous sangat huhu.. mana lah tau .. terjumpa rakan-rakan blogger..  wani pun nak kenal jugak.. alahai tapi bila fikir mungkin sibuk dengan urusan kerja  di sana..entah nak sempat pergi jalan-jalan cari makan ke tak... oklah setakat ini sajalah coretan pagi wani.. semoga kita berjumpa lagi..
Komen
1 Komen

1 comment:

Papa-NtiQ said...

Hi Wani...seronok ke jalan2 ke Johor? Kat sini banyak tempat2 makan menarik jadi len kali datang kesini jenguk2 la yer blog saya di www.blogmakanbest.blogspot.com
ok lah jumpa lagi!!

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign