01 March 2013

MANGO YOGURT DRINK




ASSALAMUALAIKUM...........

 Alhamdulillah hari ni cuaca nya begitu baik.. walaupun ada seketikanya mendung pagi tadi dan hujan tapi bila ke petang tu dah nampak panas.. tapi kedengaran berita dari bonda wani, family kat kampung masih lagi tenggelam banjir ,,air masih lagi tak surut walaupun tak hujan ..steady je surut tak naik pun tak.. mudah-mudahan tak ada apa-apa yang berlaku ..diharap semuanya dalam perlindungan Allah .. dan satu lagi berita menggemparkan ,,wani terbaca dekat blog kak amie tadi.. terdengar jugak dalam berita sana sini. moga tak ada yang lebih serius berlaku .. takut jugak bila terdengar macam ni.. macam nak rampas kuasa je ..lebih -lebih lagi bila teringat ada kawan- kawan maya wani kat sana.  mudah-mudahan kak amie dan sekeluarga dalam keadaan selamat dan sentiasa dalam perlindungan Allah.. 

hari ini wani ada masa update blog sekejap tapi tayangnya mango yogurt drink ni.. kebetulan terlintas nak buat smoothie ni bila tengah buat clear stok semua benda dalam peti .. inilah dia hasilnya. buah kiwi nya tu buat hiasan kat atas .. emm yummy dah lama tak teguk smoothie. apa pun bahan-bahan tu semua pandai - pandai la nak adjust terutamanya gula tu .. wani dah buat ikut sedang -sedang manis.. tapi yang penting smoothie ni kena thick .kalau nak tambah apa-apa yang patut tambah je :))



MANGO YOGURT DRINK 

BAHAN-BAHAN
1  tin susu cair 
1 biji mangga sederhana besar 
Plain yogurt 1 cawan 
2 sudu besar gula 
1- 2 cawan kiub ais 
Kiwi dipotong kecil secukupnya sebagai hiasan

CARA-CARA
1. Mangga dikupas kulit dan ambil isinya 
2. Letakkan semua bahan kecuali potongan kiwi ke dalam blender dan terus blender sampai smooth
3. Tuangkan ke dalam gelas dan hiaskan dengan potongan kiwi dan hidangkan sejuk


Komen
1 Komen

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign