08 March 2013

CHINESE NEW YEAR 2013

ASSALAMUALAIKUM..........




cuaca terlalu panas  di KL.. sampaikan wani sakit kepala  berdenyut -denyut. tapi biasanya kalau panas beberapa hari ni mesti nak hujan, so semalam dah hujan,, mula-mula wani tak perasan tapi bila rasa eh macam sejuk je ni .. suhu panas membahang tu dah mula turun.. ahhh lega la sekejap.. .bila suasana KL tak nampak pokok yang menghijau ,, rimas wani .. huhu..itulah hijau tu ketenangan jiwa.kurniaan Allah yang tak terbelah bagi kepada hambanya..ooh rindu,ingin  mendengar kicauan burung, melihat sepasang tupai yang melompat sana sini.. di dahan pokok, burung-burung yang berterbangan di awan.angin lembut yang menyapa dedaun pohon yang melambai-lambai rindunya saat itu.  itu nikmat ketenangan yang wani dapat bila berada di kampung tapi buat masa sekarang hanya menjadi kenangan

 kali ini coretan pasal  kenangan masa gambar suasana chinese new year bulan 1 lepas. kalau wani pergi mana-mana wani memang tak miss sebab suka melihat decoration yang dihias dalam setiap shopping mall.. tapi inilah yang wani dapat semasa di KL baru-baru ini. biasanya kalau masa festive season macam ni, wani suka keluar dan tengok. gambar dah lama basi dah tapi tayang la jugak buat simpanan dalam blog hihi.. yang semua gambar ni dekat mall The Curve. ada satu je yang last picture ambil dekat Mid Valley. semua dekorasi cantik-cantik sampai mata wani terpukau sekejap.bersyukur kerana dilahirkan di sebuah negara yang berbilang kaum,kehidupan yang aman, sentosa dan bahagia.

di samping itu sama-sama juga kita berdoa mudah-mudahan segala pertempuran yang sedang berlaku di Sabah sekarang berakhir dengan cepat. semoga pahlawan negara kita pulang dengan kejayaan.. ameen....

layan je semua gambar ni ya







yang gambar last ni kat Mid Valley, siap ada bamboo.. cantik kan gantungan red lantern...




Komen
0 Komen

No comments:

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign