Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Tuesday, February 12, 2013

NASI JINTAN DENGAN AYAM

ASSALAMUALAIKUM..........


maaf banyak-banyak jika tak dapat ziarah blog2  lain.. line internet memang slow motion ... jam.. mujur nak boleh update pun dah kira nasib baik.. quick entry resepi yang dah lama terperap dalam folder .nasi jintan dengan ayam.. kalau ada gulai ataupun acar mentah ni lagi sedap ..resepi ni dari buku resepi yang bonda wani bagi hadiah :)terima kasih bonda... bonda pun kata sedap.. .

BAHAN-BAHAN

Ayam 750 gm dipotong kecil
serbuk kurma 60 gm
garam secukup rasa
minyak masak 3 sudu besar
minyak sapi 3 sudu besar
kulit kayu manis 2 batang
biji jintan manis  1 sudu teh
bawang besar 1 biji, dikupas, dan dihiris halus
beras basmathi 1kg dicuci dan dituskan
 susu sejat 125 ml atau 1/2 cawan
air 1.5 liter atau 6 cawan

CARA
1. Perapkan ayam dengan 1 sudu besar serbuk kurma dan garam selama 1 jam. panaskan minyak
di dalam kuali dan goreng ayam sehingga setengah masak.ketepikan.

2. panaskan minyak sapi di dalam periuk dan tumiskan kulit kayu manis, jintan manis dan bawang besar sehingga wangi.

3. bancuh baki serbuk kurma dengan 2 sudu besar air sehingga menjadi pes yang pekat.masukkan
pes kurma ke dalam periuk dan tumiskan sehingga pecah minyak.

4. tambah beras dan gaul rata. pastikan beras disalut dengan minyak sapi dan pes kurma.masukkan
susu sejat, ayam, garam dan air ke dalam ramuan dan masak, bertutup di atas api sederhana sehingga nasi tanak

5. hiaskan dan hidangkan panas.  

2 comments:

  1. Sedapnya nasi beraroma jintan tu... compem bertambah2 makannya...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih untuk resepi ini. Nak cuba nanti :D

    ReplyDelete