27 February 2013

FRIED WATER SPINACH ATAU SAYUR KANGKUNG GORENG

ASSALAMUALAIKUM..........


bumi kelantan dibasahi hujan sudah 3 hari berturut-turut ,, wani dah kesejukan tahap beku dah ni.. tak nampak langsung matahari bersinar  sejak 2 hari lepas. terfikir jugak maybe gelombang kedua nak datang. sudah terasa musim tengkujuh bulan 12 pulak.. sebelum ni dah beberapa hari jugak  tak hujan ..ingatkan hujan sekejap je tapi tak sangka berlarutan sampai dah 3 hari....
Pelik jugak bila tengok perubahan drastik cuaca kat sini itu pun sudah terdengar berita yang mengatakanpenduduk kelantan dan terengganu sudahpun berpindah ke tempat yang lebih selamat. Kalau mengikut ramalan cuaca,hujan akan berterusan sampai minggu depan.
Mudah - mudahan tak ada apa -apa yang lebih mudarat berlaku. Bila musim hujan macam ni, mula la wani teringat kat kampung bonda sebab memang risiko berlaku banjir kat situ. Bila makcik wani call cakap yang dia balik dari sekolah sejak pukul 12:00 tengah hari lagi sebab air dah naik ke paras lutut. Jadi kena berjaga- jaga. Ada la beberapa buah sekolah kat kelantan dah ditutup sebab keparasan air naik mencecah paras tinggi.. Berharap sangat hujan akan reda secepat mungkin ..badan dah tergigil-gigil sejuk.. hemmmm. Hari ni pun ingatkan dah tak hujan cuma pagi tu sekejap je sinaran cahaya muncul, lepas tu dah sampai tengah hari hujan mula turun, sekarang ni tengah mendung. 
Cakap panjang lak pasal hujan.kita beralih pula kepada sayur kangkung goreng ni.. Semua orang dah biasa goreng sayur kangkung kan. Kadang- kadang wani goreng macam dah biasa buat. Ini ada kelainan letak udang kering pulak. Lagi sedap menyelerakan.

BAHAN-BAHAN

kangkung 1 ikat
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 sudu besar udang kering yang telah direndam
belacan secukup rasa
1 sudu teh serbuk lada merah
3 biji lada burung ( kalau nak pedas tambah lebih )
kiub ikan bilis secukup rasa

CARA-CARA
1. Kangkung dibersih dan dipotong sederhana dan asingkan batang dan daunnya
2. bawang merah, bawang putih dan lada burung ditumbuk separa halus. kemudian masukkan udang kering, tumbuk lagi dan akhir sekali masukkan belacan. 
3. panaskan kuali, letak sedikit minyak dan tumis bahan -bahan tumis tadi serta serbuk lada merah sehingga naik bau dan harum
4. bila tumisan agak kering sikit, masukkan batang kangkung terlebih dahulu dan gaul rata sehingga batangnya menjadi lembut sikit, kemudian baru letak daun kangkung, kiub ikan bilis secukup rasa, gula kalau terasa nak tambah garam, tambahkan..
5. kacau rata sehingga sebati dan sayur masak. boleh angkat dan hidangkan dengan nasi panas.
  
Komen
1 Komen

1 comment:

zana fahmi said...

Lama tak jengok org klate ni, wani sihat? musim hujan kat sana kan? akak tgk twitter, katanya KB tak banjir..
Kangkong mmg sesuai masak mcm tu..

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Google+ Followers

Blog Wani Sukarno Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign