DAGING MASAK MERAH ALA THAI

ASSALAMUALAIKUM................


tersilap yang entry lepas pergi letak salam jumaat,ingatkan dah posted ..rupanya baru tau belum post lagi ..tak apalah dah malas nak edit-edit dah ;p..line internet ni bukannya OK asyik KO je memanjang ...hari ni pun cuaca agak mendung.. sampai ke malam rasa sejuk.. okay ya menu yang dah lama tapi baru nak post .. ..ini dia,,,,,seriously, makin lama buat makin ketagih masak daging masak merah ni..bila tengok daging teringat daging masak merah je ..ai tak boleh jadi tak menjadi resepi lain la daging tu ..  kali ini wani buat kuah dia agak-agak pekat sikit ...  dan untuk tumis tu wani  tumiskan serai yang diketuk terlebih dahulu untuk keluarkan aroma yang wangi.. kiranya wani upgrade dari resepi asal hihi.... dan jangan lupa sos ikan ..sos ikan tu penting ...sos-sos perasa ni sebenarnya pelengkap kepada segala masakan.


DAGING MASAK MERAH ALA THAI
SOURCE: POTRET KASIH 

300 g daging
1 sudu makan pes cili
1 labu bawang besar ( saiz besar ) – dipotong2
3 ulas bawang putih ( dipecahkan )
4-6 ulas cili padi  (dititik/diketuk ) – boleh tambah jika suka pedas
2 -3 sudu besar sos cili ( Boleh tambah sos jika mahu kuah lebih )
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos ikan ( sos nampla )
1 biji buah tomato ( di potong 6 )
cili merah/ cili hijau untuk hiasan
daun ketumbar ( di hiris )
sedikit minyak

Cara penyediaan
1. Daging di bersihkan kemudian direbus hingga agak empuk. Angkat dan sejukkan seketika.
2. Hiris daging tadi kemudian ketepikan.
3. Masukkan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali.
4. Masukan daging tadi goreng seketika dengan api perlahan ( goreng sekejap saja – jangan garing sangat!).
5. Dalam kuali yang sama, tolak daging ketepi masukan pes cili, bawang putih, bawang besar. Kacau sehingga layu.
6. Masukkan semua sos-sos dan sedikit air. Bila kuah mendidih masukkan buah tomato daun ketumbar dan  cili merah serta cili hijau yang telah di potong memanjang.
7. Kacau seketika dan tutup api. Bolehlah dihidangkan.

4 Comments

  1. bhn2 mmg simple tp sedap kan wanie...akk pun pernah buat dgg ni..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..bila tengok kuahnya yang pekat2 gitewwww memang terus tergudaaaa ni...

    ReplyDelete
  3. Masakkan kegemaran saya ni. Kalau pedas lagi sedap.. Terima kasih sebab berkongsi resepi. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post