Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Saturday, October 20, 2012

PARU REBUS AIR ASAM

ASSALAMUALAIKUM......



salam rindu semua dan selamat berhujung minggu .. bila sibuk ni rasa semput je masa. rindu nak masak tapi sabar je la ...pagi tadi pergi mall sekejap bila tengok ke bahan-bahan basah sayur mayur bagai tu .. terasa geram nak beli tapi memandangkan wani tak ada masa nak main masak-masak ...hati ni kena sabar lah ya hihi..   semalam cuaca hujan dan mendung sepanjang hari ni  badan pun menggeletar je. sejuk!..hari ni panas hingga ke petang cuma pagi tu hujan rintik-rintik sekejap.. bila tengok calendar eh jumaat ni dah nak raya haji ..sekejapnya masa.... rasa bulan Syawal baru je masih terasa. dah nak tiba raya haji dah.. untuk entry lepas pasal kek chiffon ada yang bertanya wani loyang kek chiffon ni kena gris ke tak. buat Nani.. loyang tu tak payah gris , letak je terus adunan ke dalam loyang dan hentakkan 3 kali untuk hilangkan buih-buih dalam adunan tapi make sure sebaik saja masak, terus telangkupkan acuan tu sampai la betul-betul sejuk baru sisipkan keluar dari loyang.

oklah ya berbalik kepada menu hari ini, air asam yang tak miss di kala bulan puasa ..inilah menu wani..sebab wani kalau makan nasi mesti nak pekena dengan hidangan yang masam-masam baru masuk selera. selalu je beli tapi kali ini buat sendiri ..simple nya nak buatnya tak payah susah-susah.terima kasih penyumbang resepi  :))..



PARU REBUS AIR ASAM
SOURCE: SAWANILA.COM

INGREDIENTS
Semangkuk paru yang telah direbus dengan halia dan garam – dihiris
2 biji limau nipis – ambil perahan jusnya
sedikit air rebusan paru
sedikit belacan
1 biji bawang besar- dihiris
3 biji cili padi – diracik
segenggam daun kesum-dihiris halus
garam dan gula secukupnya

METHOD
campurkan belacan,jus limau, air rebusan paru , garam dan gula dalam satu bekas.
Pastikan garam , gula dan belacan betul-betul hancur dan larut
Masukkan semua bahan lain kedalam air asam
Gaul hingga sebati



NOTE: kalau nak masam lagi tu letak la asam keping masa merebus paru sampai masak. lepas tu boleh la buat tambahan perah asam limau nipis dan seimbang la rasa masam manis masin ..Kalau tak suka paru boleh ganti dengan perut atau daging rebus

Monday, October 15, 2012

DOUBLE CHOCOLATE CHIPS CHIFFON CAKE

ASSALAMUALAIKUM....




salam semua diharap semuanya sihat walafiat, wani masih kesempitan masa nak blogwalking .cukuplah post resepi tak nak bagi blog bersawang lagi lama hihi...dalam sibuk-sibuk tu masih sempat nak baking chiffon cake. kempunan lama sangat dah nak buat  kek chiffon tapi selalunya ada la benda lain nak disettle dulu.. telur pun dah lama dah dok kat luar tapi asyik la nak tangguh-tangguh.. kerinduan terhadap kek chiffon dah terubat bila dah mula hidu bau coklat satu dapur ni.. wani buat ni sebab tengok ada choc chips  terus terfikir idea nak baking chiffon cake.. alhamdulillah tekstur kek pun ringan macam kek chiffon la cuma rupa je yang tak comel sangat sebab tak reti nak sisip elok-elok. apapun taste dia sedaplah siapa peminat coklat tu mesti jatuh hati dengan kek chiffon ni kan..sebenarnya kek chiffon ni wani tutup dengan aluminium foil sebelum masuk oven, punyalah nak test tak nak bagi hangit kat atas tu lepas 30 minit  wani buka tapi lambat sikit la nak masak kena extend sikit masa.. biasanya anggaran bakar kek chiffon dalam masa 42- 45 minit tanpa tutup aluminium foil lah.anyway, thank you for sharing this recipe. :))


DOUBLE CHOCOLATE CHIPS CHIFFON CAKE
SOURCE: HUNDRED EIGHTY DEGREES


This recipe is adapted from All That Matters through Small Small Baker.

Ingredients :
(A)
4 egg yolks
40g castor sugar
1/4 tsp salt
40g corn oil

(B)
140g Warmed Fresh Milk
25g Cocoa Powder ( I use valrhona cocoa powder )
*Mix well

(C)
120g Cake flour ( wani guna tepung gandum )
1/2 tbsp Baking powder
1/8 tsp Baking Soda
*Sift 2x

(D)
4 egg whites
50g castor sugar
1/2 tsp Cream of Tartar
80g Chocolate Chips

Method
1. In a bowl, using hand whisk, whisk yolks and sugar till sugar dissolves.
2. Add oil and salt, whisk and add chocolate milk. Stir well.
3. Fold in sifted flour and mix well.
( I mix A, B & C together in a bowl until well combine )
4. In another bowl, using an electric mixer, beat till the whites are frothy. Add in Cream of Tartar and beat till soft peaks.
5. Add in sugar gradually and beat till stiff peaks.
6. Fold in 1/3 of the whites into the yolk mixture using a rubber spatula till incorporated.
7. Pour the mixture and add chocolate chips to the remaining egg whites and fold in gently till incorporated.
8. Pour the batter into a 21cm chiffon tube pan. Bang the pan on the table to get rid of bubbles.
9. Oil a piece of aluminium foil and cover the pan loosely. Bake at 180 deg.C for 10mins.
10. Turn down the temperature to 170 deg.C and bake for 20mins.
11. Insert a skewer to check if cake is done. Remove the foil and reduce the temperature to 160 deg.C and bake for a further 5 to 10mins to brown the surface.
 ( I extended the baking time for another 20 mins and bake at 180 deg C for 10 mins and 170 deg C for 10 mins )
12. Remove from the oven and invert the pan. Remove the cake from pan when it’s completely cooled.

Friday, October 12, 2012

MASAK LEMAK CILI API REBUNG

ASSALAMUALAIKUM.....

dah lama blog ni tak terusik jenguk pun tidak kebelakangan ni  sebab ada urusan yang wani kena settlekan. buatkan blog ni terabai sekejap ..apa khabar semua?? diharap semua kawan maya wani sihat walafiat.. terima kasih ya buat semua pengunjung yang sudi singgah-singgah buatkan blog wani pun tak sunyi sepi jugak..tak lama lagi dah nak raya haji.. mungkin masih ada lagi bakal jemaah haji yang belum berlepas lagi ke Kota Mekah, wani doakan semoga mereka semua  diberikan kesihatan yang baik sepanjang berada di sana dan semoga mereka selamat pergi dan selamat pulang ke tanah air.dan semoga mereka semua mendapat haji yang mabrur.amin..

berbalik kepada menu ni.tayang menu yang dah lama tertunggak ya... jarang sekali wani nak masak lemak melainkan bila wani dah mengidam sangat baru wani masak. kebetulan ada rebung yang orang bagi dah lama betul dalam firdge.. terfikir nak masak lemak best jugak ni.. memang best  !..tak rugi hihi..  jika ada peluang wani akan melawat blog kawan-kawan semua ya.. buat masa ni banyak urusan perlu disettle.. :)) terima kasih sudi berkongsi resepi ni..



MASAK LEMAK CILI API REBUNG
SOURCE: RESEPI NANNIE

BAHAN-BAHAN :

200 gm rebung
150gm udang - dibersihkan
5 ekor sotong - dibersihkan n potong
3 cawan santan pekat - jika kurang tambah
1 serai - dititik
1 helai daun kunyit - disiat
1 keping asam keping
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api
1 inci kunyit hidup

CARA MEMASAK:


Masukkan semua santan , bahan ditumbuk lumat , serai , assam keping dan santan ke dalam periuk . Masak semua sampai kuah mendidih dan rebung masak kemudian masukkan sotong , daun kunyit serta udang . Masukkan garam secukup rasa dan kacau bila udang/sotong masak boleh la ditutup api dapur .


* Sentiasa kacau kuah supaya santan tak pecah minyak. Kalau tak cukup masam baru la ditambah asam keping lagi dalam masakan ni .




Friday, October 5, 2012

SPECKLED CHOCOLATE MUFFINS

ASSALAMUALAIKUM.....



kesibukan melanda sikit dengan urusan.. nak terjah-terjah blog orang pun tak sempat , boleh postkan resepi ni pun dah ok dah ... emm lama dah tak buat muffin . dugaan nak buat muffin ni kan. dah banyak belajar dari pengalaman.bila fikir lagi susah dari nak buat cupcake tu sebab kalau tak ikut tips memang tak akan jadi la muffin. hari ini wani nak share speckled chocolate muffin. nampak bintik-bintik tak.. kalau depan mata wani memang nampak la.. kalau dalam gambar ni tak nampak la. ada bintik-bintik sikit. bagi wani dah sedap muffin ni ada gabungan coklat dan oats. muffin ni bagi wani best serve warm.dapat 14 biji muffin . hari tu buat ada lebih tak habis letak dalam peti tapi bila nak makan tu kena panaskan balik dan makan terus hihi..resepi muffins ni wani ambil dari buku..










SPECKLED CHOCOLATE MUFFINS
SOURCE: MUFFINS GALORE BY CATHERINE ATKINSON

BAHAN-BAHAN

50 gm oat segera / rolled oats
275 ml susu
2 sudu teh esen vanilla
250 gm tepung gandum
1 sudu besar baking powder
½ sudu teh garam
110 gm gula halus  (  wani guna 80 gm )
150 gm chocolate masakan, diparut kasar atau dicincang halus
1 biji telur dipukul ringan
100 gm mentega dicairkan.

CARA- CARA

  1. panaskan oven  ke 200 C. griskan muffin tin atau nak guna paper muffin pun tak apa.
  2. masukkan oats ke dalam satu mangkuk dan tuangkan susu dan esen vanilla. Kacau, kemudian bagi oats tu menyerap sementara itu, boleh prepare untuk bahan yang lain.
  3. masukkan tepung gandum, baking powder, garam dan gula dalam satu mangkuk yang lain.masukkan coklat yang diparut dan kacau rata.
  4. masukkan telur dan mentega yang telah dicairkan ke dalam campuran oats bersama susu  tadi, kacau sebati.
  5. masukkan campuran oats tadi semua sekali gus ke dalam bahan-bahan kering dan hanya kaup balik sekadar sampai adunan bercampur sahaja dan jangan terlebih kacau.. masih ada lumpy atau ketul-ketul  pun tak apa.
  6. sudukan adunan tadi ke dalam paper cup, bahagi sama rata dan bakar selama 18- 20 minit atau sampai  muffin tu naik dan berwarna keemasan.
  7. sejukkan selama 10 minit sebelum dipindahkan ke atas wire rack.
  8. hidangkan terus  ataupun sejuk.

Note: suhu biasa wani guna 150 C dan bakar dalam 30 minit . yang lain nak bakar ikut suhu oven masing-masing ya.
- muffin ni wani suka makan masa time panas-panas sebab tekstur muffin masa tu amat lah lembut sangat.





Wednesday, October 3, 2012

IKAN BILIS TEMPOYAK

ASSALAMUALAIKUM.....


salam semua,,semoga ceria-ceria selalu..ini pun salah satu favorite ... ikan bilis tempoyak ni.best makan dengan nasi panas.resepi kat bawah ni boleh je kalau  adjust ikut kesesuaian masing-masing ya! simple yet delicious !sedap betul  bila segala menu nak masuk tempoyak tak rugi !ambil kat fotopages tapi wani dah olah sikit bahasa ayat hihi....

IKAN BILIS TEMPOYAK
 BAHAN-BAHAN
2 cawan ikan bilis  ( digoreng garing )
5-7 lada burung ( merah + hijau )
4-5 ulas bawang merah
kunyit hidup1 inci
garam dan gula secukup rasa
tempoyak 2 sudu besar atau secukupnya

CARA-CARA
1. tumbuk kunyit dan lada burung lepas tu tumbuk bawang merah sampai hancur.
2. panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk sehingga agak garing sikit dan naik bau barulah masukkan tempoyak dan gula secukup rasa kacau rata sampai sebati dan agak kering sikit.
3. masukkan ikan bilis, gaul rata biar sebati dengan tempoyak. tutup api dan gaul lagi hingga rata.
4. angkat dan hidangkan dengan nasi panas.memang sedap !

Note: wani tak masukkan garam sebab ikan bilis tu dah masin. dan ikan bilis tempoyak rangup sebab wani tak masukkan air untuk mengekalkan kerangupan ikan bilis tu.