Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Sunday, September 30, 2012

IKAN MASAK ASAM

ASSALAMUALAIKUM.....


emm mood tengah merudum..kat sini pun cuaca hujan. layan je resepi yang simple lagi cepat disediakan.

IKAN MASAK ASAM

Bahan

2 keping ikan tenggiri
[boleh gunakan ikan lain saperti selar/kembung/bawal]

Bahan Hiris
3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji cili hijau
1 biji cili merah
1 labu bawang besar

Bahan Sos
1 cawan air asam jawa
[boleh gunakan cuka..2 s/b cuka + 1/2 cawan air]
1/2 s/k kunyit serbuk [sebagai warna masakan tu]
1 biji tomato buah [belah 4]
minyak
garam

Cara
1. Ikan dibersihkan dan gaulkan dngan kunyit & garam
2. Goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
3. Tumiskan semua bahan yg dihiriskan.
4. Bila dah nampak layu sikit masukkan air asam jawa atau air cuka, tomato buah dan kunyit.
5. Bila dah mendideh masukkan ikan dan tutupkan api.
6. Sedap dimakan ngan nasi putih.

NOTA:
Kak liza selalu makan masa dalam pantang..cuma tambahkan lada hitam.

Friday, September 28, 2012

BUBUR CHA CHA

ASSALAMUALAIKUM.....






terfikir jugak kenapa nama bubur cha cha ? tak tahu pulak dari mana asal usul chacha ni. dengar cerita ia dari sejenis dessert dari masakan nyonya . dan wani tengok ada pelbagai variasi bubur cha cha. selalu beli je bubur cha cha ni hihi padahal senang je nak buat .hari itu wani beli la yang kering ni nak try buat la.. punyalah mudahnya nak buat kita yang berkira sangat nak beli :D.. selalu time bulan puasa je beli sebab nak makan portion yang sikit kan.kalau buat seperiuk dah memang tentu tak habis.. jadi kali ini wani buat la ..emm sedap rasa lemak - lemak santan dan cha cha tu sekali tengok macam cendol .. cuma wani tak letak sweet potato .tak ada stok.emm bonda pun cakap macam makan cendol je alahai bonda...wani letak nisan plus gula pasir sikit. lepas tu suai rasa la ikut kemanisan yang nak. terima kasih sudi share resepi ni..walau senang macam nak buat bubur kacang, wani refer jugak dekat resepi ni. :)).thank you!



BUBUR CHA CHA

Ingredients:
200gm dried cha cha
A bowl of thick coconut milk (may add additional thin coconut milk if necessary)
Sweet potatoe (keledek..preferably the yellow one),
diced Sugar
A pinch of salt
Pandan leaf


Method:
1. Boil dried cha cha and sweet potatoe seperately until softened.
2. Combine coconut milk, sugar and salt in a casserole and let simmer for a while. Stir so as not to let the mixture get crumbled.
3. Add in softened cha cha and sweet potatoe. Let simmer and adjust the sweetness.
4. Put in the pandan leaf, stir a while and you are done.
I was supposed to put the yellow sweet potatoe in the porridge but unfortunately I couldn`t get one. They were out of stock. I managed to get the white one anyhow. Why yellow ??..Well..just to add more colours to the porridge actually. As you can see, the cha cha itself is already multicolors..and why sweet potatoe??..The cha cha is made of flour and almost tasteless if we only use cha cha..by adding sweet potatoe or anything like banana, pumpkin, sukun, tapioca etc..may vary the taste in the porridge. All is up to you..mine is just a serving suggestion.


Tuesday, September 25, 2012

AYAM VIETNAM

ASSALAMUALAIKUM.....



pejam celik dah nak peghujung bulan 9 dah... hemm sekejapnya rasa masa ..tu la masa itu emas kan .. kalau dah pergi takkan kembali dah.. kat sini pun bila ke petang sikit, mula lah hujan , rasanya minggu ni asyik hujan je tapi tak apalah tenang je hati bila tengok hujan turun.. bila dah nak penghujung tahun macam ni ,,musim tengkujuh dah pun nak bermula la ni. kali ini wani nak bawak anda ke Vietnam untuk misi pencarian makanan di sana pulak.. hihi... tak adalah resepi ni wani ambil dari kak wattie.. dah lama keep resepi ni bila tengok ke bahan-bahan tu rasa macam sedap je bila menjadi ..memang tak menghampakan lah .. rasa nya memang sedap !!!.. wani buat agak kering sikit ..cuma wani guna ketulan ayam.. terima kasih kak wattie kerana sebarkan resepi ni memang sedap !.. cubalah ya tak menghampakan.oh lupa untuk bahan tumis tu semua wani blender halus. malas nak main tumbuk-tumbuk  ^^.. dan wani tumis sekali bersama serbuk kari daging hingga naik minyak.


AYAM VIETNAM
SOURCE: WATTIE'S HOMEMADE


Bahan-bahan:
7 ketul paha atau kepak ayam - dipotong kecil ( wani guna 1/2 kg ayam )
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar gula
1 sudu besar kicap
1 biji telur
4 sudu besar tepung ubi ( 2 sudu besar  ) 
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Bahan-bahan Tumis:
(Ditumbuk kasar)

3 batang serai
10 tangkai cili padi ( 7 biji lada burung merah + hijau )
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah ( 4 - 5 ulas bawang merah  )

3 labu bawang besar - dibelah 8 ( wani guna 1/2 labu je  )
4 tangkai daun kari ( wani guna 1 tangkai  )

Bahan-bahan Perasa:
1 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos ikan (wani tambah ) 
1 sudu besar kicap
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kicap pekat

Cara Menyediakan:

1. Ayam dibersihkan kemudian diperap dengan sos tiram, gula, kicap dan telur selama dua jam sebelum digaul dengan tepung ubi.

2. Panaskan minyak dan goreng aam hingga masak. Angkat dan ketepikan.

3. Tuangkan minyak dan tinggalkan anggaran tiga sudu besar di dalam kuali kemudian masukkan bahan-bahan menumis. Kacau sehingga rata dan masukkan bahan-bahan perasa. Kacau lagi.

4. Masukkan ayam dan kacau lagi sebelum diangkat.

Note: wani masukkan air sikit ke dalam bahan tumis untuk kuah.

Sunday, September 23, 2012

APA MAKSUD AL DENTE? DAN TEKNIK MASAK PASTA

ASSALAMUALAIKUM.....



rasa semua orang pernah mendengar istilah "al dente" kan. bila ada kaitan dengan pasta akan adalah perkataan "al dente". first time wani dengar perkataan "al dente" masa terjumpa dalam resepi makaroni bakar yang menyebut "rebus hingga al dente" dah lama dulu dah.. mula-mula kebingunan nak kata perkataan english macam bukan..hihi. tapi faham lah mesti rebus sampai pasta tu masak kan. lama dulu ada kesilapan wani buat makaroni bakar, wani hairan kenapa makaroni bakar yang telah dibakar pun bila dah sejuk dan bila dipotong . tekstur nampak terlalu lembik. rupa-rupanya wani dah rebus pasta tu terlembik..banyak kali buat macam tu.  itu kesilapan wani bila rebus makaroni wani rebus sampai lembik sangat.. sebab wani terlalu turutkan resepi. tapi bila dah bereksperimen , segala jenis pasta ni tak boleh rebus terlalu lama.  bila pasta tersebut mencapai tahap "al dente" ok berhenti dan angkat. pasta perlu dimasak "al dente" ( tidak terlalu masak ) untuk menjamin kebaikannya. jika terlebih masak, ia akan memusnahkan khasiat pasta dan menyebabkan sumber karbohidrat ditukar ke bentuk tenaga dengan lebih cepat.dan kat sini wani ada terjumpa link bagaimana teknik untuk masak pasta? harap ianya boleh membantu dan juga sebagai rujukan nanti. sumber kat SINI

ANDA gemar menikmati pasta? Pasta sebenarnya diperbuat daripada tepung semolina iaitu sejenis tepung gandum daripada spesies durum. Tepung ini mempunyai kandungan protein yang tinggi dan berwarna kuning. Adunan untuk membuat pasta adalah tepung, telur, minyak dan air. Terdapat dua jenis pasta iaitu yang segar dan kering. Pasta segar adalah basah dan tidak tahan lama dan perlu digunakan segera.


Pasta kering pula boleh tahan lebih daripada dua tahun jika disimpan di tempat kering. Terdapat pelbagai resipi makanan berasaskan pasta boleh disajikan namun resipi daripada Itali merupakan resipi yang paling popular. Terdapat pelbagai jenis dan nama pasta seperti spageti (seperti mi); lasagne (nipis empat segi); fettuccine (tiub dan silinder); fusilli (berpintal) dan bermacam-macam lagi. Kebiasaannya pasta dimakan bersama sos. Walaupun hidangan pasta seakan mudah disediakan namun ada beberapa teknik dan cara memasak pasta.

1. Air untuk merebus Air perlulah banyak dan jika pasta yang direbus adalah 500 gram gunakan satu liter air untuk merebus.

2. Gunakan periuk yang dalam dan besar agar dapat memberi ruang kepada pasta semasa merebus dan air yang banyak pula dapat mengelakkan pasta daripada melekat.

3. Letak garam dalam air rebusan untuk memberikan rasa masin pada pasta dan pasta akan berasa lebih enak dimakan bersama sos.

4. Sebelum merebus pasta pastikan airnya mendidih kerana pasta yang dimasukkan ketika air mendidih akan menurunkan suhu air rebusan. Jadi untuk mengelakkan proses merebus terhenti terlalu lama air perlu dididihkan dahulu.

5. Semasa merebus pasta biarkan pasta lembut seketika dan barulah dikacau untuk meleraikan pasta yang melekat dan supaya pasta masak sekata.

6. Jangan terlalu kerap dan kuat mengacau kerana pasta akan patah dan putus. Untuk mengelakkan pasta daripada melekat, letakkan sedikit minyak zaitun atau jagung semasa merebus terutamanya pasta seperti spageti dan fetucine.

7. Selepas menapis pasta gaulkan dengan sedikit minyak supaya pasta tidak mudah kering dan melekat.

8. Jangan campurkan pasta yang berbeza saiz semasa merebus kerana tahap kemasakannya tidak sama.

9. Pasta yang direbus perlu dimasak sehingga mencapai tahap kemasakan al dente iaitu teksturnya masih kenyal apabila digigit.

10. Jika ia direbus terlalu lama pasta anda akan menjadi lembik.

11. Simpan air rebusan untuk memanaskan pasta yang telah direbus sebelum anda curahkan dengan sos pasta yang panas.Ini pasti lebih menyelerakan kerana dimakan ketika panas. Taburkan atas pasta anda dengan keju parmesan bagi menyemarakkan lagi selera anda.

Saturday, September 22, 2012

BAKED MACARONI

ASSALAMUALAIKUM........





selamat pagi dan selamat berhujung minggu ... hari ni tayang resepi makaroni bakar. olahan daripada resepi wani ambil dekat SINI dari kak norlie iaitu KEK UBI KENTANG BAKAR.  masih lagi sukatan sama cuma ubi kentang tu wani masukkkan sebiji je yang telah dilenyek halus.tak berapa gemar jugak nak masuk banyak-banyak. dan wani tak masukkan cream mushroom chicken soup kalau family kecil memang sesuai dah ni ..wani buat ni.. bakar pagi .. elok-elok sampai malam dah habis dah hihi.. tak nak jugak buat berlebihan nanti tak habis . tapi jangan nak memandai nak tambah makaroni lebih ya  macam sikit tu je gm nampak tapi bila masuk bekas nak gaul agak banyak jugak ler dapat. tapi 100gm tu dah ngam-ngam dah nak makan. wani guna loyang empat segi  5 inci. kalau dulu ingat buat macaroni tak turut resepi, wani pergi tambahkan macaroni tu sebab nampak macam sikit :D..tengok-tengok banyak nyer dapat.kita nak buat sikit je. apapun sekarang macaroni selera orang putih dah tukar jadi selera tekak melayu pulak.. macam-macam style macaroni sekarang. ^^. terima kasih buat kak norlie juga tapi wani dah olah style wani sikit :))..



BAKED MACARONI
SOURCE: DARI DUNIA DAPURKU

BAHAN-BAHAN
100 gm macaroni ( direbus al dente )
1/2 inci halia ( dicincang )
1 biji bawang besar ( didadu) kalau besar guna half je
2 biji lada besar ( merah + hijau )
2 ulas bawang putih ( cincang)
2 sudu besar serbuk kari
garam dan gula secukup rasa
shitake mushroom 10 biji ( hiris nipis-nipis )
daun bawang dan daun sup secukupnya
telur gred A 3 biji
1 biji ubi kentang sederhana ( direbus dan dilenyek halus )
daging kisar 200gm

CARA-CARA
1. makaroni direbus al dente, jangan terlebih lembik
2. tumis bawang besar, halia, bawang putih dan lada merah & hijau hingga wangi dan layu.
3. masukkan daging kisar dan gaul rata sekejap baru masukkan serbuk kari , kacau hingga sebati.
4. masukkan shitake mushroom, garam dan gula. kacau mesra dan rasakan.
5. bila dah rasa ok, tutup api dan masukkan bahan yang digoreng tadi ke dalam 1 bekas lain dan masukkan ubi kentang yang telah dilenyek halus. gaul rata.
6. kemudian masukkan macaroni dan daun sup @ daun bawang.
7. kemudian pecahkan telur satu persatu ke dalam macaroni tadi dan gaullah dengan rata.
8. masukkan ke dalam loyang yang telah dialas dengan aluminium foil.
9. bakar pada suhu 170 C dengan api bawah 30 minit kemudian api atas 30 minit + 10 minit sehingga masak

NOTE: - .untuk api atas, masa 30 minit pertama, lepas 15 minit, wani dah mula tutup dengan aluminium foil tak nak bagi  hangus cepat.wani buat tambahan 10 minit sebab nak bagi garing sikit kat atas  tu.

Friday, September 21, 2012

IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK

ASSALAMUALAIKUM.......


sebut je pasal ikan patin masak tempoyak .semua orang dah pernah merasa kan apatah lagi dengan resepi yang amat mudah semua orang pun boleh masak hihi.. ikan patin ni salah satu favorite bonda wani .. kalau pergi pasar tak lain mesti dia nak suruh tolong beli ikan patin....harga pun murah, yang seekor besar pun dah reasonable price..  kalau nak masak ikan patin tak lain tak bukan dah memang tak lari masak tempoyak ler jawabnya.. so tempoyak tu mesti kena ada stok dalam fridge ..jangan out of stock sudah ... masa musim durian 2 bulan lepas ke .. dah banyak balang tempoyak buat .. sampai kan kena ada space banyak nak simpan tempoyak dalam peti..ada masa terluang sikit rajin la bonda wani kikis sikit-sikit isi durian ni.. ai letih jugak buat kerja ni hihih.. ya la main kikis-kikis bukan senang.. kalau nak banding beli kat kedai macam tak berbaloi sikit pun dah mahal la bagi wani...

kalau sebut pasal tempoyak, ada jugak bonda buat tempoyak tak menjadi.. dia macam tak "masak" maksud wani mungkin durian tu tak cukup matang nak dibuat tempoyak.. bila teringat yang tempoyak yang tak menjadi tu, dia macam tak berbau masam  dan tak ada rasa langsung bila dimasak bersama ikan.jadi rasa pun tasteless. kalau ikut resepi wani buat ni ,semua wani letak sekali gus.nak suruh aroma daun-daun semua tu sebati masuk bersama kuah. ikan ni pun bukan boleh lama sangat atas dapur.macam-macam style wani jumpa resepi orang buat tak apalah itu ikut resepi masing-masing... yang ni  resepi style wani buat.


IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK
SOURCE: DARI DUNIA DAPURKU

BAHAN-BAHAN
Air 2 cawan atau secukupnya
1 inci kunyit 
1/2 inci lengkuas
7 biji lada burung ( merah + hijau ) tak nak pedas kurangkan
Tempoyak 3 sudu besar
Ikan patin 3 kerat ( wani guna kepala + 2 bahagian keratan isi )
1 batang bunga kantan belah 4
segenggam daun kesum 
1-2 asam keping 

CARA-CARA
1. tumbuk kunyit, lengkuas dan lada burung sampai lumat 
2. masukkan 3 sudu besar tempoyak dan gaul rata
3. sediakan periuk dan masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi dan air dan kacau rata
4. masukkan ikan, daun kesum, bunga kantan, garam dan gula secukup rasa dan juga asam keping  
5. letak atas dapur, tutup periuk dan tunggu sehingga mendidih sikit, balikkan ikan perlahan-lahan dan kacau rata.
6. bila dah mendidih lama sikit, daun-daun pun dah layu, rasa dah pun ok bolehla tutup api.
7.nikmati dengan nasi panas

Note: ikan patin bagi wani tak boleh terlalu masak overcooked sebab isi ikan ni mudah tertanggal kalau lama sangat atas dapur. agak-agak nampak dah pucat ikan tu dan isi ikan dah jadi putih kira masak dah tu..

Wednesday, September 19, 2012

SAYUR KUCAI GORENG BELACAN

ASSALAMUALAIKUM......






menu ni sempoi je masak tapi hasilnya memang sedap menjilat jari tau ..best makan dengan nasi panas-panas tapi wani suka ratah gitu je,,,, dah banyak kali buat resepi ini..tapi ni baru nak letak sebab tak sempat nak snap. memang citarasa pilihan family jugak ni..sebab semua kata sedap.macam-macam kalau dengar response ada orang kata macam makan  sayur kulat goreng :D.. adeh macam kulat ke tak tahulah nak cakap hihih... sebenarnya wani tak pernah tahu pun sayur ni boleh digoreng ...kalau wani pernah tengok pun orang letak dalam mee goreng . macam tu lah ,ada orang tak kenal ke sayur kuchai .. nilah rupanya sayur kuchai tu ya .. hasil dari mr google.macam rumput pun ada sayur jenis ni hihi.. kot-kot la ada orang tak kenal. tak cukup satu pinggan kalau goreng .. terima kasih buat penyumbang resepi yang berkongsi resepi ni.. kalau goreng sayur ni wani dah tak letak garam sebab masin dari udang kering dan serbuk ikan bilis tu dah cukup masin... cubalah tau , wani recommend sangat-sangat  resepi ni :))..


SAYUR KUCAI GORENG BELACAN
SOURCE:  SKYBLUEMELLEYMEY

Bahan-bahan
Sayur kuchai di potong
Serbuk cili ( ½ sudu teh )
Perencah pati ikan bilis Tumix ( wani guna pati ikan bilis manggi )
Sedikit gula jika suka
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan- bahan A ( Di Tumbuk )
Bawang merah ( wani guna  3-4 ulas bawang merah untuk segenggam sayur kuchai )
Udang kering di rendam dalam air panas dan toskan ( 1 1/2 sudu besar )
Sedikit belacan

Cara- cara
  1. Panaskan sedikit minyak.. Tumis bahan-bahan A, serbuk cili dan sedikit gula ( jika suka ) sehingga wangi dan garing.
  2. Masukkan sayur kuchai dan masak sehingga layu.
  3. Tambahkan sedikit air, perencah pati ikan bilis dan garam secukup rasa.. Gaul rata.
  4. Biarkan sehingga sayur masak.
  5. Hidang dengan nasi putih panas.

Tuesday, September 18, 2012

IKAN LOLONG BALUT DAUN PISANG / GRILLED FISH IN BANANA LEAVES

ASSALAMUALAIKUM.......



a typical malay cooking when fish is wrapped with banana leave or turmeric leave. i love delicious way of grilling fish like this. but i have to choose to bake in the oven than original way.. no worries the taste still the same.kalau pasal nak grill ikan ni memang wani kalau boleh nak wrap dengan apa-apa daun pun nak bagi aroma special keluar. terus masuk oven bakar la dengan suhu 180 C lebih kurang 40 minit atau sampai masak.

IKAN LOLONG BALUT DAUN PISANG

Bahan-bahan:
Ikan kembung secukupnya ( wani guna ikan lolong 2 ekor )
Daun pisang secukupnya
10 helai daun limau purut [dihiris halus]
200gm cili hidup merah
100gm lada kering
2 labu bawang besar
3 labu bawang putih
2 inci halia muda
1 biji limau kasturi
Kicap manis secukup rasa
Garam
Serbuk perasa
Minyak untuk menumis secukupnya

Cara-cara penyediaan:
1. Kisar kesemua bahan kecuali ikan dan daun pisang.
2. Letak ikan di atas daun pisang dan lumurkan dengan rempah yang telah dikisar.
3. Kemudian balut daun pisang dan disematkan dengan lidi.
4. Perap dalam peti sejuk dan sedia untuk di barbeku.

NOTE: kesemua bahan yang telah dikisar, wani tumis sampai masak terlebih dahulu dan lepas tu lumur dekat ikan.




Sunday, September 16, 2012

ADAB MEMASAK

ASSALAMUALAIKUM.....


selamat pagi dan diharap semua kawan-kawan bloggers sekalian sihat dan sentiasa dirahmati Allah.. sekadar perkongsian .. bolehlah kita amalkan bersama.. insyaAllah makanan yang dihidangkan untuk family sentiasa sedap.. :)).. sebenarnya ,ramai kawan-kawan kat facebook tengah banyak postkan doa ni semua.. so, wani ambil peluang untuk kongsikan kat sini pulak..

Saturday, September 15, 2012

HOW TO KNOW IF AN EGG IS FRESH ?

ASSALAMUALAIKUM........


SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA buat semua.. senyap je hari ni semua sibuk dengan aktiviti masing-masing la agaknya...sebelum wani terlupa, untuk cabaran cupcake yang telah dianjurkan oleh celcom masih ada beberapa hari lagi sebelum tarikh tutup.. masih sempat lagi untuk menghantar gambar sebanyak mungkin berdasarkan atas kreativiti anda masing-masing.. klik SINI untuk syarat yang lebih lanjut .. senang je.. oklah.. wani sebenarnya ternampak nak share satu tip pasal telur .. wani pun tak pernah tahu atau tak pernah buat tapi tak tahulah takut-takut ada orang lain yang buat.. cuma tahu telur mesti SEGAR tapi tak tahu istilah segar tu macam mana..semalam ex masterchef malaysia contestant iaitu Brian, berkongsi satu tip macam mana nak tahu kalau telur tu segar atau tak.. rasa-rasanya gambar kat bawah boleh menjelaskan segalanya semua orang faham kan.. wani pun tak pernah nak berexperiment macam ni..hihi  hopefully this is useful tip..



Friday, September 14, 2012

SIEW PAK CHOY DAN CENDAWAN KUKUS


ASSALAMUALAIKUM...



rasanya ini resepi nak masak sayur paling senang kan.. tapi wani tak guna microwave pun celur je sekejap dalam periuk..dan akhirnya siap boleh makan ..emm sedap makan gitu  je sayur camni ... dah lama dah tak makan sayur,,, ni pun dah lama buat hihi....

SIEW PAK CHOY & CENDAWAN KUKUS 
 
SOURCE: SAJI ONLINE

(Resipi ini menggunakan ketuhar gelombang mikro)

Bahan-bahan:

300 gm sayur siew pak choy
1 tin cendawan butang
1 sudu besar tepung jagung*
1/2 cawan air*
(* dibancuh agar tidak berketul)
1 cawan air rebusan ayam
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
2 cawan air panas
1 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa


Cara Menyediakan:
1. Masukkan air panas, minyak masak, sayur siew pak choy dan cendawan ke dalam mangkuk kaserol. Tutup mangkuk dan masak dengan kuasa high selama tiga minit. Keluarkan dan tuskan.
2. Masukkan air rebusan ayam, garam bancuhan tepung jagung dan lada hitam ke dalam mangkuk dan masak dengan kuasa high selama lima minit. Keluarkan dan masak lagi selama tiga minit.
3. Susun sayur ke dalam pinggan kemudian curahkan kuah ke atasnya. Hidang panas-panas.

Note: untuk kuah tu,wani tumis bawang putih yang dicincang halus sekejap dan kepekatan kuah untuk sayur ni wani agak-agak je dengan hidangan sayur tu.. 



Thursday, September 13, 2012

It’s springtime forever with flowers in your room!




Bored of your room? Get a #ClassicTallWallFlowers Wall Sticker from @whitemy today.CLICK HERE for further information.. ever get the feeling that there's something missing from your room? add a dash of whimsy to your decor with flowers on the wall and you don't even have to water it too!..

CEMPEDAK GORENG

ASSALAMUALAIKUM.....



dah lama tak makan cempedak. memang kempunan betul .baru-baru ni wani balik ke kampung Pak Long.. masa sampai rumah Pak Long,  tu dia tak ada , ada Mak Long je.. Pak long wani pulang ke rumah kat Tasek pergi tengok kebun buah-buahan dia.. bila balik sana , Pak Long bawa balik buah cempedak ambil kat kebun katanya .. Pak Long cakap ambillah lah bawa balik rumah boleh goreng buat menu petang. Wani ni memang dah terbayang lama dah nak makan cempedak,,,  lepas bawa balik rumah 2 hari baru perasan cempedak tak goreng lagi .. alamak buka pergi tengok dah nak buruk sikit.. ambillah isi -isi yang mana selamat .. simpan dalam peti jap.. sebelum nak goreng.. resepi ni dah lama wani simpan sebenarnya .. bila tengok cempedak ni .teringatkan dekat resepi kak yah ni terus ler wani nak cuba cuma wani tak letak kelapa parut.. wani sebenarnya tak boleh nak makan sangat buah-buah cam ni. sebab teringin sangat wani makanlah jugak.. ..malam tu perut wani kembung huhu.. penangan makan cempedak ..tapi tak puas makan lagi .. hihi.. degil...  cubalah ya siapa la tak teringin nak makan cempedak goreng kan ...

CEMPEDAK GORENG
SOURCE: DARI DAPUR KAK YAH

Buah cempedak..anggaran 20 biji
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
3 sudu besar tepung beras
2 sudu besar gula
2 sudu besar kelapa kering/kalau kelapa parut biasa lagi sedap..
1 biji telur
1 sudu teh garam
3/4 cawan air suam
Sedikit serbuk kunyit

Bancuh semua tepung dengan telur, gula, garam, kelapa kering, kunyit dan air.  Masukkan buah cempedak dan goreng dengan minyak yang banyak mengguna api yang sederhana..  Biar masak kekuningan.

Monday, September 10, 2012

KEK LAPIS CHEESE PERSONA

ASSALAMUALAIKUM........


Salam semua,,,, ini percubaan pertama wani buat kek lapis cheese persona ni .. orang lain dah lama buat wani baru buat... kiranya dah lama ketinggalan dah ni.. inipun dah lama buat sebenarnya tunggu Q nak masuk blog je hihi... walaupun rupa tak cantik ,rasa tetap mantop ya... agak nipis sebab wani pergi letak dalam brownies pan yang panjang saiznya .. jadi agak lebar dan tak tebal...lagipun ini buat separuh adunan sebenarnya,,  kalau loyang tu agak kecik sikit tentu tebal sikit.. tak puas makan .. kena buat lagi next time .. bila la tu... resepi ni wani ambil dari dapurku sayang dan ada sedikit olahan yang dibuat tak nak bagi adunan cheese tu terlalu cair.. terima kasih kepada semua penyumbang yang sudi berkongsi .. nanti nak kena buat lagi....

KEK LAPIS CHEESE PERSONA
SOURCE: DAPURKU SAYANG

SOURCE: ryo@ryoazhar.blogspot.com


Bahan2: (Saiz 9x9)

A:
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE)
500 ml susu segar,dipanaskan (DJ menggunakan air nescafe)

B:
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus (DJ guna gula icing 1/3 cawan)

Caranya :
1.Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
2.Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
3.Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
4.Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
5.Panaskan susu segar,padamkan api.
6.Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
7.Pastu sapukan adunan cheese di atasnya,ratakan
8.Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
9.Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
10.Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
11.Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.

Bahan yang DJ tambah :
125 butter (dilembutkan)
1/2 cawan susu tepung (DJ guna jenama Fernleaf)
Caranya ialah : Putar cream cheese bersama butter hingga kembang. Kemudian dimasukkan gula dan putar lagi hingga sebati. Seterusnya dimasukkan susu segar dan susu tepung. Putar lagi hingga sebati. Selebihnya ikut step di atas.









Sunday, September 9, 2012

Everyone's waiting for the Green Biar Betul Truck... What's that??





Everyone's waiting for the Green Biar Betul Truck... What's that?? Trak hijau ni macam Santa Clause bagi hadiah percuma. Jom serbu!
The word is out about the mysterious Green Biar Betul Truck! Find out where it is to get fabulous goodies like quirky Statement Tees, yummy free chocolate drinks, or snap a pic of it to win an iPod... for further information click HERE

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE LAGI!!!!


ASSALAMUALAIKUM.... 


sekali lagi wani sharekan SMECC ni.. dah banyak kali buat dan ada kalanya wani letak dalam muffin pan ada kalanya wani letak dalam paper cup.. rata-rata semua orang dah buat kek ni walaupun tak letak telur memang lembut tekstur kek ni.. mesti orang kata ada telur kan.. kan ..wani bila time nak makan kek tapi telur out of stock , inilah kek yang wani akan buat hihi.. dan kali ini letak dalam paper cup ..sebenarnya ada letak choc chip tapi tenggelam kat bawah lak..wani sharekan sekali lagi resepi kat sini ya.. terima kasih penyumbang resepi.sekali -sekala tak hiaskan dengan choc topping tu pun sedap makan gitu je ...


kepada sesiapa yang masih berminat nak masuk pertandingan cabaran cupcake tu masih boleh klik SINI   .untuk mengetahui info yang lebih lanjut.. belum terlambat lagi untuk anda menunjukkan baking skills masing-masing.. sebelum 20 September ini.. wani tengok kak ita@masam manis pun dah join ..siap hantar gambar dah ..memang cantik sangat kak ita deco  ... good luck ya kak ita.. :))


 
SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE
SOURCE: DARI DAPUR KECAH

 Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (air sejuk dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil cuka atau jus lemon


Cara-cara :
Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.


* saya tidak masukkan chocolate emulco
* gula saya kurangkan. 2/4 gula perang dan 1/4 gula pasir


Saturday, September 8, 2012

LOSE THE PAPER, WIN AN IPAD....

ASSALAMUALAIKUM......




iklan jap....Astro wants to reward their customers for helping to save the trees! Sign up now for their new eBilling service - you stop your snail mail from piling up and you get to keep convenient e-records of your bills in the Astro e-Billing system. Hassle-free access to your records and you help the environment too! To top that off, they're giving away 150 new iPads to new registrants - that's 5 iPads to be given out every day.. untuk maklumat lanjut sila klik SINI


Thursday, September 6, 2012

THE CELCOM CUPCAKE CHALLENGE

ASSALAMUALAIKUM.......



sekali lagi wani nak cakap suara kuat -kuat ..meh  meh cepat -cepat deco cupcake ..:)..Wani tertarik bila mendengar pertandingan macam ni..CABARAN CUPCAKE... rasa macam jarang organizers buat pertandingan macam ni .. emm tapi ini memang dah lebih kepada nak tunjukkan bakat baking skills masing-masing .. wani yakin ramai blogger masakan kita di luar sana tertarik jugak dengan cabaran macam ni kan ... sure yang pakar cupcake tu mesti join hihi...atau pun sesiapa yang nak cuba nasib kan mana tahu kan .. yang penting cupcake ni mesti bertemakan 1 MALAYSIA..  senang je nak join ..boleh la klik SINI untuk maklumat lanjut.. dan hadiah pun menarik juga.. masih ada banyak masa lagi ... apa tunggu lagi, get baking, malaysians !!!

Wednesday, September 5, 2012

AYAM GORENG NENAS

ASSALAMUALAIKUM......


menu ni sekali buat rasa akan dibuat sekali lagi sebab memang menepati citarasa family,, semua dok kata sedap.. memang unik resepi ni, ringkas dan sedap.. menu yang dah lama buat kira tunggu Q nak masuk blog la ya.. cubalah ya tak rugi mencubanya ,sure makan nasi bertambah - tambah hihi... terima kasih kak ita sudi berkongsi  :))..


AYAM GORENG NENAS
SOURCE: KAK AZLITA @ MASAM MANIS


Bahan-bahan
4 sudu besar minyak masak
500 gm ayam - basuh bersih dan potong kecil
1 batang serai - dititik
1 biji bawang besar - dipotong baji
2 biji tomato - dibelah 4
1/4 nenas - dikupas, dibuang empulur dan dipotong dadu
1 batang cili merah - dihiris
1 batang cili hijau - dihiris
2 helai daun limau purut - disiat2
1 sudu besar sos tiram
1 sudu beras sos ikan
garam dan gula secukup rasa

Pes Rempah
4 sudu besar udang kering - direndam air hingga lembut kemudian dicuci dan dikisar
1 sudu belacan - dibakar dan dikisar
3 sudu besar cili kering yg telah dikisar
5 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
2 kaki akar ketumbar - yg ni ita tak letak sebab tak tau benda alah apa ....


Cara-cara
Satukan semua bahan pes didlm pengisar dan kisar hingga halus.
Panaskan minyak masak dlm kuali yg dalam. Goreng ayam sehingga keperang-perangan. Angkat dan ketepikan.
Tinggalkan 2 sudu besar minyak dlm kuali dan panaskan semula. Tumis pes rempah dgn serai sehingga harum.
Masukkan bawang besar, tomato, nanas, cili merah, cili hijau daun limau perut dan ayam. Goreng dan kacau hingga sebati. Kemudian bubuh sos tiram dan sos ikan. Perasakan secukupnyer dgn garam dan gula jika perlu.
Besarkan api menjadi sederhana dan masak , tutup, selama 3 minit. hidangkan mengikut citarasa.


NOTE: wani masukkan sedikit air nak bagi lembap dan berkuah.

Monday, September 3, 2012

TERSEREMPAK DENGAN DATO CHEF WAN

ASSALAMUALAIKUM......




cerita dah lapuk tapi nak taip jugak buat lah sebagai memori sebab bukan selalu nak jumpa orang yang kita admire kan hihi.. cerita ni al kisah nya masih di bulan puasa bulan lepas lagi .. hari tu on the way drive nak shopping barang dapur.. emm mujur lah jalan tak jam.. tiba di persimpangan selepas je traffic light, tiba-tiba ada polis trafik lalu menghalang kereta kat depan dalam hati wani dah sah ada kereta sultan nak lalu kot.. selepas lama menunggu tu, wani tengok berderet-deret bus sekolah lalu.. habis semua datang dari daerah mana kat kelantan ni .sebab wani cam kat nama sekolah kat bus tu la.. tengok kat dalam macam budak sekolah rendah je semua.. tak nampak pun macam budak sekolah menengah... alamak dalam hati dah berdetik ni nak pergi mana ni bus-bus ni semua .. lama kan hala masuk kat mydin mall jugak la ya .. jadi memang sah la semua bus tu menghala ke mydin mall.. ni mesti ada event apa-apa ni .. ya la takut jam jalan pulak..

ini la bas budak-budak sekolah tu semua .. dah tertulis kat banner tu SIINAR KASIH AIDILFITRI  JOM SHOPPING


dah terlebih cerita pasal budak sekolak pulak.. budak-budak ni alahai kecik-keciknya sampai siap demam pun datang jugak kasihan pulak.. .. nampak air muka mereka gembira maklumlah ada baju baru , kasut baru , songkok baru, selipar baru ..kan .bila wani tanya "adik sekoloh mano" malu-malu pulak nak jawab... cerita pasal Dato Chef Wan tu, bila wani dah siap shopping, pergilah tunggu kat ruang depan tu.. sekejap.. lepas tu terasa nak pergi toilet .. bila wani jalan melepasi kat food court mydin tu, wani ternampak macam kelibat Dato Chef Wan.. eh betul ke ni ..ke silap pandang.. mata terkebil-kebil lagi takut silap pandang hihi ya la.. seumur hidup tak pernah terlintas dalam kepala nak jumpa Chef Wan secara live..kalau tak datang cooking show dia atau ada event apa-apa ke..adeh.. tup..tupp... tak expect jumpa depan mata wani sendiri..sini sana wani dah dengar orang berbisik ."eh Chef Wan ke tu"..  Chef Wan ni memang idol chef wani dah lama dah zaman remaja lagi..tu la macam teruja sangat bila dapat jumpa .. nasib baik tak terlompat-lompat... masa tu ramai wanita-wanita tengah kerumun dia maklumlah ramai peminat  wanita mungkin tengah ambil autograph kot.. wani terfikir jugak buat apa dia datang sini maklumlah masa tu bulan puasa ..ke ada kaitan dengan SINAR KASIH AIDILFITRI JOM SHOPPING dengan budak-budak sekolah tu ke..

pekerja-pekerja mydin pun sibuk nak bergambar jugak ni..


bila dah keluar dari toilet, wani ingat dah hilang dah kelibat dia ..sebab malas dah nak masuk dalam orang ramai sangat tambah lagi dengan budak sekolah... intai-intai sikit takut ada lagi kat situ,, rupanya ada ..sebenarnya cuba nak ambil gambar dia ... dapatlah sekeping dua dari dekat ... untuk kenangan sendiri tak ada pulak sebab sikit-sikit ada je orang dekat dengan dia .. wani yang datang sikit-sikit ni  nak dekat .. tak berani pulak hihi.. lepas tu ada pula seisi bergambar dengan budak-budak sekolah tu.. sambil tunjuk shopping bag masing-masing...begitulah al ceritanya.. nampak macam sekejap Chef Wan kat sana, lepas seisi bergambar tu dah naik kereta pergi dah..

Sunday, September 2, 2012

PEANUT BUTTER BREAD PUDDING

ASSALAMUALAIKUM......


 macam mana cuti hujung minggu yang panjang baru-baru ini. yang mana balik kampung untuk pulang ke destinasi semoga selamat sampai.. alhamdulilllah , wani semalam dah habis puasa 6  bersama dengan bonda dan abah sekali syukur rasanya.. diberi peluang untuk berpuasa sekali ..entah bila takut tak berpeluang nak puasa bersama-sama..walaupun kesihatan diri wani tak seberapa, gagahkan diri jugak nak puasa .. insyaAllah hujung minggu ni sambut raya .. jauhnya jarak nak beraya ..emm hujung minggu tu je yang santai sikit masa... peanut butter bread pudding ni wani buat masa masih dalam puasa 6.bila tengok ada lebihan roti masa buat open house baru-baru ni..so simpanlah roti ni dalam peti tak nak bagi dia berkulat .. sebab dah planning nak buat resepi pudding yang senang ni..ni macam dah jadi bingka roti.. senang sangat resepinya.. cuma unik resepi ni letak peanut butter..memang sedap bau mentega kacang .. dah siap bakar wani terus potong nak tengok tapi memang sedap makan panas-panas .. adik wani dia tak puasa ,so bagi dia test la rasa .. dia kata sedap.. kat atas tu nampak conteng-conteng ,,wani letak coklat topping sebenarnya sebelum bakar,,ada lebihan choc topping tu , cuba nak letak pulak...thank you suealeen kerana berkongsi resepi ni... this recipe is her own creation .. pandai dia reka...  cubalah ya ;)



PEANUT BUTTER BREAD PUDDING/ PUDING ROTI MENTEGA KACANG
SOURCE: SUEALEEN

Bahan-Bahan:
10 keping roti Gardenia ( wani guna roti bun )
1 tin krimer sejat F&N (400 gm)
1/2 cawan gula
2 biji telur
3 sudu besar mentega kacang (ikut suka)

Cara-cara
1- Carikkan 8 keping roti. Boh dalam blender. Masukkan bahan lain. Kisar je terus sampai lumat.

2- 2 keping yang baki tu carik dan campur dalam adunan tadi tanpa dikisar semula.

3- Lengserkan loyang dengan marjerin dan tepung.

4- Masukkan adunan tadi dalam loyang. Untuk hiasan, ikut sukalah nak letak apa pun. Terpulang kepada keinginan masing-masing.

5- Bakar selama 30 minit sampai warna bingka ni berubah macam kat atas tu. Boleh dipotong panas tanpa tunggu sejuk.

Serve hot dengan sos dia baru best.

NOTE: wani bakar dalam 45 minit suhu 150 C ikut oven masing-masing ya..