Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Thursday, August 30, 2012

SELAMAT HARI JADI MALAYSIA YANG KE 55 TAHUN

ASSALAMUALAIKUM.....



salam merdeka untuk semua rakyat Malaysia!!!!!! akhirnya sudah 55 tahun negara kita merdeka ..bersyukur ke hadrat ilahi di atas kurniaNya negara kita selamat ,aman dan damai .. dan perpaduan di antara kaum dapat dicapai...walaupun kita tinggal satu bumbung Malaysia...

 ingat kisah semalam bila bonda wani keluarkan cerita pasal pokok kelapa tapi itu dah diera lepas kemerdekaan lah. masa tu dia budak sekolah rendah.. bila arwah nenda nak buat  kuih onde-onde tapi kelapa muda tak ada dah la anak lelaki tak ada seorang pun ..lantas bonda wani yang berkain sarung pergi panjat pokok kelapa tu sampai ke puncak pokok sebab nak ambil kelapa muda..:D tergelak bila bonda bercerita ..tapi bila fikir tak reti bahaya la bonda ni.. bila wani tengok bonda wani aihh,,, macam tak sangka bonda ku ni sangat aktif masa zaman kanak-kanak,,,.kalah budak lelaki...siap bergaduh bagai dengan budak lelaki..sebab tak tahan diejek..  kalau zaman budak wani dah tak merasa dah benda-benda ni semua.. maklumlah mak bapak dah nak larang buat benda tu semua bahaya.. !!!. wani dulu taklah seaktif bonda sama naik dengan budak lelaki.. control ayu la katakan :D...lebih-lebih lagi arus perubahan zaman dah berubah.. dah tak macam dulu. banyak betul nostalgia zaman kanak-kanak bonda... rasa kalau buat drama ni dah boleh ni ..cuma pengarahnya wani tak tahu nak panggil siapa. hihi...

dah terpesong dari tajuk pulak.. tapi itu salah satu kenangan cerita bonda dekat wani ..apapun buat semua rakyat Malaysia MERDEKA!!!! MERDEKA !!!! MERDEKA !!!!!

KUIH BAKAR BIJAN

ASSALAMUALAIKUM.....


actually , ini kuih bingka yang first time wani buat sebab sebelum ni tak terlintas nak buat walaupun bonda ada urge wani suruh buat kuih bingka ni..sebab kuih bingka memang favorite dia. Selalunya kalau kuih-muih macam ni beli je .. dah lama wani simpan resepi ni, tapi baru tertunai hajat nak buat . terlintas nak buat tu bila ternampak loyang bingka ni tersorok dalam kabinet dapur .. zaman bonda wani anak dara lagi dok  guna loyang  ni.. zaman tu memang bonda selalu buat kuih bingka.. anak dia yang belum rasmi guna nak buat sendiri hihi.. tapi rasa dah puas hati la sebab semua dah kata sedap .. itu dah menggembirakan hati wani dah ..=) orang lain makan sedap.. cuma nak potong tu dah jadi berterabur sikit part bijan tu.. memang simple resepi ni nak buat pun gaul-gaul dengan hand whisk pun dah cukup ...resepi ni memang sedap tak la keras sangat tekstur bingka ni ..sebab kalau orang yang memang suka akan bingka ni memang tahu semua .. kalau keras sangat tekstur bingka ni tak sedap sangat .. kena lembut-lembut sikit.. kalau yang tu part bonda wani la yang bagi komen.. ya .. thank you mamafari for sharing this superb resepi .. senang dan sedap ...




KUIH BAKAR BIJAN
SOURCE: MAMAFARI BLOGSPOT

Bahan:-  
* 1 cawan gula
* 1 cawan jus pandan/ air + pandan essence
* 2 cawan tepung gandum
* 2 1/4 cawan santan (1 tin santan = 450 ml)
* 2 sudu makan mentega
* 3 biji telor
* 1/2 sudu teh garam
* pewarna hijau
* bijan


Cara-Cara:-  
1. Campurkan kesemua bahan dan blend sampai sebati.
2. Masukkan 2 sudu teh minyak dalam loyang dan oleskan rata.
3. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak telah panas, masukkan adunan tadi.
4. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C sampai kuning/garing (aku bakar suhu 170 C selama 1 jam 5 minit ).

NOTE: wani bakar dalam suhu 150 C

Tuesday, August 28, 2012

AYAM GORENG BUNGA KANTAN

ASSALAMUALAIKUM.....



salam semua, hari ni rasa dah macam lalui hari-hari macam biasa la pulak.. sebab mood raya tu dah semakin merudum walaupun bulan ni masih Syawal...yang mana yang masih menyambut raya tu SELAMAT HARI RAYA..wani ucapkan, lebih-lebih lagi cuti panjang dalam masa terdekat ni .. pasti banyak open house sana sini..Orang lain dah berderet cerita pasal kisah hari raya.. waninya belum nak bercerita lagi.. nak bercerita pasal menu yang dah lama betul tertunggak ni.. tengok dalam folder berderet-deret lagi nak tunggu Q masuk blog... alahai sungguh keciputan masa nak mengupdate blog...ayam goreng bunga kantan ni dah lama wani buat ..ada kelainan jugak menu macam ni sampai kan adik wani cakap ..eh,,eh unique flavor la katanya.. memang sedap dengan gandingan bunga kantan tucuma capsicum tu wani tak letak. ikut ada bahan kat dapur je. terima kasih ibundo berkongsi resepi yang senang ni.. kalau wani la next time nak guna tulang temulang pulak..hihi kalau isi-isi ni pun family ni kurang sikit nak makan ...



AYAM GORENG BUNGA KANTAN
SOURCE: DAPUR IBUNDO

BAHAN-BAHAN:

4 ketul dada ayam dihiris kecil memanjang
2 ulas bawang merah dihiris nipis
2 ulas bawang putih dicincang halus
1/2 inci hali dihiris
1 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 kuntum bunga kantan di potong kasar
2 biji bawang besar dipotong kasar
1 biji kecil capsicum hijau
1 biji kecil capsicum merah


CARA-CARA:
Panaskan minyak.  Tumis bawang merah, bawang putih dan halia.  Apabila naik bau, masukkan ayam.  Goreng sehingga airnya kering.  Masukkan sos ikan, serbuk kunyit, bunga kantan dan garam.  Gaul. Akhir sekali masukkan bawang besar dan capsicum.

Sunday, August 26, 2012

BISKUT ARAB SUSU

ASSALAMUALAIKUM.......




dah habis beraya dah ke ? belum lagi kan ..hihi  walau esok dah start hari kerja tapi rasa-rasanya mood Syawal tu masih lagi menebal kan. lebih-lebih lagi  hari Jumaat ni pun cuti umum sempena hari kemerdekaan Malaysia.. rasa masih lagi ramai yang buat open house..  wani semalam letih teramat sangat sebab ada open house kat rumah ..menu macam biasa di hari raya buat kuzi ayam dan roti jala.. tak buat banyak menu sebab bonda tahu wani ni mudah kepenatan sikit.. panggil saudara-mara terdekat je. penat tak penatnya bila time nak menjala tuh .. wani seorang yang menjala.. yang lain tu nak buat tak berapa nak reti sangat ..oklah berbalik lagi kepada cookies raya ..bila sebut cookies raya ni, kepuasan wani sebenarnya bila nak membuat biskut tu tapi bila nak makan nya tak berapa lalu nak makan pulak..  lebih seronok nak buat dari makan sebenarnya hihi...

sebenarnya biskut arab susu ni biskut pertama yang wani buat untuk raya tahun ini... bila dengar je nama cookies ni ..fikir punya fikir ada kelainan ke .. sebab letak susu.. biasa buat biskut arab tak letak susu pun .. apapun bila dah cuba emm lebih kurang je dengan yang biasa buat cuma ada bau susu sikit.. tapi sedap lah jugak  melting in your mouth...siapa-siapa nak cuba boleh la buat untuk raya tahun depan.. atau kalau nak buat time bukan raya pun apa salahnya.. cookies ni bila-bila masa pun boleh makan ^__^.. resepi cookies ni wani ambil dari blog kak yatie sekali lagi.. terima kasih kak yatie sudi berkongsi .. biskut arab ni wani salut dengan gula icing lepas bakar .. gambar- gambar ni semua pun masih berada dalam loyang.. kemalasan nak atur letak dalam pinggan bagai..gambar kat bawah ni yang dah masak .. memang gebu..biskut ni wani bakar dalam suhu 140 C dalam 15 minit.



BISKUT ARAB SUSU
SOURCE: SINAR KEHIDUPANKU

 Bahan-Bahan
  • 2 cwn Susu tepung ( biasa guna susu nespray)
  • 2 cwn minyk sapi-(tak perlu di cairkan dulu)
  • sedikit garam
  • 7 cwn tepung gandum(di ayak)
  • ceri merah secukupnya-potong kecil2
** Gula aising ( utk gaul biskut bila dah masak sahaja)

Cara-Cara
  1. Campurkan susu tepung+minyak sapi+sedikit garam, gaul sebati
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh.
  3. Bentukkan doh menjadi bulat2 kecil, hias dgn ceri dan bakar hingga masak ( 15-20min) pada suhu 180 C.
  4. Bila dah masak, sejukkan sebentar dan gaul dengan gula aising.siap! 

Thursday, August 23, 2012

BISKUT NESTUM

ASSALAMUALAIKUM.........



apa khabar semua? masih lagi dalam mood beraya lagi ?  dah pun hari ke 6 Syawal .. masa sungguh mencemburui kita nampaknya.. hari demi hari Syawal berlalu... tapi  suasana raya masih lagi meriah ...ambil kesempatan ini untuk ziarah - menziarahi sanak -saudara... hubungan yang jauh pun boleh didekatkan pada bulan Syawal ini.. tak semestinya bulan Syawal, bulan- bulan yang seterusnya pun jalinan erat keluarga tak akan putus ya .cuma bulan Syawal ni istimewa sikit... selamat hari raya sekali lagi wani ucapkan kepada semua ... sejak 2-3 hari kebelakangan ni pun jalanraya pun still jam.. maklumlah sambil-sambil beraya sana -sini ambil peluang buat kenduri.. SELAMAT PENGANTIN BARU juga kepada bakal-bakal pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan nanti.nasib baik wani dah slow-slow mood nak menaip tu datang sikit-sikit.. oklah bila dah menaip tu, maknanya nak kongsi satu resepi biskut yang sangat sedap. orang lain dah lama post cookies raya sebelum Syawal .. wani pulak post lepas raya.. .. ..oklah tu janji masuk blog ini sudahh ...tahun ni tak banyak buat cookies raya. 

biskut nestum ni wani ternampak di blog kak yatie... emm memang tak rugi mencubanya. rapuh je .. wani sapu kuning telur je ...bentuk biskut pun dah jadi 2 bentuk sebab kes malas nak buat seorang sebab dah tahu lambat kalau bab terap2 cookies ni..hihi...  jadinya adik wani tolong ,,, wani buat shape love , dia terap guna shape bunga ^^... gambar kat atas tu yang sebelum bakar.. resepi ni wani buat 2 adunan jugak.  terima kasih kak yatie sudi berkongsi .. :)) gambar kat bawah ni selepas bakar.



BISKUT NESTUM
SOURCE: SINAR KEHIDUPANKU

Bahan-bahan
  • 260 gm mentega
  • 40 gm shortening
  • 100 gm gula kaster
  • 2 sudu teh esen vanilla
Bahan B
  • 280 gm tepung rose (kalau takde, boleh ganti dngn tepung gandum)
  • 40 gm tepung jagung
  • 100 gm nestum dikisar halus
Hiasan: Kuning Telur dan Nestum
Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada suhu 150C.
  2. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh.
  3. Canai dan terap dengan acuan. Sapu dengan telur dan tabur nestum diatasnya.
  4. Susun di dalam dulang pembakar yang telah digris terlebih dahulu. Bakar pada suhu 150C selama 25- 30 minit (Yatie bakar dlm 35 minit, bergantung pada oven masing2 ya)
  5. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
NOTE:
- wani bakar dalam suhu 150C dalam 22 minit.

Friday, August 17, 2012

SALAM AIDILFITRI 2012

ASSALAMUALAIKUM.....



Alhamdulillah pejam celik je .. kita dah pun di penghujung Ramadan ..esok 1 syawal bakal menjelma... meninggalkan bulan  Ramadan yang penuh dengan keberkatan, rahmat dan keampunan yang sudah pun hampir menutup tirainya..dan semoga kedatangan syawal yang mulia ini dapat disambut dengan penuh kesyukuran, keinsafan dan penuh kemaafan. di kesempatan ini, wani dan keluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua warga bloggers yang dikasihi  sekalian. andai ada terkasar bahasa maafkanlah diri ini. kepada semua yang balik kampung semoga perjalanan anda semua selamat sampai ke destinasi untuk menemui insan-insan yang tersayang.semoga Syawal ini lebih meriah :)


Friday, August 10, 2012

minit demi minit air mata ni mengalir... BERNAS Hari Raya 2012

ASSALAMUALAIKUM........

ada dah sesiapa tengok iklan ni .. air mata wani mengalir dari minit ke minit sejak iklan ni dimainkan.. sebak .. bila melihat saat rindunya  anak yatim terhadap kasih sayang bonda dan ayahanda mereka... terasa diri ini amat bersyukur sangat kerana mempunyai ibu bapa yang begitu menyayangi diri kita. dan sebagai ibu bapa pula, semestinya mereka bersyukur kerana dianugerahkan anak sebagai penyambung zuriat keturunan mereka dan mendidik anak-anak mereka supaya menjadi anak yang soleh dan solehah.. yang boleh menyedekahkan doa buat mereka bila tiada kelak. bonda wani selalu berpesan, banyakkan bersedekah, muliakanlah anak-anak yatim kerana mereka adalah tiket untuk kita masuk ke syurga. semoga video ini dapat memberi seribu keinsafan kepada kita dan semestinya kita mengenal erti besar pengorbanan ibu bapa tapi anak yatim jangan sesekali dipinggirkan..


Monday, August 6, 2012

UDANG GORENG NESTUM

ASSALAMUALAIKUM.......


salam ramadan ke 18 semua ... semakin hari semakin dekat kita dalam meniti hari -hari Ramadan terakhir. semoga dipermudahkan oleh-Nya dengan apa yang kita lakukan. setiap kali buka blog pasti ada orang tayang cookies2 menarik. mood nak mengukis wani ni belum datang lagi..adeh bila la nak datang.  oklah apapun layan menu resepi untuk hari ini..semua gambar2 yang wani tayang ni ada yang tunggu Q je sebab menu belum bulan puasa lagi hihi... udang goreng nestum ni wani buat kali yang kedua sebab kali pertama tu tak berapa nak jadi adeh nape la benda senang pun tak boleh nak jadi. sebab rupanya nestum tu dah jadi gentel-gentel lak.. ini kali kedua wani buat dah jadi tapi terletak nestum sikit pulak... banyak variasi wani tengok resepi udang goreng nestum ni dan wani terjumpa yang paling mudah dekat fotopages. kalau banyak lagi nestum ni tentu sedap.. apapun layan je la ya... terima kasih :))

UDANG GORENG NESTUM
SOURCE: FOTOPAGES


BAHAN-BAHAN : -

15 - ekor udang sedang
3 - sudu besar mentega
2 - tangkai daun kari -
3 - biji cili padi - potong bulat
1 - sudu besar gula
5 - 7 - sudu besar nestum
Garam secukup rase


CARA-CARA
1) Goreng udang dalam 1-2 minit .Angkat
2) Cairkan mentega dalam kuali yg bersih dan betul2 kering
3) Setelah cair masukkan daun kari dan cili padi
4) wangi,masuk gula dan garam
5) Masuk udang gaul sebati
6) masuk nestum gaul sebati then angkat.....tadaaa.. ....Senang dan tersangatla sedap.......

Friday, August 3, 2012

KEREPEK POPIA SUCI DALAM DEBU

ASSALAMUALAIKUM......




Dah masuk 2 minggu puasa dah .. .. sekejapnya masa berlalu rasa macam baru 1 ramadan berpuasa ..rasanya time nih dah boleh putar lagu raya kan.. ^^... budak-budak kat kampung wani ni pun dah mula main mercun.  sana sini bunyi BOOM...BOOM.. BANG...BANG... baru je 15 minit berbuka dah mula bunyi mercun dah... alahai.... rasanya dah ramai orang buat biskut raya ni...tengok kat blog pun dah ramai orang tayang biskut raya ni..  wani pasal biskut raya tu tengok kalu jadi planning nak buat jadi la ....adeh macam buat alasan je..  hari ini pun wani  nak share satu kerepek yang mudah dibuat. wani ambil dari blog Cikgu Nani yang jauh di seberang laut.bila ternampak dah berkenan nak buat kerepek yang mudah ni... kulit popia pun dah lama beli cuma nak start tu entah bila ... nampak je leceh nak buat .. tapi bila makan je sekejap je sambil tengok tv. wani buat bukan untuk raya pun..tapi ada assistant bab gulung2 neh tak larat nak buat seorang hihi  ajak adik perempuan masuk dapur jap ..nasib baik ler boleh tolong.... wani buat 1 paket yang ada 50 keping kulit popia tu.. dapatlah cukup-cukup 2 balang kuih raya tuh ... sedap ni tau tak rugi mencubanya..habuk-habuk tu yang sedap..  terima kasih nani...:))




KEREPEK POPIA SUCI DALAM DEBU
SOURCE: LIFE IS BEAUTIFUL


Bahan :
1 cawan nestum
1/2 cawan susu tepung/horlicks
1/2 cawan gula
Kulit popia secukupnya
*sedikit tepung gandum + air untuk dijadikan gam (dikacau pekat macam orang buat cekodok tu)
minyak untuk menggoreng

Cara :
Tarik kulit popia selapis demi selapis (jangan sampai koyak pulak).
Gulung bermula dari bucu yang tajam sehingga hujungnya. Lekatkan bucu yang hujung dengan air tepung gandum.
Panaskan minyak dalam kuali, gunting serong2 kulit popia gulung tadi ke dalam minyak panas. Goreng sehingga garing dan toskan minyak.
Sementara itu, mesin gula, nestum, horlicks@susu tepung sehingga hancur. Masukkan ke dalam bekas yang besar.
Gaulkan kulit popia garing ke dalam serbuk nestum gula tadi hingga rata.
Simpan kerepek di dalam bekas kedap udara supaya tahan lama.