Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Monday, July 30, 2012

CEKODOK DURIAN KEMBUNG

ASSALAMUALAIKUM............

tekstur yang macam ala-ala kek.. dah lama jugak wani tak buat cekodok ni. lebih-lebih lagi letak durian. layan je la ya wani ambil dekat myresepi. terima kasih penyumbang resepi.




CEKODOK DURIAN KEMBUNG
SOURCE: MYRESEPI

Bahan-bahan ( 2 pinggan )

4 cawan tepung berserbuk penaik (kalau xde, ayakkan je tepung gandum + 1sudu teh soda bikarbonat + 1 sudu teh baking powder)
2 cawan air susu.(air + apa2 susu semua bleh)
1 cawan gula pasir
6,7 ulas durian
1/2 sudu teh garam

Cara-cara
    1. dalam mangkuk, larutkan gula dgn air susu. pastu campurkan durian & garam.gaul sebati. masukkan tepung sambil digaul hingga menjadi adunan pekat.
    2. goreng lah hingga masak.api jgn kuat sangat supaya serata masaknya.

'Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blogging Kita Semua, Ya, Gitew,:D.JAWAPAN SOALAN KUIZ TERKUMPUL 26-30

ASSALAMUALAIKUM.......



untuk penyertaan kuiz ni pun dah lama tutup dan tarikh tutup kuiz ni pun adalah esok 1 OGOS tepat jam 12 malam. dengan tidak melengahkan masa wani cuba nak mengarang bagi kuiz nombor 26-30 .dah  lama wani tak mengarang ni .. mengarang pun zaman sekolah rendah, zaman sekolah menengah dan zaman uni.dah tak ingat dah format-format karangan... opssss..hihi.. bila kak sha suruh jawab untuk soalan terkumpul dari 26 - 30.. dan buat karangan pendek lepas tu siap publish lagi dekat blog ..terasa malu pun ada takut ada yang senyum saja, senyum jeling-jeling ke  atau ketawa kuat-kuat aduh malu tu...tapi kak sha jangan suka kuat-kuat tau .ketawa kecil-kecil je.. :D.bila baca karangan wani ni.. adeh berdebar macam nak bagi cikgu periksa karangan lak.markah 20/20 pulak tu.  tetapi disebabkan semangat yang kuat untuk hadiah yang berbaloi-baloi.. wani  harungi jugak cabaran ini.. hihi..



JAWAPAN SOALAN KUIZ NO 26: http://shashasuka.blogspot.com/

Blog yang diberi tema "HANYA SEKADAR HOBI...... ITU SAHAJA" adalah salah satu di antara 5 blogs kepunyaan Shahriah Abdullah. kalau menjengah ke blog ini, maka semua pembaca dapat tahu perwatakan, personaliti, keperibadian beliau . errr biasalah dah nama bergelar wanita. mahu kelihatan cantik, mahu dibelai, mahu shopping mahu itu , mahu ini dan apa -apa ajelah apabila membabitkan wanita... kak sha tidak lokek untuk berkongsi semua hobi beliau dengan pembaca semua. dengan tip-tip dan petua yang menarik  yang membabitkan masalah wanita zaman sekarang. apa dia ?? iaitu awet muda ngeeee!!!!. terserlah keayuan kak sha dengan produk-produk yang beliau pakai dari hujung rambut ke hujung kaki..serius ni kak sha wani puji hiiiiii  ...senyum lebar-lebar jap..  ^_____^. banyak lagi hobi-hobi yang menarik yang beliau kongsikan dengan pembaca semua seperti shopping, aksesori rantai, suka handbags,suka jaga kulit muka, suka tengok wayang dan macam-macam lagi. tapi dalam banyak-banyak hobi tu yang paling wani berkenan sekali ialah koleksi make- up hiii. sesuai la dengan motto kak sha "TAK CUBA TAK LER TAHU" oooo patutlah bila dah dicuba memang dah jadi satu hobi buat kak sha dan tunggu banyak lagi hobi-hobi terbaru kak sha yang bakal menyusul ya.



JAWAPAN SOALAN KUIZ NO 27: http://shahriahnovelis.blogspot.com/

SERIBU RINDU UNTUKMU, KAU MAWARKU, CINTA NAJLA adalah di antara 8 daripada karya hasil dari penulisan SHAHRIAH ABDULLAH. karya beliau yang terbaru dalam pasaran adalah KERANA SEBIJI EPAL yang hangat di pasaran. dan satu buku resepi "SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH" .Blog ini memaparkan kesemua kisah suka duka perjalanan kak sha dalam menghasilkan karya-karya beliau yang semestinya mendapat perhatian peminat-peminat novel.  Bukan senang nak menjadi seorang penulis. Alhamdulillah berkat kesabaran, doa, usaha, dan pengorbanan,  kak sha berjaya menghasilkan 8 buah novel setakat ini. sebenarnya Wani kagum dengan status orang yang bergelar penulis.bukan senang nak mendapat ilham dalam memulakan sesuatu penulisan lebih-lebih lagi dalam menghasilkan sebuah buku. kepada sesiapa yang masih belum mendapat karya beliau boleh  dapatkan di pasaran dan juga tidak lupa buat peminat di luar sana yang merindui beliau semasa cabaran dalam gelanggang MasterChef boleh la mendapatkan buku resepi terkini beliau ..nampaknya,wani dah jadi promoter pulak. ^^.apapun wani doakan yang terbaik buat kak sha dan teruskan berkarya.



JAWAPAN SOALAN KUIZ NO 28: http://shahriahnovelisresipe.blogspot.com/

"THE WRITER'S COOKING" siapa cakap penulis tak boleh masak.!walaupun dalam fikiran asyik nak mencari ilham dalam berkarya. beliau tidak lupa juga mencari ilham dalam memasak. ya kan kak sha. inilah buktinya. cuba tengok di blog beliau.. berderet-deret resepi yang telah beliau kongsikan dengan pembaca semua. tidak kira dari masakan barat hinggalah ke masakan melayu dan dari yang senang hinggalah yang susah pun ada  .. tidak lupa juga perkongsian tip-tip dan petua-petua apabila berada di dapur untuk suri rumah dan juga untuk wanita bekerjaya di luar sana. Bukan senang seorang wanita yang bergelar seorang ibu, seorang isteri dan juga seorang penulis dalam melaksanakan tanggungjawab untuk mengharmonikan keluarga bahagia. Ini dapat dibuktikan apabila tiada apa-apa aktiviti di luar,di rumah pula, penulis ini akan  menjadi seorang isteri dan ibu melakukan kerja-kerja rutin harian seperti memasak untuk keluarga tersayang. penulis ini juga yang amat meminati dunia kulinari ini juga telah menghasilkan sebuah buku resepi yang berjudul "SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH" untuk berkongsi dengan peminat di luar sana.



JAWAPAN SOALAN KUIZ NO 29: http://heartofshahriahnovelis.blogspot.com/

Kali pertama membaca blog yang diberi nama "TRULY ME" apabila kisah kenangan dari gelanggang Masterchef Malaysia kak sha dikongsi dengan pembaca semua. seronok membacanya yang hakikatnya kita tidak tahu tentang di sebalik tabir Masterchef Malaysia musim pertama tahun lepas.Tetapi semuanya telah didedahkan oleh kak sha di blog ini apa yang kita tidak nampak di sebaliknya. bukan senang nak shooting,lebih-lebih lagi kalau jakun tak pernah rasa nak berdepan dengan kamera.hihi.. Blog ini banyak mengisahkan tentang keluarga kak sha, kiranya sebagai satu coretan atau kenang-kenangan yang boleh dikongsi dengan pembaca semua. dari pemerhatian wani, walaupun hanya berhubung di alam maya, wani dapat rasa yang kak sha ni seorang wanita yang penuh dengan sifat keibuan dan mengambil berat tentang keluarga lebih-lebih lagi apabila membabitkan anak-anak. dan juga seorang wanita yang ceria-ceria selalu sesuai la dengan motto beliau seorang yang " HAPPY GO LUCKY PERSON".



JAWAPAN SOALAN KUIZ NO 30: http://cuticutishahriahnovelis.blogspot.com/

TRAVEL &  ADVENTURE FUN VACATIONS AND BEST MAKAN SAKAN!.itulah nama tema yang diberi bagi blog kepunyaan seorang novelis dan juga nama yang tidak asing lagi dalam gelanggang Masterchef Malaysia musim pertama tahun lepas iaitu SHAHRIAH ABDULLAH.  rupanya kak sha memang suka travel, lebih-lebih lagi dengan keluarga tersayang lagi bertambah rapat jalinan di antara ahli keluarga. sekali- sekala melabur duit apa salahnya kan bukan selalu.. sesuai la dengan motto di blog ini 'PERCUTIAN BUDGET TETAPI CUKUP MENARIK! JIMAT BELANJA JANJI PUAS HATI !!! " .. eh apa taknya tak puas hati memang puas hati ler.... pengalaman yang tidak dapat dibayar dengan duit ..hanya kita seorang je yang dapat merasai, menikmati pengalaman tersebut  iya kan.. dan dikongsi dengan orang lain.. kita tak pergi pun dapat rasa pengalaman tersebut walau hanya main imaginasi je :D... bila baca blog ni dengan gambar-gambar yang menarik,wani dapat rasa keterujaan , kejakunan, kegembiraan yang terpancar di mata kak sha dan juga keluarga beliau .. jalinan keluarga lagi bertambah rapat.  bila kita mengembara tempat orang, luaslah pemandangan ... bukan setakat luas pemandangan, tapi perut pun sentiasa je lapar dan perlu diisi sebelum misi pengembaraan seterusnya .. ya tak kak sha? hihi  jadi kena la banyak meneroka restoran-restoran yang asing dan tidak asing lagi di seluruh Malaysia ni..  inilah bahagian yang wani suka sebab wani suka baca kisah pengembaraan terutamanya pasal BEST MAKAN SAKAN hihi..Semuanya sedap dan menyelerakan. kalau kita perhatikan sudah banyak lokasi-lokasi menarik yang telah beliau jejaki.. mana lagi kalau tak ke Sabah, Indonesia,Melaka dan  yang best sekali wani suka bila baca pasal adventure di USS Universal Studio Singapore. mau tergelak je sepanjang membaca :D.kepada sesiapa yang nak travel tu boleh la singgah blog sini dulu buat jadi rujukan kan..

ok dah siap semua karangan .mudah-mudahan kak sha baca dengan elok-elok .. wani serahkan segalanya kepada kak sha untuk menilai :)) ..




Saturday, July 28, 2012

KARI IKAN ALA INDIA ............. TERBAIK!!!!!!

ASSALAMUALAIKUM......


salam ramadan ke 9 semua .. quick update ya .. tak sempat nak cakap panjang2.. KARI IKAN ALA INDIA .. TERBAIK  dari Mat Gebu.... sedap sangat ..wani tengok kat web Myresepi... wani tak tahu nama apa ikan jenis ni hi3.. tapi dibuat kari ..



KARI IKAN ALA INDIA
SOURCE: MYRESEPI

Bahan-bahan ( 6 - 8 orang )
1 ekor ikan merah, dibersihkan dan potong ikut suka
2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
3 biji cili merah*(*dikisar halus)
3 camca besar rempah kari ikan (mat guna rempah "babas")

BAHAN2 TUMIS:-
2 ulas bawang putih, dihiris halus (kalau besar guna 1 ulas saja)
4 biji bawang merah kecil, dihiris halus
1 camca teh halba campur (terdiri dari halba, jintan putih/kasar dan biji sawi)
2 tangkai daun kari

BAHAN2 LAIN:-
2 keping asam gelugor
2 biji terung. dipotong dan goreng separuh masak
3 biji tomato, dibelah dua
1/2 cawan pati santan (guna santan kotak)
Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)
2 biji cili merah/hijau, dibelah dua, jgn putus

Cara-cara

Bersihkan ikan, perap dgn asam limau dan garam, cuci bersih dan toskan. Satukan rempah kari ikan dan juga bahan2 yg telah dikisar tadi. Gaul rata.
Panaskan 1/2 cawan minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga wangi. Masukkan rempah yg telah dibancuh tadi dan masak hingga terbit minyak. Gunakan api perlahan.
Masukkan air (kurang lebih 700ml, atau ikut suka), dan kacau. Biar hingga mendidih. Masukkan ikan, asam gelugor dan perasakan dgn garam, gula dan serbuk perasa jika suka.
Bila mendidih, masukkan pati santan, terung, tomato dan belahan cili hijau dan merah. Biar mendidih seminit dua. Matikan api dan boleh dihidangkan panas2.



Saturday, July 21, 2012

AIR NENAS

ASSALAMUALAIKUM ........



Alhamdulillah sudah  masuk hari pertama untuk berbuka puasa satu Ramadan ni..  sana sini ramai wani tengok ada tayangan  menu  yang menarik untuk berbuka bersama keluarga tersayang.. wani pun tak ketinggalan jugak cuma masak yang ringkas-ringkas je ..ayam masak merah dan perut rebus air asam.. kalau time berbuka puasa memang tak ketinggalan menu yang masam-masam sikit baru la masuk selera anak tekak.. hihi .. bonda wani dia cakap nak buat pengat durian makan dengan pulut.. wani serahkan kat dia lah....lagipun murah rezeki hari ini ..lewat tengahari tu aunty mama wani bagi acar umbuk kelapa sawit. masih panas lagi masa sampai rumah .. lepas tu tengah-tengah sibuk kat dapur lewat petang tu.... jiran depan rumah datang bagi buah rambutan pulak ..Alhamdulillah,, rezeki satu Ramadan.. sebenarnya nak tayang air nenas yang wani buat sebelum puasa lagi ni ...tapi boleh recommendkan untuk buat hidangan minuman berbuka puasa.. cuaca panas-panas gini .. memang air macam ni jadi rebutan ... wani ambil dari dapur kak nor ... terima kasih kak nor .. walaupun ringkas macam ni.. kalau orang tak tahu resepi pun tak boleh nak buat jugak betul tak .. ^____^  jommm tengok resepi ya




AIR NENAS 
SOURCE: KAK NOR@SECUBIT GARAM  

sebiji nenas - dipotong kiub kecik2
1 1/2 cawan gula
1.5 liter air
3 helai daun pandan
sedikit pewarna kuning

Campurkan kesemua bahan kecuali pewarna dan masaklah hingga mendidih.
Masukkan pewarna dan masak lg hingga sedikit pekat hingga menjadi air gula.
Biarkan sejuk.
Bila nak minum, masukkan sebahagian air gula nenas dan juga nenas ke dalam jug.
Masukkan air masak dan ais.
Rasalah kemanisan air ni mengikut selera masing2.
Siap!


Friday, July 20, 2012

SOALAN KUIZ TERKUMPUL 1-12 DARI SHAHRIAH ABDULLAH

ASSALAMUALAIKUM......

 'Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blogging Kita Semua, Ya, Giteew 




Soalan kuiz pertama dari kak sha sila klik SINI  untuk terma dan syarat terlebih dahulu  dan sila klik SINI  untuk refer soalan kuiz yang pertama..


  

Soalan kuiz ke2 dari kak sha sila klik SINI  untuk terma dan syarat terlebih dahulu  dan sila klik  SINI untuk refer soalan kuiz yang ke2.. 






Soalan kuiz ke3 dari kak sha sila klik SINI  untuk terma dan syarat terlebih dahulu  dan sila klik SINI untuk refer soalan kuiz yang ke3.. 





Soalan kuiz ke4 dari kak sha sila klik SINI  untuk terma dan syarat terlebih dahulu  dan sila klik SINI untuk refer soalan kuiz yang ke4.. 






Soalan kuiz ke5 dari kak sha sila klik SINI  untuk terma dan syarat terlebih dahulu  dan sila klik SINI untuk refer soalan kuiz yang ke5






Soalan kuiz ke6 dari kak sha sila klik SINI  untuk terma dan syarat terlebih dahulu  dan sila klik SINI  untuk refer soalan kuiz yang ke6







Soalan kuiz ke7 dari kak sha sila klik SINI  untuk terma dan syarat terlebih dahulu  dan sila klik SINI  untuk refer soalan kuiz yang ke7





 Soalan kuiz ke8 dari kak sha sila klik SINI  untuk terma dan syarat terlebih dahulu  dan sila klik SINI  untuk refer soalan kuiz yang ke8







 Soalan kuiz ke9 dari kak sha sila klik SINI  untuk terma dan syarat terlebih dahulu  dan sila klik SINI  untuk refer soalan kuiz yang ke9





 Soalan kuiz ke10 dari kak sha sila klik SINI  untuk terma dan syarat terlebih dahulu  dan sila klik SINI untuk refer soalan kuiz yang ke10







 Soalan kuiz ke11 dari kak sha sila klik SINI  untuk terma dan syarat terlebih dahulu  dan sila klik SINI  untuk refer soalan kuiz yang ke11










 Soalan kuiz ke12 dari kak sha sila klik SINI  untuk terma dan syarat terlebih dahulu  dan sila klik SINI  untuk refer soalan kuiz yang ke12





 ada yang  sakit mata ke tengok yang wani buat ni hihi.. wani pun dah jadi marathon dah kejar sana kejar sini... mudah-mudahan tak terlepas la kuiz kak sha ni... 






JANGAN BIMBANG TARIKH TUTUP 2 MINGGU SEBELUM AIDILFITRI.. JADI ADA BANYAK MASA NAK TERJAH DAN KAIS .. ITU KATA KAK SHA ATAU PUN KLIK  SINI NAK TAHU LEBIH LANJUT :)) 






Thursday, July 19, 2012

JIKA 11 BULAN ADALAH NODA... JADIKAN RAMADHAN PEMBERSIHNYA.....

ASSALAMUALAIKUM .....


assalamualaikum kepada semua umat islam bukan sahaja di Malaysia tapi  di mana-mana sahaja anda berada di bumi Allah yang luas ini :))) dan khususnya buat kawan-kawan blogger kesayangan  wani di alam maya ini dan juga buat tetamu-tetamu yang tak jemu-jemu bertandang ke blog wani yang tak seberapa ini... wani susun 10 jari pohon kemaafan andai kata terkasar bahasa penulisan di dalam blog ..sesungguhnya wani adalah seorang insan yang masih lemah,, yang masih berterus-terusan untuk memperbaiki diri..mana yang wani tak sempat nak blogwalking atau nak membalasnya ... Insyaallah dari semasa ke semasa jika ada kelapangan masa wani akan berblogwalking ..lebih-lebih lagi esok dah 1 Ramadhan... memang makin sibuk dan rasa masa tu padat sikit.. .. apapun pada kesempatan di bulan ramadhan yang mulia ini... semoga semua amalan kita pada bulan ramadhan yang penuh barakah ini di terima Allah ..amin.......selamat berpuasa ya !!! :))

Tuesday, July 17, 2012

'Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blogging Kita Semua, Ya, Gitew,:D.

ASSALAMUALAIKUM.......

 

ni first time wani join GA dari kak sha .. siapa yang tak kenal beliau kan ..salah seorang peserta masterchef Malaysia untuk musim pertama tahun lepas dan juga dalam masa yang sama seorang penulis ....  patutlah muka kak sha ni macam familiar pernah wani tengok kat tv suatu masa dulu.. bukan time masterchef malaysia disiarkan ya  kalau time tu hari2 tengok muka kak sha... kat tv :D...maklumlah demam masterchef time tu.. ...betul kan kak sha ..bila first time wani nak join GA ni mulalah agak keliru .. tapi bila tengok rakan-rakan lain buat macam yang kak sha suruh buat tu... oooo baru faham ... jadi kepada yang ingin menyertai kuiz ini silalah pergi ke blog beliau di SINI  KENA IKUT TERMA DAN SYARAT  TERLEBIH DAHULU

dah tiga soalan keluar setakat ni ya .. jangan lupa singah-singgah ke blog beliau dan follow blog beliau yang lain seperti dinyatakan di bawah silalah scroll down ya.untuk keterangan yang lebih  lanjut ..hihiii..marilah kawan-kawan semua sama-sama memeriahkan dunia blogging kita :))

SOALAN 1

SOALAN KE 2

SOALAN KE 3 JENG..JENG.. JENG... ala wani tak dapat nak linkkan ... hihi tak apa pergi tengok sendiri ya ,,, 

 

Dengan Motto  :

 'Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blogging Kita Semua, Ya, Giteew' :-D

*juga perlu anda taip setiap kali anda join kuiz ini, motto di atas tu ya :-D*

:
:
:
:

Pertandingan Kuiz Bakal Bermula Tidak Lama Lagi! Apa Yang Perlu Anda Lakukan? Mudah Sahaja!
:
:
:
:

Langkah pertama :

  1. Sila tags gambar di bawah ini setiap kali anda semua ingin turut serta di dalam pertandingan kuiz ini. 
  2. Setelah itu tampalkan di setiap N3 yang anda buat dengan tujuan memanjangkan silaturahim dan lebih ramai lagi yang turut serta dan penyumbang trafik paling banyak adalah kiraan pemenang paling UTAMA.
  3. Dan buatlah apa jua cerita yang anda rasakan perlu :-D
  4. Dan jangan lupa taip : 'Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blogging Kita Semua, Ya, Giteew :-D'



:
:
:
::
:
::
Langkah Kedua :

  1. Join atau tanda 'LIKE' di Fan Page Shahriah Abdullah klik sini >> http://www.facebook.com/pages/Shahriah-Abdullah-Masterchef-Malaysia/250614934995434
:
:
:
:
:
:
:
:
Langkah Ketiga :

Join kelima-lima blogs Shahriah Abdullah iaitu :

Langkah Keempat :

  1. Link kan kelima-lima blogs itu di tepi blogs anda semua.
:

:
:
:
:
:
Langkah Kelima :

  1. Sentiasa follow tiap N3 yang bakal ku kongsikan di dalam kelima-lima blogs yang ada. *bergantung kepada blogs yang aktif di masukkan N3*
  2. Setelah itu kumpulkan soalan kuiz sehingga di beritahu.

Okay rasanya setakat ini itu sahaja, mudah sahajakan.. apa yang perlu anda lakukan hanya ikut DAHULU 5 Langkah yang di atas.

Soalan kuiz Insya~ALLAH bakal ku kongsikan tidak lama lagi. Jadi jangan terlepas pandang.. kerana hadiah yang bakal ku hadiahkan ada lebih 30 HADIAH MISTERI*setakat ini* kelak akan di paparkan :-D

Tarikh tutup... RAHSIA :-D

Yang mana tak faham tu bolehlah turunkan sebarang pertanyaan di sini yaa.. 

Sekian terima kasih..


Monday, July 16, 2012

CHOC CHIP UPSIDE-DOWN CHEESE CAKE

ASSALAMUALAIKUM......



dah 2 kali dah wani postkan pasal resepi slice cheese cake kat sini dan memang tak jemu-jemu makannya walau hanya guna slice cheese.. kali ini pun guna slice cheese jugak tapi dah jadi inovasi upside-downkan kek tu hihi.. sebenarnya plan tak menjadi ingatkan wani nak tabur choc chip kat permukaan atas tu biar nampak ada bintik-bintik choc chip kat atas tu bila masak nanti .. tapi tak menjadi.... semuanya turun bawah..aiyooo.. masa wani terbalikkan kek tu atas pinggan.. eh dah jadi macam upside down kek pulak hihi.... tak apalah kelainan sikit... memang tak jemu buat cheese kek  ni ... makan masa sejuk lagi sedap... tapi kek ni kan wani guna tepung serbuk penaik .. itu wani cam pelik sikit nape macam jadi makin kecik kek ku...tak seperti sebelum ini  tapi bukan bantat ya.. tak bantat pun  ... gebu je ...ke penggunaan telur yang dah tak fresh... sebab telur tu dah lama sangat simpan dalam peti hihiii saja wani nak menery guna self-raising flour.. macam mana... resepinya wani tempekkan lagi kat sini ...



SLICE CHEESE CAKE


Source 1: KAK NOR @ SECUBIT GARAM
source 2  : Ros(Onigiri)@MyResipi

4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M ( wani guna telur gred A)
beberapa titik esen vanilla


- potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
- kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
- masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
- asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
- didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, - masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
- akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
- bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
- hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi

NOTE:
  -wani cairkan slice cheese dan susu  dengan guna  kaedah double boiling .. tak nak bagi dia hangit kat     bawah .. 
- suhu oven wani , wani bakar dalam suhu 150 C api bawah sahaja dalam 1 jam dan tambah 10 minit turunkan suhu 140 C..
- wani guna loyang bulat 8"




Thursday, July 12, 2012

PUDING LAPIS JELLY

ASSALAMUALAIKUM.....




 Puding lapis jelly !!! ..  oklah salah satu dessert yang senang nak buat dan sedap dimakan di kala sejuk.. emm sejuk tekak… dah lama tak buat puding2 ni.. banyak jugak dapat..Kalau family kecik kena la bahagi 2 ..  wani letak dalam bekas gelas dessert.. terlebih penuh sudah .. nasib baik tak limpah..wani rasa cam nak lebihkan jelly je lebih hihi... resepi ni wani lupa siapa dah pemiliknya sebab dah lama ni kertas ni tersusun rapi dalam file holder.. terjumpa masa dok tengah sibuk2 belek  resepi yang wani dah simpan lama sangat dalam fail.. mintak maaf banyak-banyak huhu.. tengok-tengok eh senang jugak ni .. nak cubalah…wani tak reti nak cakap pasal adunan puding kat bawah tu nak kata keras tak jugak nak kata lembik tak jugak tapi boleh cakap tengah2 la..tak keras dan tak lembik.. cuba buat sendiri ya.. bonda dan adik wani ni laju je makan ... bab gula tu wani guna 1/2 cawan plus 2 tablespoons..memang kurang manis ler sikit.. tapi dah rasa ok dah dengan kombinasi manis dari cocktail dan jelly tu...


PUDING LAPIS JELLY

BAHAN-BAHAN
1 cawan susu cair *
1 cawan jagung krim *
1 cawan gula *
1 cawan tepung kastard *
1 cawan tepung jagung *
5 cawan air *
1 kotak instant jelly perisa raspberry / strawberry
 Fruit cocktail secukupnya

CARA MEMBUATNYA: 
1.      masak bahan-bahan yang bertanda * dalam periuk,  kacau tanpa henti hingga mendidih dan pekat.
2.      masukkan ke dalam bekas yang disukai
3.      masak instant jelly mengikut cara pada kotak dan tuangkan ke atas lapisan pudding.
4.      hias dengan fruit cocktail. Sejukkan.   


                                                     


Tuesday, July 10, 2012

ROTI GULA

ASSALAMUALAIKUM.......


tak pernah terlintas nak buat roti gula selalu belik jugak kalau nak makan.. hari tu ada cuba buat sendiri lepas tengok kat dapur Q .. terus je cadang nak buat roti gula ni nak habiskan roti tu sebelum expired hihi.. roti gula ni memang favorite bonda wani .. apa lagi suka la tengok wani buat roti gula.. wani potong 4 senang nak makan .. wani rasa dah tak terlebih sangat letak gula tu huhu.. sedap di makan bersama air teh panas atau air kopi... terima kasih Q sudi kongsi ... kalau tak memang tak terlintas ler nak buat roti gula ni....bahan-bahan pun senang, cepat... makan pun nak cepat hihi..  so apa lagi yang mana ada roti nak expired tu boleh la cuba buat ini :))



ROTI GULA
SOURCE 1 : QASEHQUQUINNIE

Bahan2

beberapa keping roti
gula
planta

Cara2
Sapu roti ngan majerin atau butter, tabur gula, lepas tu ambik sekeping roti potong/gunting kepada empat bahagian. kalau tak nak potong pun boleh, tapi kalau potong empat senang nak simpan dalam bekas. Bakar atas redai suhu 160 celcius selama 25-30minit, api atas bawah . Roti gula dah nampak rangup , boleh angkat dan sejukkan sebelum dimasukkan kedalam bekas kedap udara. 

Peringatan untuk wani : suhu oven 140 C  Timing: 25-30 minit 



Monday, July 9, 2012

UMRAH & ZIARAH 2012: RINDU LAMBAIAN KAABAH ( PART 3 )

ASSALAMUALAIKUM......

berada di depan Multazam di antara Hajar Aswad dan Pintu Kaabah ..tempat mustajab doa.. nampak payung hijau tu ..kat situlah tempat Hajarul Aswad

sudah lama draft tapi entry lain yang keluar .. tatkala wani menaip kat sini, terbayang di mata wani  kali pertama wani melihat Kaabah. Ya Allah, terasa rindu untuk ke sana lagi..bila menjejakkan kaki di Masjidil Haram, mata ni mencari-cari di mana Kaabah. hati wani dah dup ..dap...dup.. dap... berdebar rasanya nak melihat Kaabah buat kali pertama... jalan.. jalan..jalan...  masih lagi pandangan mata wani  nampak jemaah yang berasak-asak untuk masuk dan keluar di pintu King Abdul Aziz.. bila laluan di depan dah jelas.., barulah wani ternampak bangunan yang berbentuk segi empat tepat dan diselubungi dengan kain hitam di tengah-tengah dataran yang luas. Ya Allah,,, tetamu mu sudah datang ,,, sebelum wani turun untuk menuju ke dataran yang luas di situ, kami tiga beranak menadah tangan dan berdoa .selesai sahaja berdoa, kami turun anak tangga lalu menuju ke  rukun hajar aswad untuk permulaan tawaf pertama sehingga cukup tujuh kali keliling.

 Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.” (Surah Maa’idah: 97)

Semasa tawaf, wani sentiasa berpegang dekat abah, mak pun sama tapi kena berlapik la. Dengan jemaah-jemaah lain yang sentiasa berhimpit-himpit bila berjalan dan tidak kurang juga saling bertolakan antara satu sama lain …wani sentiasa berwaspada takut berpisah lebih-lebih lagi memandangkan masalah kaki mak kenalah berjalan perlahan-perlahan. Paling tidak pun kami keluar dari laluan tempat yang sesak tu sikit ..pergi ke laluan yang lapang sikit .. jauh pun tak apa asalkan kita berasa tenang bila berjalan ..yang penting bahu kiri kita selalu mengadap Kaabah . jangan beralih sedikit pun… kalau pergi ke laluan tempat sesak kemungkinan bahu kita bergerak disebabkan tolakan dari orang belakang. Ada satu hari, entah kenapa hari tu tak ramai jemaah yang melakukan tawaf, tapi ramai jugak la jemaah di laluan kawasan Hajar Aswad. Kalau kat kawasan situ memang jemaah berebut-rebut untuk mengucup Hajar Aswad..beruntung kepada jemaah yang berusaha sampai untuk ke sana.bila wani berpegang kuat dekat tangan abah, tiba-tiba abah berjalan menghala sikit ke arah laluan untuk ke Hijir Ismail.kami jarang nak lalu ke arah laluan dekat Hijir Ismail sebab  laluan tu memang sesak sebelum ni.masa tu wani terbau wangi yang amat sangat.. terdetik dalam hati,semasa kita berihram mana boleh pakai bau wangi-wangian.. itu adalah salah satu larangan ketika berihram.apabila selesai tawaf, wani bagi tahu mak… rupa-rupanya bau wangi itu datang dari Hajarul Aswad.Hajarul Aswad ni biasanya dilumur minyak wangi oleh jemaah-jemaah yang lalu di situ..biasanya mereka bukan untuk mengerjakan Tawaf, sebaliknya hanya berusaha untuk pergi mengucup Hajarul Aswad sahaja.  jadi jemaah yang berihram perlu sentiasa berhati-hati apabila hendak mengucup Hajarul Aswad takut dikhuatiri dilumur dengan minyak wangi… kalau tak dihilangkan segera bau wangi tu, dam boleh dikenakan.

panas terik di luar dengan suhu boleh mencecah 50 C.

 dengan keadaan musim panas di Kota Mekah banyak menguji kesabaran kami, pernah wani tengok penanda suhu dekat pintu King Abdul Aziz, suhu di sana mencapai sehingga 39 darjah dan mungkin lebih dari itu lagi .musim sejuk di sana adalah pada bulan Disember nanti.walaupun musim panas, tak putus-putus jemaah mengunjungi Kaabah serta melakukan Tawaf hanya kerana ingin mencari keredaan Ilahi.sepanjang melakukan tawaf di sana,bagi negara dari Asia Tenggara wani hanya berjumpa dengan jemaah dari Singapura dan Indonesia je.bagi wani, ini adalah hubungan yang paling istimewa di antara seorang hamba-Nya dengan  Rabbi.. jalinan kasih yag terbina ini lagi mendekatkan diri kita dengan-Nya..oklah setakat itu sajalah nanti kita sambung ya :))

Friday, July 6, 2012

IKAN PERCIK BAKAR KELATE

ASSALAMUALAIKUM......


dah lama buat draf pasal resepi ni baru tengok sekejap tadi ada menu yang tak dipostkan lagi...haa ini dia fresh from oven hii..  lama dah wani tak buat ikan percik bakar ala kelate ... nasib baik masih kenal rasa hihi.. jom layan resepi yang simple ini.. wani tengok kat fotopages sebenarnya .. lebih kurang je resepi .. tapi wani tengok resepi sekarang ni macam-macam dah pasal ikan percik neh dah jadi new invention pulak... tapi semestinya kita nak yang authentic punya..kalau bakar atas arang lagi sedap la kan .. tapi kalau nak cepat-cepat tak main arang-arang dah terus masuk oven... ya..  lebih-lebih lagi dah nak menjelang Ramadhan kan ..kat sini memang laku la ikan atau ayam percik bakar nih...tengoklah bulan puasa nanti.. bahan-bahan dalam resepi ni banyak wani guna buat 2 ekor ikan je.tapi dalam resepi ni dia ada letak bawang putih .. wani biasanya masakan yang terus letak kacau dalam santan sebelum letak atas api ni .. wani tak letak bawang putih ..itu tips dari arwah nenda wani la.. entahlah dah jadi terbiasa macam tu dah...


IKAN PERCIK BAKAR KELATE
SOURCE:RINNCHAN@FOTOPAGES

Bahan2:
8 Ikan kembung
1 biji Bawang besar*
5 biji Bawang merah*
2 ulasBawang putih* ( wani tak letak )
1 btg Serai*
3 hiris Lengkuas* ( wani biasanya letak halia )
1 mangkuk Santan pekat
1 sudu besar Serbuk kunyit
1 sudu besar tepung beras
5 tangkai cili kering, direndam*
1 asam keping
Garam & gula secukup rasa

Bahan-bahan bertanda * dikisar halus.


Cara2:
1. Ikan dibersihkan, dikelar-kelar dan dilumur dengan sedikit garam.( wani perap dengan bawang putih, halia dan garam yang ditumbuk halus lagi sedap ). Ketepikan.
2. Kisar semua bawang, serai dan lengkuas. (ganti dengan halia)
3. Masukkan santan dalam periuk dan tenggekkan atas api. Masukkan kesemua bahan kisar dan yang lainnya. kacau rata..
4. Masak santan hingga mendidih dan perasakan dengan garam & gula.
5. Akhir sekali masukkan tepung beras yg sudah dibancuh dgn sedikit air. Masak hingga pekat.
6. Lapik dulang pembakar dengan foil/daun pisang dan susun ikan. Bakar separuh masak baru lumur ikan dengan kuah percik. Ulang melumur ikan dengan kuah sehingga masak sepenuhnya.






Wednesday, July 4, 2012

SAMBAL SOTONG KERING

ASSALAMUALAIKUM.......


salam Nisfu Syaaban untuk semua ...semoga keberkatan Nisfu Syaaban sebelum menjelangnya Ramadan...ini akan mempersiapkan diri kita untuk menyambut bulan yang penuh barakah iaitu ibadah puasa nanti ...INsyaAllah... hari ni nak tayang sambal sotong kering..Dah lama buat ni .. baru nak tayang... wani dah kepingin lama nak makan sambal sotong kering ...nasib baiklah terjumpa sotong kering ni... sambal tu bahan-bahan dia macam biasa yang wani buat je...mula-mula nak buat kelainan sikit pasal sambal ni ..tapi tak jumpa-jumpa la jugak buat ler macam yang biasa wani masak.. tapi wani tengok kat salah satu blog ni .. lebih kurang cam ni ya resepi dia tu... terima kasih sudi berkongsi... :))

SAMBAL SOTONG KERING
SOURCE: RESEPI SEDAP-NENNIE

BAHAN-BAHAN:

250 grm sotong kering ( rendam selama 3-5 jam seblm masak)
1 biji bawang besar - dipotong nipis-nipis
Garam , gula dan air asam jawa secukup rasa

BAHAN DIKISAR HALUS:

10 biji cili kering
4 bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm belacan

CARA MEMASAK :

1) Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau , kemudian masukkan gula, asam jawa , garam dan terus kacau sambal sampai masak dan pecah minyak .

2) Masukkan sotong , bawang besar dan terus mengacau jika terlalu kering masukkan sedikit sahaja air . Kacau lagi sehingga semua bahan menjadi mesra dan bila sudah masak boleh la tutup api.

Monday, July 2, 2012

SUP TAUHU TELUR

ASSALAMUALAIKUM.......

menu yang mudah dan ringkas tapi sedap ..nak buat pun senang tapi tauhu telur tu kenalah digoreng terlebih dahulu ya.... wani ada letak cendawan shitake dan kubis bunga ... nak habiskan je apa2 dalam peti tu hihi ..tapi sure memang sedap !!! makan gitu je... terima kasih sudi berkongsi ...:))

 
SUP TAUHU TELUR
SOURCE: DAPURMAS

Bahan - bahan  :

  2 batang tauhu telur - potong 8 dan goreng garing, toskan ( wani potong 2 je )
  udang / ayam - mas letak udang
  carrot / bunga kobis - mas letak carrot
  stok ayam
  sedikit serbuk lada putih 
 kiub ikan bilis secukup rasa
 bancuhan tepung jagung

Cara membuatnya :
-  Satukan stok ayam ( air biasa pun boleh ) dan kiub ikan bilis, biarkan mendidih, kemudian masukkan carrot dan biarkan carrot 1/2 masak, kemudian masukkan tauhu telur yang telah digoreng , sedikit lada putih dan udang, kacau dan rasakan dulu, tak payah letak garam sebab stok ikan bilis dah masin, kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dan agak2 kepekatannya, kacau sebati dan boleh dihidangkan.