Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Friday, June 29, 2012

LOTUS ROOT CHIPS / SNEK AKAR BUNGA TERATAI

ASSALAMUALAIKUM......



lama sikit blog ni menyepi lepas last entry .seperti biasa lah masalah line ...nak tayang entry tertunggak .. Pernah makan kerepek akar bunga teratai tak.. mula-mula wani ingat akar bunga teratai ni macam bunga teratai yang kita tengok dalam tasik sini kat Malaysia.. lepas tu bila dapat tahu akar bunga teratai spesis ini sebenarnya hidup dalam tanah berlumpur seperti yang terdapat di Negara China dan Jepun..bukan bunga teratai dekat Malaysia ya.. entah betul ke wani cakap sebab mak cakap macam tu dia cakap akar bunga teratai sini mana ada ketak-ketak macam tu  hihi.. tetapi akar bunga teratai ini kebanyakannya banyak menjadi menu dalam kebanyakan masyarakat cina.lebih-lebih lagi mereka ada kepercayaan sendiri terhadap bunga teratai..  Kegunaan pokok bunga teratai banyak manfaatnya bukan sahaja akar malah semua bahagian batang, bunga teratai dan biji-biji sekali …kalau tengok dalam kolam bunga teratai alahai comelnya bunga pink..bagai puteri sedang berendam dalam air sebab bunga nya kembang cantik.. aha..

Dah terpanjang cerita pasal akar bunga teratai, memang wani dah lama sangat nak beli akar bunga teratai ni ..tetapi memandangkan susah sangat nak dapat sebab kalau nak  pergi beli barang dapur mesti wani pergi dekat mydin je .. bila tiap kali pergi mesti tak ada .. tetapi tengok sekarang ni macam berterusan ada pulak …masa tu , bila dah nampak aje terus grab …kadang-kadang wani ni kalau jenis sayuran yang wani tak pernah masak pun wani nak cuba jugak.. tapi last sekali akar bunga teratai tu dah dijadikan kerepek goreng-goreng je.. uihhh sedap jugak kalah kerepek ubi kayu hihi.. wani saja nak cuba goreng buat jadi snek.. semua orang kata sedap..cara dia simple je potong kedua-dua belah pangkal tu sikit dan  buang kulit dia tu dan hiris nipis- nipis better guna slicer lagi bagus ..tapi orang cakap kalau lagi tebal sikit lagi sedap nak mengunyah .. kalau wani la nak crispy macam ni la sedap.. entah lah terpulang atas citarasa masing-masing. kalau guna pisau lambat kerja dan sudah tentu potongan tak rata..wani rendam sekejap dalam air yang diletak beberapa sudu cuka makan untuk mengelakkan akar bunga teratai tu berubah warna sebelum digoreng. Lepas tu goreng la macam biasa .. tapi jangan terlebih goreng bila dah nampak browning muda-muda gitu terus angkat nanti bila dah naik masuk pinggan.. dia akan jadi lagi browning la.. kalau nak letak garam selepas digoreng atau apa-apa perisa terpulang tapi wani suka makan gitu je ..sedap !!!



Sunday, June 24, 2012

ORANGE CHIFFON CAKE

ASSALAMUALAIKUM......


dah beberapa hari blog tak berupdate...kemalasan sikit wani bila line internet ni asyik meragam je sejak kebelakangan ni nak pergi jalan-jalan kat blog susah sikit ..asyik-asyik keluar server not found ..ohh tak apalah wani masih lagi di tahap kesabaran ^____^ sabar je lah kan. oklah tidak melengahkan masa, kepada peminat kek chiffon sedunia, hari ni wani tayang kek chiffon lagi.. harap jangan jemu ya ..entah nape macam ombak kek chiffon melanda pulak ni.. terasa macam lebih suka nak buat kek chiffon hihi .. ini pun dah lama dah buat ... hari ni je baru nak tayang..kek chiffon ni agak tinggi sikit nak banding kek chiffon yang wani buat sebelum ni.. tengok ke bahan-bahan, penggunaan tepung agak banyak jugak... ..tapi apapun sedap dengan bau keorenan dia tu ya ..resepi kek ni wani tengok dekat dapur kak ita@ masam manis dan link asalnya dari dapur tanpa sempadan ..siapa tak kenal dengan CMG kan.. oklah jom semak resepinya ... sedap.. dan gebushhhh....biasalah tu kat atas tak berapa nak smooth sisip pun masih tak kena ...ada sedikit insiden nak bakar kek ni mula-mula wani setkan sejam nak bakar tu sebab tengok dalam resepi tu kan.. lepas tu bila bakar je masuk je dalam 40 minit lebih tu dah nampak nak burn dah atas tu.. ai rasa dah masak ni..sebab kat atas  permukaan tu pun dah nampak kering, cepat-cepatla wani keluarkan kek dari oven .. test dengan lidi sekejap.. nasib baik dah masak .. tak sampai sejam pun bakar..


kek chiffon yang terkenal dengan kegebuan dan "kecekikannya" adalah salah satu kegemaran wani. ingat dulu tak reti nak buat asyik nak beli je kat kedai ^^..

KEK CHIFFON OREN
SOURCE 1: KAK ITA @ MASAM MANIS
SOURCE 2: CMG Dapur Tanpa Sempadan

BAHAN A
1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour*
1/8 camca teh garam halus*(*disatukan dan diayak)
6 kuning telur gred A
1/2 cawan gula halus
1 biji oren, diparut kulitnya
3/4 cawan jus oren
1/4 cawan minyak jagung/sayur

BAHAN B
6 putih telur gred A
3/4 cawan gula halus ( wani guna 1/2 cawan )
1 camca teh cream of tartar

1. Panaskan oven pada suhu 175C. Dalam satu bekas, pukul kuning telur dengan gula hingga larut, masukkan kesemua bahan2 A dan kacau hingga semua sebati. Ketepikan.
Untuk mudah ita asing2 bahan A seperti mana yg ita pernah terangkan cara ita buat chiffon cake boleh rujuk di SINI
2. Dalam bekas lain yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar, terus memutar dengan kelajuan tinggi hingga putih telur kental.
3. Ambil 1/2 bahagian putih telur dan gaul dengan no. 1 sehingga rata. Masukkan baki putih telur tadi dan gaul hingga sebati. Tuang dalam tin chiffon berukuran 10 inci (JANGAN lenser tin dgn mentega atau minyak), bakar selama 1 jam hingga kek masak. Test dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih, kek masak.
4. Terlangkupkan kek dan biar betul2 sejuk (dalam 1 - 2 jam), baru disisip tepi kek dengan pisau untuk dikeluarkan. Boleh dihidangkan...


Note:
- wani bakar hanya dalam 42- 45 minit macam tu la, tak sampai la sejam .
- suhu oven wani buat 150 C


banyaknya gambar,, layan je la ya .. yang gambar last sekali tu adunan sebelum bakar

Wednesday, June 20, 2012

YOGURT CHIFFON CAKE

ASSALAMUALAIKUM ........


entry lepas wani bercerita pasal kek karamel untuk hari jadi bonda wani, entry kali ni pun wani nak bercerita pasal kek lagi.. iaitu yogurt chiffon cake..kebetulan nak buat kek chiffon ni sebab wani ada terbeli plain yogurt memang hajat nak buat benda lain memandangkan sikit je nak guna , wani terfikir nak buat apa lagi dengan yogurt ni .. bila terfikir nak buat kek chiffon guna yogurt ni ,wani terus google, ternampak la kek chiffon yogurt rumah kak nor@ secubit garam  tapi kak nor buat dia guna blueberry yogurt .wani guna ikut resepi asal plain yogurt .cari punya cari resepi nasib baik la masih ingat kat mana.. sebab kadang-kadang wani online sekejap guna lappy sekejap guna PC..so folder untuk simpan resepi tu jadi ada 2 part ..ada simpan di lappy ada simpan kat PC.. ai susah la sikit huhu nasib baik ingat kat mana link yang diambil tu... jadi resepi ni wani ambil dari rumah kak nor dan link resepi asal dari rumah kak yani .. terima kasih untuk kedua-duanya yang berkongsi.



 wani suka buat kek chiffon ni sebab adunan untuk bahan kuning telur, gula, minyak, jus lemon, yogurt semua tu hanya kacau sebati je tak payah nak pukul lebih- lebih .. semua proses kek chiffon macam tu .. setakat pengalaman wani buat kek chiffon la.cuma putih telur tu kena pukul biar kental dan kaku.. kek chiffon ni sangat lembuuuuuutttttt ..moist je kat dalam. mungkin guna yogurt ni menjadikan tekstur kek sangat lembut .. tapi hati-hati  lepas je masak kek ni terus telangkupkan bagi mengelakkan tekstur kek jadi turun .. nanti dia jadi penyet la ya kalau tak buat terus. wani cuba nak sisipkan elok-elok tapi bila keluar jadi macam tu la kejadiannya.. sebab tak ada spatula khas.kek chiffon ni yang lembut sangat sampai nak potong pun macam dah kena gergaji kayu hihi.. kena slow-slow, belakang depan, belakang depan .. lain kali boleh mencuba dengan yogurt pelbagai rasa lak.. resepi kat bawah .. selamat mencuba bagi yang ingin mencuba :)...buat followers yang follow blog wani, wani akan slow-slow blogwalking ya memandangkan line internet masih lagi dalam peringkat down .. .





YOGURT CHIFFON CAKE 
SOURCE 1: KAK NOR@ SECUBIT GARAM
SOURCE 2: Kak Yani

Bahan-bahah:
4 biji telur
60g gula kastor
110g yogurt
20g jus lemon ( wani guna jus limau nipis, lemon tak ada stok )
2 sudu besar minyak masak
40g tepung gandum
40g tepung jagung ( corn starch)
1 sdk baking powder

Cara-cara:-
  1. Asingkan putih dan kuning telur.
  2. Pukul telur putih dengan setengah daripada gula sehingga kembang/bertanduk.
  3. Dalam mangkuk lain, campur telur kuning dengan separuh daripada gula tadi,minyak masak,jus lemon dan yogurt. Dengan menggunakan hand whisk kacau sehingga sebati.
  4. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan baking powder ke dalam no.3. Kacau sehingga sebati.
  5. Masukkan no.4 ke dalam no.2 . Kacau dengan kaedah kaup balik.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang chiffon. Bakar dalam suhu 170 degree selama 40 minit.
  7. Setelah masak, keluarkan kek dari oven. Terbalikkan yang kek tadi. Biarkan sejuk.
  8. Bila dah sejuk bolehlah dikeluarkan dari loyang.
Note:  - masa pukul putih telur ,wani ada masukkan cream of tartar nak
             mengelakkan meringue terlebih pukul.
          - wani buat no 3 terlebih dahulu barulah buat no 2. 
         -  wani bakar ikut suhu oven 150 C dalam 42 minit. 


Sunday, June 17, 2012

KARAMEL KEK UNTUK HARI JADI BONDA

ASSALAMUALAIKUM.......


bila tengok kawan-kawan lain asyik postkan entry masakan .. hati wani ni tak keruan terasa nak postkan pasal entry masakan jugak..tapi memandangkan nak buat dulu pasal entry umrah wani kat sana ..wani tinggalkan dulu pasal entry masakan.. dah bertambun dah picture dalam folder ni yang tak sempat wani postkan ... wani takut lupa pulak pasal gambar-gambar tu semua dan ceritanya.. tapi kali ini wani stop dulu pasal cerita tu pada lain masa wani akan sambung  .. wani nak bercerita pasal karamel kek yang wani buat untuk hari jadi bonda bulan lepas hihi ..dah sebulan berlalu .. tanggal 13/5 bulan lepas adalah hari jadi bonda wani... wani sebenarnya kesuntukan masa tak tahu nak buat apa ..bonda cakap tak kisahla kek apa-apa pun..  wani bila bonda dah requestkan macam tu .. dah tak tentu hala dah ni .. fikiran nak buat apa la ... nak main kek yang dengan aising bagai .. wani tak reti sangat .. la lagi tapi at least kalau kek yang ada aising yang dihias-hias ni wani kena study dulu resepi kek tu.. takkan tiba-tiba nak buat ..kang tak jadi nanti.. huhu.. jadi wani ambil alternatif lain tak apalah kita buatlah kek yang dah biasa kita buat .. jadi, ini kek karamel wani yang ketiga dah wani buat dan untuk yang pertama bagi tahun ini...seingat wani dulu ramai orang trauma buat kek ni ..



projek buat kek karamel ni wani buat masa malam.. tak pernah wani buat kek malam.. lebih-lebih lagi nak asing bab telur... biasanya wani buat sebelah siang .. sebab masa semput .. terpaksa kena buat malam .. kalau sebelum ni tak pernah wani terpecah kuning telur bila nak asing putih telur  tu tapi malam tu terpecah 1 biji telur kuning .. nasib baik sebiji je ... alhamdulillah menjadi la eloknya .. kerunsingan jugak .sebab jarang-jarang buat kek ni... cuma bonda komen .. ada setengah warna adunan dalam kek tu tua sangat ... dan makan ada sikit terpahit ..la .. nak buat macam  mana bonda ,wani buat malam tu mata dah kuyu sambil buat hihi. wani ada perasan jugak lepas bonda cakap tu  .. wani ada kacau adunan warna yang tak berapa sebati.. sebab nak cepat-cepat kan.. tapi tak apalah asalkan keknya menjadi ...kek karamel kali ini wani buat tompok-tompok pulak tak buat belang -belang .. tapi tak boleh nak potong dan tengok macam mana kat dalam.. sebab bonda wani bawak pergi sekolah jamu kawan-kawan dia makan..  resepi ni seperti biasa wani ambil dari blog kak ita ... wani turut step by step cara dia ...cuma sukatan gula tu semua wani kurangkan 50 gm.terima kasih sekali lagi...

KEK KARAMEL STEP BY STEP

Gula Hangus

2 sudu besar gula pasir ( wani guna 11/2 sudu besar je )

Sediakan loyang 8 inc.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras

Bahan Karemel
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.

Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder


Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.

Merinque 
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.
Kemudian tuangkan ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.


Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.

Jika menggunakan loyang yg berpatri. Jangan lupa untuk balut dasar loyang dengan kertas aluminium untuk mengelakkan air masuk dalam adunan kek.
Atau letakkan tapak pada loyang air panas untuk mengelakkan air masuk dalam loyang.

Jika menggunakan oven gas kedudukan loyang air panas di letak di bahagian bawah dan loyang kek di sebelah atas. Ini adalah seperti yang di ajarkan oleh kak Zuriani.

Saturday, June 16, 2012

UMRAH & ZIARAH (PART 2 )

ASSALAMUALAIKUM.......




terima kasih buat  semua yang sudi bertanya khabar .. terharu seketika wani .. masih ada lagi yang ingat kat wani ni kan ... mula-mula bila nak tulis balik kat blog ni  agak kekok sikit sebab dah lama tak menaip... tapi bila dah taip sikit demi sikit laju pulak... Alhamdulillah , batuk dah ok sikit takla  seperti sebelum ni , wani lupa nak ucap terima kasih banyak-banyak kepada  yang sudi follow blog wani ni .... baru perasan ada pertambahan follower. ;)) insyaAllah bila ada kesempatan masa wani akan blogwalking ya. oklah kita bersambung dengan episod dari part 1..wani ada nak cerita sikit masa sampai kat airport Jeddah.. bila dah sampai tak sempat nak duduk pun atas kerusi tu nak hilang penat, ... dah mula dah ada pekerja-pekerja situ la kot... dengan suara "sim card" ...sim card".. rupanya mereka semua jual simcard phone ni untuk semua jemaah yang baru sampai.. biasalah nak berbisnes kan.. ambil kesempatan semasa jemaah baru sampai di airport... mula-mula tu kami buat tak layan jugak.. tapi bila abah wani tanya nak beli terus ke simcard ? mak wani cakap nanti lah dulu beli kat sana nanti sampai kat hotel penginapan.. tapi bila fikir balik takut tak ada masa nak pergi beli hanya semata-mata untuk simcard phone .. masa suntuk ni... lagipun masa tu handphone ni rasa dah mula memainkan peranan ..silap-silap bila berpecah nanti ke ..ada urusan nanti kan senang bila nak berhubung ... ambil la 2 simcard ..setiap satu 50 SR..riyal... ingatkan dah kena bercakap london dah dengan lelaki yang jual simcard tu hihi  ..tapi dia dulu yang cakap melayu.. rupanya dia boleh cakap melayu sikit-sikit... bila tanya kat mana dia belajar bahasa melayu .. dia cakap dia pernah kerja dekat Malaysia 3 tahun. wani dah lupa dah kat mana dia kerja  ..bila balik ke Mekah tu dia cakap bahasa melayu dia dah nak hilang dah mungkin sebab bila balik sini asyik nak cakap arab je kan ...jadi pengaruh bahasa melayu tu dah kurang sebab banyak bergaul dengan orang arab sini...  wani dengar dia cakap boleh tahan lagi bahasa melayu tapi macam bunyi pelat-pelat la sikit ... wani bagi tahu dia kena keep practice la.



gambar-gambar yang wani snap setengah agak blur sebab malam kan ... tak banyak wani ambil gambar ..kebanyakannya gambar sekitar sana je ..ada yang blur tapi bila fikir nak delete ,,sayang pulak kat gambar tu ... kawasan airport Jeddah ni agak lengang sikit.. mungkin flight wani yang baru sampai kot .. sebab tak nampak jemaah dari negara lain pun. tapi bila kami pergi beramai -ramai dekat  passport control .. dari jauh sudah nampak semuanya memutih sebab masa tu sedang dalam ihram...tapi bila masa kami semua tengah tunggu bas di sekitar airport tu , barulah wani ternampak ada jemaah lain yang baru sampai .. pakai baju batik dan bersongkok, sah dalam hati wani ini mesti jemaah dari Indonesia,semasa kat airport wani dah dapat rasa bahang kepanasan tu walaupun masa tu dah pun malam.dengan suhu yang berbeza nak banding dengan Malaysia .. agak kurang selesa sikit .. tapi kena sabar lah.







sebenarnya Mak Cu dan Mak Su  Wani sudah bertolak lebih awal 6 hari ke Mekah. mereka bertolak hari Selasa, wani pula hari sabtu baru bertolak ... mereka pergi dengan agensi lain.. walaupun kami sama-sama berada di Kota Mekah pada waktu itu .... terus -terang wani cakap, kami tidak ada masa langsung nak berjumpa ... asyik mesej je dan bila wani call, Mak CU wani asyik off je handphone dia. balik rumah ni baru wani tahu dia tak bawa handphone kat masjid, so tinggal dalam bilik je .. sebab itulah susah wani nak contact dia ..ingatkan boleh la bertemu mata kat sana kan. sampai lah pada masa Mak cu wani nak berangkat ke Madinah, kami tidak berjumpa langsung. dia hanya mesej mengatakan dia dah nak bertolak ke Madinah. Dalam ulang -alik ke Masjidil Haram pun, tidak pernah kalau terjumpa untuk kebetulan pun..walaupun masuk di pintu masjid,  pintu yang sama iaitu pintu nombor 1  King Abdul Aziz. kesemuanya ada 99 pintu.  nak katanya ramainya umat manusia ...lainlah kalau kita call dan janji dekat mana-mana ...gambar-gambar di atas ni sekitar di airport sana  je. dah panjang lebar dah menaip .. wani slow2 nak pergi melawat blog kawan2 yang lain .. sebab lappy wani ni .. panas sikit jadi hang.. adoi.. itulah kesukaran sikit nak pergi jalan-jalan kat blog ...






Wednesday, June 13, 2012

UMRAH & ZIARAH 2012 DI MEKAH AL-MUKARRAMAH ( PART 1 )

ASSALAMUALAIKUM.......

gambar ni diambil masa hujung minggu di Mekah sebelah malam .. di tingkat 2 ..inilah the best view wani ambil dari banyak2 gambar wani snap.   ... memang terlalu ramai umat manusia macam dah jadi musim haji. bila cuti hujung minggu, ramai  penduduk arab Mekah tempatan sini datang..

FIRMAN ALLAH DARI SURAH AL-BAQARAH AYAT 196: " DAN SEMPURNAKANLAH IBADAH HAJI DAN UMRAH KERANA ALLAH".

Alhamdulillah dengan izin Allah, wani dapat kembali menaip di blog kesayangan wani ni..dah lama blog ni menyepi tanpa khabar dan berita ...kerinduan wani dah dapat terubat bila dapat tengok balik blog ni..dah hampir sebulan rasanya blog ni menyepi.. sebulan ke.. tak tengok bila last entry wani postkan...   apa khabar semua kawan-kawan yang dikasihi sekalian..diharap semuanya sihat walau di mana sahaja kawan-kawan maya wani  berada...kesibukan yang melanda membuatkan wani terbatas nak mengadap blog..lebih-lebih lagi bila modem internet buat hal. dan last hari sabtu sebelum flight wani keesokan hari ahad tu kat rumah wani ada majlis solat hajat ..  Alhamdulillah sekali lagi  wani dan kedua ibu bapa wani baru sahaja pulang dari menunaikan umrah ke Mekah baru -baru ini ...cuti persekolahan yang berlangsung selama 2 minggu baru - baru ini, wani mengambil peluang untuk menunaikan ibadat umrah bersama kedua ibu bapa wani.dah tengok gambar tu kan kat atas.. wani letak gambar dulu :))...begitulah suasana di Baitullah pada hujung minggu


 wani bertolak pada pukul 11.55 tengah hari pada hari Ahad 27/5 /2012 ..sampai je dekat KLIA hampir pukul satu tengah hari ..rehat sekejap untuk solat jamak  dan seterusnya penerbangan ke Saudi Arabia pada pukul 4 petang mengambil masa 8 jam ... nak jamah makanan tengah hari pun tak sempat .. tengok orang lain lalu je makan, tapi wani tak lalu nak makan ...takut jugak kalau perut ni meragam atas flight nanti ..wani makan biskut kering je...wani sampai ke airport Jeddah  pada pukul 7 malam waktu sana...letih tak usah nak cerita .Allah sahaja yang tahu...memang terlalu letih. hampir sejam duduk kat airport jeddah sebab tunggu mutawwif ( ketua ) untuk selesai segala urusan.. seterusnya nak dekat pukul 10 malam  lebih wani dan jemaah lain bergerak untuk masuk ke Kota Mekah saja dengan menaiki bas.sampai rasanya makan masa dalam 1 jam setengah untuk sampai ke hotel penginapan..setelah check in masuk bilik dan makan serta rest sekejap,, pada pukul 2:30 pagi , semua jemaah kena mula berkumpul di luar lobi hotel untuk sama-sama pergi ke Masjidil Haram untuk melakukan Tawaf dan Saie sebab  sebelum sampai di airport Jeddah, semua jemaah dah kena berniat untuk berihram sebelum masuk ke tanah haram Mekah semasa tengah dalam flight lagi.Alhamdulillah  wani selesai semuanya nak dekat pukul 7 pagi untuk satu umrah. bayangkan dalam 2 hari perjalanan untuk sampai ke Kota Mekah,walau badan ni sudah teramat letih, pengorbanan yang dilakukan amatlah berbaloi.. cuma ibu wani keletihan yang amat sangat, sebab kedua-dua betis dia terasa lenguh sebab banyak kena jalan..  memang ibu wani kalau jalan jauh sikit dia cepat sakit kaki..


selama 2 minggu wani berada di sana dan   wani selamat kembali sampai ke tanah air Malaysia tercinta pada 7 / 6 / 2012... pada pukul 9:30 malam tak silap.. di KLIA... dan seterusnya wani kena tunggu penerbangan domestik untuk pulang ke Kelantan pada pukul 5: 30 pagi ..kata 5: 30 pagi nya tapi  lepas siap check-in semua hampir pukul 8:00 pagi baru naik flight ..  walaupun diri ini masih tidak sihat last 3 hari terakhir semasa berada di sana wani dah mula batuk-batuk ...sampai la ke hari ini .. ini pun masih berharap nak minum ubat batuk cap ibu dan anak .. kalau tak reda lagi .. nampaknya wani kena pergi klinik huhu... sebelum ni pun semasa hari ketiga ,tak silap semasa wani berada di Mekah, wani dah mula selsema dan sakit tekak ...lama-lama tu sampai hidung wani berdarah..bukan wani sahaja ..ada jemaah lain juga  yang macam wani .. mungkin sebab perubahan cuaca kat sana yang amat panas. sampai la hari terakhir nak balik masih tak sembuh-sembuh, tapi wani sabar je dengan ujian Allah berikan ... bila kita dah bersedia nak ke sana .. kita kena reda dan sabar  dengan ujian yang Allah berikan.sebenarnya banyak lagi nak bercerita,,, kenalah stop kat sini dulu .. selagi memori masih lagi ingat dan selagi tangan ini berupaya lagi untuk menaip ... wani akan simpan semua pengalaman wani  kat sini...