actually dah lama wani nak buat fruit tartlets ni ..lagipun dah lama tak mengetart.. resepi pun dah lama dok terperap... kebetulan hari jumaat lepas wani keluar ke Bazaar Tok Guru dan on the way nak balik rumah tu sambil-sambil sebab lalu je jalan tu kebetulan nak singgah kat Billion shopping mall .. niat memang nak fokus satu tempat je kat atas tu sebab masa suntuk takut tutup pulak orang nak gi sembahyang jumaat pulak kan ..tapi wani tak boleh terlepas tengok kat bawah tu buah-buahan banyak jenis segar-segar pulak tu .. langsung mata ni tak beralih...haha.. kalau ikutkan hati nak shopping sini je kalau nak beli barang-barang dapur.. tapi tiap kali nak shopping mesti wani pergi yang dekat mydin mall je lagi dekat 20 minit .. tak lah nak jauh pergi drive lintas berapa banyak traffic light pulak nak ke mall kat sini huhu...takut lambat nak kejar masa balik rumah lagi .. lagipun kat sini banyak lagi spesis2 buah nak banding kat mydin mall tu kan ... sabar je lah ... bila terpandang je strawberry terus je grab .. memang tak ade planning nak buat apa dengan buah strawberry tu nya .. nasib baik tak ambil buah kiwi,anggur dan seasonal fruit yang lain tu.. aishh tamak sungguh...
lepas tu kan bila tengok kat dapur QASIHQU QUINNIE yang tayang fruit tartlets baru -baru ..terus terlintas buah strawberry dalam peti tak terusik lagi ..tu la kalau tak ada perancangan tapi nak beli huhu..cuti hari pekerja yang lepas terus buat ..tu pun banyak sungguh cerita nak boleh menghasilkan fruit tartlets ni..hari tu tak sempat wani nak habiskan kesemuanya sebab dah ambik masa nak buat crusts nya tu ..AMARAN: lain kali nak buat segala jenis yang berkaitan dengan tart ni baik buat awal2 crusts nya tu ya.. alamak dah la buah strawberry siap potong dan siap celup coklat lagi huhu... tapi akhirnya projek fruit tartlets ni berakhir dengan jayanya la jugak .. walaupun ada dalam tengah proses nak siap asyik senyum sorang-sorang je hihihi... jom kita tengok resepinya for the pastry wani ambil dekat blog mamafami dan untuk filling nya tu wani ambil dari blog sari yusa yang mengatakan sumber dari CMG ..terima kasih untuk semuanya yang berkongsi ..
FOR THE PASTRY
SOURCE : MAMAFAMI
1 egg ( wani letak egg yolk je )
100g butter
75g icing sugar
200g flour
Method
1. Cream butter and sugar. Add in egg. Mix well.
2. Add in flour and mix till a soft dough is formed.
3. Take a bit of dough and place it into the tart mould and press the dough to follow the shape of the mould. Prick the bottom of the dough with a fork
4. Bake in a preheated oven at 160 C for 20 minutes. Temperature and baking time may differ.
NOTE:
wani dapat 10 biji shells yang saiz besar untuk satu adunan ini.. terpulang atas anda shapekan doh tu ke dalam mould tu ya ...
wani chill kan doh terlebih dahulu selama 40 minit - 45 minit macam tu ..sebelum press dekat mould .. biasanya 15 minit pun dah ok kalau chill lagi lama lagi elok la .. lagi flaky crusts nya tu ...baking tips ya ..kalau nak lama lagi boleh la sampai 2-3 hari jika ia diwrapped dengan elok dan biarkan ia di suhu bilik dalam 5 - 10 minit .. semua orang rasanya dah tahu pun ..
RESEPI SOS KASTARD
SOURCE 1: SARI YUSA
SOURCE 2: CMG
Bahan-bahan:
- 300 ml susu sejat
- 2 sb gula pasir halus
- 2 1/4 sb tepung kastard
- 3 biji kuning telur
- sedikit esen vanila
- secubit garam
~Campurkan semua bahan kecuali esen vanilla, pukul dengan wisk hingga sebati. Masakkan atas api kecil sambil dikacau perlahan sehingga likat. Tutup api dan ketepikan.
Bahan lain:
- potongan kecil buah kiwi, anggur dan strawberry
- sedikit coklat masakan dicairkan
- Sapukan permukaan tart shell dengan coklat masakan, sejukkan sebentar dalam peti ais.
- Masukkan sos kastard ke dalam piping beg, picitkan sos kastard ke dalam tart shell sehingga 3/4 penuh.
- Susunkan potongan kiwi, anggur dan strawberry.
- Sedia dihidangkan.