Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Saturday, March 31, 2012

PUDING SAGU GULA MELAKA

ASSALAMUALAIKUM.............


dah banyak kali wani buat puding ni tapi tak sempat nak posing nya ..kebetulan hari tu ada buat nasib baik sempat posing sebab puding sagu ni memang menjadi favorite family ..sedap sangat ... nak buat pun mudah je tak susah-susah . tapi bila makannya memang sampai nak bertambah  - tambah... ada sirap gula melaka tu yang buat dessert ni sedap ..apatah lagi bila makan sejuk-sejuk .. cuaca sekarang ni panas kan... dessert ni sesuai untuk penyejuk tekak jugak... tapi yang ni bukan guna santan.. wani guna susu cair... siapa-siapa yang nak elak kolesterol dari santan tu bolehlah ganti dengan susu cair .. jadi dessert macam ni dah sesuai nak hidang dekat abah wani ..sebab dia kurang sikit kalau pasal santan ni .. resepi ni wani ambil dari dapur kak jee.. terima kasih kak jee berkongsi dessert yang sedap dan simple ni ...




PUDING SAGU GULA MELAKA  
SOURCE:  DAPUR KAK JEE

Bahan- bahannya:
1 cawan sagu biji
4 cawan air
gula melaka dijadikan sirap
susu cair

Caranya:
- Mula2 masak gula melaka dengan sehelai daun pandan sampai melegak dan  gula tu cair. Sejukkan. 
- Pastu rendam satu cawan sagu kira2 dua puluh minit.
- Selepas itu, jeranglah empat cawan air dalam periuk. Apabila air mendidih, toskan sagu yang telah direndam tadi. 
- Masukkan cepat2 ke dalam periuk air mendidih itu lalu kacau perlahan-lahan sampai sagu nampak jernih.
- Orang tua2 kata masak sampai dah tak nampak mata ikan pada sagu. Pastu, tuangkan ke dalam bekas2 comel yang ada. Tak kisahlah bekas plastik ker kaca ker. Pastu sejukkan dalam peti ais. Bila dah sejuk dan keras, tuangkan susu cair keatasnya dengan diikuti gula melaka.
 


Wednesday, March 28, 2012

KERUTUP AYAM VERSI 1

ASSALAMUALAIKUM.......


tak pernah wani masak kerutup tak guna lada kering.. biasanya kalau masak kerutup memang lada kering tu bahan utama .. bila ternampak salah satu resepi dari fotopages, dia tak guna lada kering tapi ada guna bawang merah goreng pulak... sekali tengok macam cara nak buat kuzi ..cuma bezanya buat kuzi tu letak susu cair tapi kerutup ni letak santan... emm terasa nak cuba lah takut ada kelainan sikit sebab bahan yang dikisar ada masukkan bawang merah goreng... hasilnya macam kerutup yang biasa jugak baunya tu cuma tak ada lada kering taklah rasa pedas .tapi kuah dia tu memang pekat likat salut ayam tu..memang best cicah dengan roti .. ada lebih sikit buat makan dengan roti pulak... cuma wani tertinggal kerisik nak dimasukkan  tapi ok je dah pekat pun kuah tu .. ..kalau orang suka boleh tambah kerisik tu kalau tak suka tak apa... cuma wani adjust dari segi step nak masak tu bahan apa yang nak dimasukkan dulu ... hihi cara wani tak sama dengan orang .. maklumlah bila dah terbiasa dengan gaya sendiri untuk menghasilkan sesuatu masakan itu...


KERUTUP AYAM  VERSI 1 
SOURCE: FOTOPAGES

Bahan
1 ekor ayam [1.5 – 2.0 kg]
80 gm rempah kerutup [ dibancuh dgn sedikit air]]
800 ml santan [ 1 biji kelapa]
30 gm gula merah
30 gm kerisek
80 ml minyak untuk menumis

bahan kisar
100 gm bawang merah goreng
2 biji buah keras
2 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara
1. Tumiskan bahan kisar sehingga garing
2. Masukkan rempah. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan ayam, kerisek, garam gula merah dan santan. Biarkan sehingga mendideh
4. Masakkan sehingga kuah pekat dan ayam lembut.
5. Pastikan kacau sekali sekala.
6. Hidangkan dengan nasi atau roti.


NOTE: 
- wani tambah sedikit air asam jawa dan ubi kentang .. 
- rempah tu wani masukkan terus selepas masukkan bahan kisar dan kacau sehingga garing dan naik minyak. 
- lepas tu baru masukkan ayam dan air asam jawa. kacau sebati sekejap, letak garam..dan ubi kentang.. kacau lagi biar sebati lama sikit dan lepas tu  baru masukkan santan...dan gula merah... kacau ...sehingga kuah pekat. perasakan sekali lagi jika kurang masinnya
- sesiapa nak masukkan kerisik tu  10 minit sebelum nak tutup api boleh masukkan kerisik.. 
 

Monday, March 26, 2012

GULAI NENAS IKAN KERING CENCARU

ASSALAMUALAIKUM ......



sejak semalam lagi nak post tapi line buat hal... gulai nenas ikan kering ni dah lama buat .. wani guna  homemade salted fish .. ikan kering cencaru yang mak wani buat  ,,biasanya kalau mak wani buat ikan masin ni sedap guna ikan cencaru .isi dia sedap .. lately... kalau beli ikan cencaru mesti mak terlintas nak buat ikan kering macam ni ..sebab laku kat rumah ni hihi ..  tapi yang lecehnya bila bab nak jemur tu ...ataupun biasanya orang guna ikan kering tamban tu entah apa nama lain bagi ikan tamban tu ..Biasanya ikan kering cencaru, ikan kering tamban dan satu lagi ikan kering apa dah tak ingat dia tak ada sisik... yang ikan lain tak tahu la...  yang ni pun memang salah satu favorite  .. bila dah lama tak makan mulalah teringat akan menu ni...memang kuah dia kekuningan sikit sebab lada kering letak sikit je ... takut nanti terlebih merah..kalau guna ikan kering cencaru ni ,, berhati-hati bila nak makan sebab sisik kecil dia tu mudah tertanggal.kalau tak tercekik la nanti ..


GULAI NENAS IKAN KERING  CENCARU
SOURCE:  WANI@DARI DUNIA DAPURKU
Bahan-bahan
3 tangkai cili kering *
5 ulas bawang merah *
1 inci kunyit *
1 inci lengkuas *
1 1/2 cawan santan
2 1/2 ekor ikan kering cencaru ( dibelah 4 setiap ekor )
Garam & gula secukup rasa
Nenas 1 mangkuk kecil
*bahan-bahan ini dikisar halus
Cara-cara
1.     sediakan periuk, masukkan santan & bahan kisar & kacau sebati
2.     letak periuk  atas dapur, kacau tanpa henti sehingga santan mendidih..
3.     bila dah mendidih lama sikit, masukkan ikan kering dan kacau sebati.
4.     bila agak ikan kering tu hampir masak, masukkan kepingan nenas & kacau sebati. Perasakan dengan garam dan gula ..biar mendidih sekejap dan baru boleh tutup api.
  NOTE:
-         Jika terasa ingin kuah banyak sikit sila tambah santan..tapi jangan tambah banyak sangat bergantung kepada bahan kisar tu takut terlebih cair pulak...
-         Jika ikan kering tu sudah masin , tak payah tambah garam tak apa sebab bila lama sikit  masin dari ikan kering tu turun …
- wani guna ikan cencaru tu besar sebab itulah 2 1/2 ekor je guna takut bagi orang lain nampak sikit.. 

Saturday, March 24, 2012

SLICE CHEESE CAKE LAGI !!!

ASSALAMUALAIKUM...........


slice cheese cake lagi !!!.. first time wani buat tu agak terkerak sikit kat surface dia tu & nampak burnt sikit..bakar terlalu lama kot dan wani bakar api bawah atas... dan kali ni.. wani bakar guna api bawah saja.. kaedah bainmarie.. atau pun orang panggil  kaedah water bath ,,in english ..wani cakap ni takut ada orang tak tahu .. dunia alam maya ni mana tahu ada orang nak berjinak-jinak dalam bidang masakan...  cheese cake naik cantik dan   warna kat atas tu pulak  light2 gitu..cuma dia merekah sikit tu je ..  kali ini wani tak bakar pun dalam loyang springform ataupun loyang yang boleh buka dasar kat bawah tu .. wani guna loyang bulat biasa 8 inci.. ini kerana tak nak pengalaman hitam berulang heheh.. wani ingat takut tak boleh nak keluarkan kek tu  .. tapi alhamdulillah elok je keluar ..potong satu slice letak blueberry topping ..tu pun nak habiskan stok.. yang selebihnya tak letak takut ada yang tak makan nanti kalau letak topping semua kat atas tu. sebab dah craving sangat nak makan cheese cake ni dan bila check dalam peti ada hanya 3 slice cheese jer .. wani cuba jugak buat walau hanya 3 slice  dan hasilnya rasa pun masih ada lagi rasa cheese walaupun dalam resepi hanya minta 4-5 slice ... tak apa sikit.. yang penting naik gebu dan tak jadi bantat kat bawah tu ..hihi ..  jom semak semula resepi ni ya ..

tanpa penggunaan serbuk penaik ..kek ni boleh naik dengan hanya penggunaan putih telur sahaja ... adunan jangan kaup balik terlalu  lama sudah .. dan terus masuk dalam oven lepas siap letak dalam loyang ....


permukaan kek tak smooth tapi nasib baik naik gebu je tak bantat


SLICE CHEESE CAKE 
Source 1: KAK NOR @ SECUBIT GARAM
source 2  : Ros(Onigiri)@MyResipi

4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M ( wani guna telur gred A)
beberapa titik esen vanilla


- potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
- kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
- masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
- asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
- didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, - masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
- akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
- bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
- hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi

NOTE:
  -wani cairkan slice cheese dan susu  dengan guna  kaedah double boiling .. tak nak bagi dia hangit kat     bawah .. 
- suhu oven wani , wani bakar dalam suhu 150 C api bawah sahaja dalam 1 jam dan tambah 10 minit turunkan suhu 140 C..







Thursday, March 22, 2012

CHOCOLATE COOKIES

ASSALAMUALAIKUM.....

 menu cookies yang dah lama di telan zaman... nampak macam biskut  chipsmore  tak?ala-ala chipsmore la tu ..  cookies ini sangat sedap!!!!! ... kalau wani buat choc cookies ni wani suka ada rasa pahit-pahit sikit hihi.cuma wani ada tokok tambah .. wani gantikan dengan  dark chocolate chips dan letak chopped almonds sikit bagi ada rasa nut.... bab gula tu wani kurangkan ... dah tak ingat sukatan berapa huhu .. seperti biasa ambil dari joy of baking ... cubalah ya !!!



CHOCOLATE COOKIES
SOURCE: JOY OF BAKING

 INGREDIENTS :
1/2 cup (113 grams) unsalted butter, room temperature
1/2 cup (105 grams) light brown sugar
1/4 cup (50 grams) white granulated sugar
1 large egg
1 teaspoon pure vanilla extract
1 cup (130 grams) all purpose flour
1/4 cup (30 grams) Dutch-processed cocoa powder
1/2 teaspoon baking powder
1/8 teaspoon salt ( tak letak )
1 1/2 cups (260 grams) white chocolate chips or chunks

METHOD:
1. Preheat oven to 350 degrees F (177 degrees C) and place rack in center of oven. Line two baking sheets with parchment paper.
2. In the bowl of your electric mixer (or with a hand mixer), beat the butter and sugars until light and fluffy (2-3 minutes).  Add the egg and vanilla extract and beat until incorporated.  First sift together the cocoa powder, flour, baking powder, and salt and then add to the butter and egg mixture.  Mix just until incorporated.  Fold in the the chocolate chips.
3. Using a small ice cream scoop or two spoons, place about 1 1/2 tablespoons of batter on the prepared baking sheet, spacing about 2 inches (5 cm) apart.
4. Bake for approximately 8 - 10 minutes or until the the cookies are still soft in the center but are firm around the edges.  Remove from oven and let cookies cool on baking sheet for about 5 minutes before removing the cookies to a wire rack to cool completely. 
5.Makes about 24 - 3 inch round cookies.


Wednesday, March 21, 2012

IKAN MERAH SOS PLUM BERBIJAN

 ASSALAMUALAIKUM...............


 nasib baik ingat lagi cerita pasal resepi ni .. dah lama ni asyik kena delayed .. jer .. resepi asal guna ikan kerapu tapi wani guna ikan merah ....ikan digoreng garing lepas tu curah kuah tu kat atas ..sedap!!!  wani tambah hirisan lada merah nak nampak berseri sikit hidangan ni... cuma wani tak salut dengan tepung jagung ikan ni .. kalau yang dia bagi tu ikan tu digaul bersama tepung jagung dan bijan .. rasa lagi bau harum kot ikan ni dengan bijan ...sebab susah kat rumah ni kalau ikan salut tepung macam tu ... wani gaul garam kunyit jer... ikan pun macam berterabur sebab ikan tu dah kena potong sebenarnya bukan dalam bentuk sekor cam tu .. hihi ...
 
IKAN MERAH SOS PLUM BERBIJAN
SOURCE: MESRA.NET 

BAHAN-BAHAN
BAHAN A
1 EKOR IKAN KERAPU
1 LABU BAWANG BESAR
3 ULAS BAWANG PUTIH
1CM HALIA
DAUN KETUMBAR
DAUN SALAD
MINYAK UTK MENGGORENG IKAN.
5 SUDU BESAR SOS PLUM
5 SUDU BESAR SOS TIRAM
2 SUDU MINYAK BIJAN
SEDIKIT PATI AYAM KNORR
SEDIKIT GARAM & GULA 


CARA-CARA : 

BERSIHKAN IKAN DAN GAUL BERSAMA GARAM, TEPUNG JAGUNG DAN BIJAN. GORENG DALAM MINYAK BANYAK SAMPAI GARING.

PANASKAN KUALI. MASUKKAN POTONGAN BAWANG BESAR,PUTIH DAN HALIA.BIARKAN BERBAU HARUM. MASUKKAN SOS DAN TAMBAH PERISA. BIARKAN PEKAT. 


CADANGAN HIDANGAN: 
LETAKKAN IKAN KEDALAM BEKAS PANJANG DAN CURAHKAN SOS KE ATASNYA. HIAS DENGAN DAUN KETUMBAR, DAUN SALAD DAN BUAH TOMATO.

IKAN SIAKAP SWEET SOUR BENDAHARA

ASSALAMUALAIKUM.....


resepi asal guna ikan bawal.. eh asyik bertukar ikan je wani kan hihi....nasib baik tuan punya badan ni tak bertukar :D....  kebetulan hari tu beli ikan siakap 2 ekor .. yang ni punya menu pun dah lapuk jugak .. yang ni macam ala-ala resepi masam manis jugak.. tapi agak ringkas sikit berbanding ada yang pernah wani buat ikan siakap masam manis sebelum ni... bahan-bahan yang diguna tu untuk 2 ekor ikan bawal.. jadi kena pandai adjust bahan yang digunakan jika nak guna ikan siakap tu .. ya ... wani ambil dari RASA ONLINE ... banyak betul resepi kat sana rambang mata tengok ... HAPPY COOKING !!


IKAN SIAKAP SWEET SOUR BENDAHARA
SOURCE: RASA

Bahan-bahan:
2 ekor ikan bawal (besar) - dibersihkan dan digoreng garing setelah diperap dengan garam. ( wani ganti ikan siakap )

Bahan sos:
5 sudu makan minyak masak
5 biji bawang besar
2.5cm halia
10 biji cili kering
3 ulas bawang putih
100gm kismis
5 sudu makan sos plum
2 sudu makan sos tiram
4 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Bahan dipotong dadu:
1 biji bawang besar
1 biji tomato
1 biji lada benggala (merah, hijau kuning)
1 biji lobak merah

Cara memasak:
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumiskan bawang besar dan bawang putih yang dikisar hingga berbau wangi.
2. Selepas itu masukkan cili kering yang dikisar. Kacau sehingga pecah minyak. Masukkan sos plum, sos tiram, sos tomato, sos cili, garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga sebati.
3. Selepas itu masukkan kismis dan bahan-bahan yang telah dipotong dadu. Gaul sebati dan masak hingga pekat.
4. Tuangkan sos ke atas ikan yang telah digoreng tadi.
5. Sedia dihidangkan.


* kalau guna ikan bawal, pilih ikan bawal hitam untuk rasa yang lebih sedap.

IKAN SIAKAP AROMA BERSANTAN

ASSALAMUAALAIKUM..........


 Actually kan, resepi ni dah lama print .. tapi kalau tengok kat kertas ni .. kejap cakap nantilah dulu nak buat benda lain dulu.... sebab wani macam confused nak masak sebab resepi ni untuk sos dia tu ada letak santan ... tapi kan tak sangka cubaan berani tu datang nak mencuba ... ya Allah sedap sungguh resepi ni  ... mak wani cakap sekali tengok sos dia tu macam ala percik ayam pun ada .... bila kita dah balancedkan rasa masam manis dia tu memang sedap ... Cuma wani ganti limau kasturi dengan asam limau nipis tu.. letak banyak jugak nak suruh dia ada rasa masam manis sikit kuah  plus  resepi ni nak tumis ada guna serai ... itu yang beraroma sangat tu  hihi .. tak rugi ya mencubanya.... cuma bila nak gaul dengan kuah dia tu nampak dah sedang elok je salut kat ikan ... tak meleleh sangat . wani kacau kuah tu sampai dia pekat dan naik minyak .. lepas tu baru masukkan ikan dalam kuali gaul-gaul rata nak bagi dia salut sekata... nampak yang kak wattie buat ada berkuah sikit ..sebenarnya wani lebih suka pekat macam ni dari berkuah tu hihi ..   tapi tak apa janji sedap ...kalau nak bagi pedas tu better ikut resepi ni la letak cili merah tu campur sikit dengan cili padi .. baru lah kick..!




IKAN SIAKAP AROMA BERSANTAN
SOURCE: KAK WATTIE

 Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal hitam yang besar - dibersihkan - sy tukar ikan siakap
12 tangkai cili merah - sy letak 7 cili merah dan 5 cili padi
8 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 labu bawang besar - dimayang kasar
1 cawan minyak masak
2 cawan santan pekat
2 batang serai - dititik
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil gula
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
1 labu bawang besar - dipotong bulat
1 tangkai cili merah - dibelah dua
1 tangkai cili hijau - dibelah dua
1 biji jus limau kasturi - yg ni saya tambah

Bahan-bahan tabur:
3 sudu besar bawang goreng - yg ni saya goreng 2 biji jer utk hiasan
1 pokok daun bawang - dihiris - yg ni takder stok
1 pokok daun sup – dihiris

Cara menyediakan:
1. Ikan digaul dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga ia masak.
2. Angkat ikan dan ketepikan seketika.
3. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar bersama serai hingga wangi.
4. Masukkan semua sos diikuti gula, garam dan santan. Kacau hingga mendidih dan pecah minyak.
5. Masukkan bawang potong, cili merah, cili hijau serta ikan. Kacau rata dan biarkan ia mendidih sebentar.
6. Apabila sudah masak, hidangkan dalam pinggan leper.
7. Taburkan bawang goreng, daun bawang dan daun sup.




Tuesday, March 20, 2012

SPICY SARDINE PUFF

ASSALAMUALAIKUM.....


demam pastry puff yang tengah melanda  .. yang ni lagi lama dah buat dari entry sebelum ni .. ok tak apa layan je spicy sardine puff yang dah lama wani buat .. filling sardine tu nampak je sikit kan bahan-bahan nya tu ..tapi banyak tau .. kebetulan bila wani rasa macam sikit wani tambah jadi 4 ketul sardin... nak buat 5 keping je guna puff pastry  .. punya lah lebih banyak boleh simpan buat makan dengan roti pulak ... rasa  yang dia bagi resepi ni ... dalam  7 keping sempat lagi..itu terpulang banyak mana filling yang diletak dalam puff tu..  Thank you for sharing ya ...


SPICY SARDINE PUFF
SOURCE:  ARENA184

Bahan-bahan:
2-3 ketul ikan sardin dalam tin(2-3 ketul sebab 2 orang je nak makan)
2-3 ulas bawang putih - hiris
3-4 ulas bawang merah kecik - dadu kecik
1 inch halia - dadu kecik
10 biji cili padi - hiris
Garam secukup rasa
1 pokok daun ketumbar - cincang halus
1 biji kuning telur

Cara-cara:
1.    Panaskan 1 sudu setengah minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi sampai wangi. Masukkan isi ikan sardine dan hancurkan. Perasakan dengan garam and finally sprinkle lah daun-daun ketumbar, kacau sebati then tutup api.
2.    I made a triangle puff so letakkan inti sardine yang dimasak tadi atas sekeping puff pastry, lipat dua then tekan tepi-tepinya dengan garfu. Sapu kuning telur pada permukaan puff dan cucuk skit dengan garfu, bakar sampai golden brown. 

NOTE : wani bakar dalam suhu 150 C ikut suhu oven masing-masing dalam 25 minit 


Sunday, March 18, 2012

CRAB STICK IN PASTRY PUFF

ASSALAMUALAIKUM......


mudah, ringkas ,,, tapi puas hati bila makan ... beli pastry puff yang ready made ...cuma kena ada rajin sikit nak buatnya ya. ...ambil dari dapur CMG... wani buat 6 keping je...suka letak serbuk aji-shio tu banyak-banyak ....sedap dimakan masa suam-suam kuku

CRAB STICK IN PASTRY PUFF
SOURCE : CMG@DAPUR TANPA SEMPADAN

BAHAN-BAHANNYA :-)
1(10 keping) pack puff pastry jenama "KAWAN" saiz 4 inci x 4 inci
10 batang crab stik
1 kuning telur, dipukul sedikit
Serbuk lada hitam berperisa "aji-shio"
Sos pencicah kegemaran anda

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ambil sekeping puff pastry, kerat 2 dan biar satu bahagian besar sedikit. Kemudian kelar menyerong bahagian tengah puff pastry yang saiz besar sedikit tadi.
  2. Crab stick tadi dibuang salutnya, letakkan pada bahagian puff pastry yang kosong. Tutup crab stick tadi dengan puff pastry yang telah dikelar2 tadi, tekan2 sedikit dan tekan kelilingnya dengan hujung garfu, seperti dalam gambar. Berhati2 alih ke dalam loyang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap.
  3. Sapu kuning telur dan tabur sedikit serbuk lada hitam berperisa tadi. Bakar pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemasan. Jika oven anda ada sistem hot fan, hidupkan. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidang bersama sos kegemaran anda..



DAGING ROS MERAH

ASSALAMUALAIKUM...............


selamat pagi ... wani teruskan kepada resepi daging ros merah yang dah lama buat .... resepi ni macam anak beranak daging masak merah ala thai yang wani ada buat dulu... tapi yang versi ni daging direbus separuh masak,  dihiris nipis lepas tu dibakar dalam 20 minit ... ..gravy tu buat je lepas tu curah atas daging tadi... itu yang banyak bawang kat atas menutupi daging tu hihi ..wani guna bawang besar holland .. apapun ..sedap resepi ni ...wani buat ada kuah sikit .. ambil dari dapur kak wan ...terima kasih kak wan... wani bagi link je la ya .. tak boleh nak copy paste kat sini pulak ...RESEPI CITARASAWAN@ DAGING ROS MERAH 



STIR FRY ASPARAGUS WITH GARLIC AND SHRIMP

ASSALAMUALAIKUM.....................

 resepi ni ambil dari dapur kak paty ..ringkas je tapi sedap....  kalau letak bancuhan tepung jagung sikit biar dia bagi pekat sikit lagi sedap kot ... itu terpulang ...

STIR FRY ASPARAGUS WITH GARLIC AND SHRIMP

1 handful asparagus cut into 1" length
150 g shrimps shelled and devene
5 gloves garlics chopped

Seasoning
1 tbsp light soy sauce
salts and pepper to taste
1/4 cup of chicken stock

  • Trim and discard the fibrous bottom ends of the asparagus and cut the stalks at a slanted 45 degree angle into 1 1/2-inch lengths. 
  • Shell, devein and butterfly the shrimp. Rinse and drain well. Chop the garlic finely.
  • Heat a wok over high heat until it is hot and beginning to let off smoke. Swirl in the oil to coat the surface and wait 10-15 seconds for it to heat. When hot, stir in the garlic and follow with the shrimp. Stir-fry 15-20 seconds, or until the shrimp starts to turn pink. Add water. Toss in the asparagus and stir-fry half a minute. Sprinkle in enough soy sauce to lightly coat the vegetables.Cook until the asparagus is a vibrant green color, tender but crisp.

Sprinkle with white pepper, stir and transfer to a serving platter. Serve warm with other dishes in a shared family-style meal.



BROCCOLI BAWANG PUTIH

ASSALAMUALAIKUM..........



terasa dah lama cuti berblog ..hari-hari rindu dekat blog ... rindu nak blogwalking macam dulu ....sejak kebelakangan ni banyak benda nak kena settle ...line internet pun satu hal ...  alhamdulillah wani sihat ... dan harap kawan- kawan semua pun sihat ya ... bila dah lama tak menaip rasa macam speechless pun ada ... tapi tak apa wani directkan terus kepada resepi ya .. dah berlambak dalam folder ni.... time cuti berblog pun, rajin jugak masak dan nak ambik gambar pun rajin lagi time tu ^___^...broccoli stir- fry ni sedap, simple and easy to prepare ya .. tapi hasilnya sedap .. wani kalau sayur macam ni ..sedap makan saja je lepas makan nasi  ... ada letak bahan tambahan sikit tauhu ...

BROCCOLI BAWANG PUTIH
SOURCE: RESEPI RAIDAH

Bahan-bahan:

500 gm broccoli
5 ulas bawang putih ~ dipotong dadu
3 sudu sos tiram
1 camca teh tepung jagung ~ bancuh dengan sedikit air
1/2 camca lada sulah
Air ais ~ untuk merendam broccoli
Garam

Cara penyediaan:
1. Celur broccoli selama 2-3 minit dalam air mendidih. Kemudian sejatkan dan rendamkan ke dalam air ais, 2-3 minit dan toskan.
3. Tumiskan bawang putih dan goreng sehingga garing dan angkat.
4. Masukkan sos tiram dan air bancuhan tepung jagung ke dalam kuali. Apabila kuah telah mendidih, masukkan broccoli dan kacau seketika. Letaklah lada sulah dan garam secukup rasa.
5. Angkat ke dalam mangkuk dan taburkan dengan bawang putih yang telah digoreng tadi. Sedia dihidang.


Monday, March 5, 2012

PUDING BANDUNG SELASIH

ASSALAMUALAIKUM.......


 Jarang-jarang sekali wani letak resepi pudding dalam blog .. almaklumlah ahli rumah ni bukan peminat puding tegar huhu ..tapi wani cuba jugak nak cari the most wanted pudding recipe .. yang boleh dijaminkan kesedapannya yang membuat mata ni asyik terbayang puding yang sedap itu... hihi tapi kali ini wani buat resepi yang simple je .. biasa orang minum air bandung .. tapi kali ini dibuat puding bandung selasih  oklah dah nak dekat sama la tu ..disebabkan wani malas dah nak simpan baki 4 gm tu ..entah bila lagi nak memuding .. wani guna agar-agar serbuk tu 10 gm ... agak terkeras sikit jer sebab wani tak tambah air atau yang sewaktu dengannya  .. kalau tambah air nanti jadi banyak .. siapa yang nak habiskan nak makan puding ni nanti .. .. dapat 10 dalam acuan yang comel macam kat atas tu ..ada lebih sikit je  letak dalam gelas hihi.. bila buat dalam acuan comel-comel macam ni .. laju pulak makan ... lebih-lebih lagi cuaca sekarang ni panas .. resepi yang diambil dari rumah kak nor .. terima kasih kak nor 




PUDING BANDUNG SELASIH
SOURCE: KAK NOR @ SECUBIT GARAM

Bahan:
6gm agar-agar serbuk
400ml air
50gm gula pasir ~ lebihkan jika suka lebih manis
150ml susu cair
100ml susu fresh
1 1/2 sudu kecil sirap perisa ros
1 sudu besar biji selasih ~ direndam hingga kembang dan toskan
Cara:
Panaskan air dan agar-agar serbuk hingga mendidih dan masukkan gula.
Bila gula dah larut masukkan susu cair dan susu fresh.
Biarkan hingga hampir mendidih dan masukkan sirap perisa ros dan biji selasih.
Tuangkan ke dalam loyang/acuian dan biarkan sejuk.
Bila dah sejuk, masukkan ke dalam peti ais.
Bila dah sejuk bolehlah dipotong2 dan dihidangkan.

* utk menghasilkan biji selasih berada di permukaan puding dlm acuan kecil yg nak dihidangkan secara ditelangkupkan:
- masukkan sedikit adunan puding ke dalam bekas berisi biji selasih yg dah kembang dan ditoskan tadi.
- kacau hingga sebati dan masukkan 1-2 sudu kedalam acuan kecil2 dan biarkan membeku.
- tuangkan adunan puding dengan perlahan2 memenuhi acuan
- biarkan sejuk dan bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais

Sunday, March 4, 2012

SAMBAL TEMPE KERING

ASSALAMUALAIKUM...


menu yang terperap dalam folder ..entah bila nak habis asyik kena Q je... menu kesukaan abah wani ,, siap pergi market suruh pergi beli tempe nak suruh buat lagi sekali tempe kering ni ..wani guna 1 keping je yang dibungkus dalam plastik ..sukatan untuk resepi ni banyak , pandai-pandai adjust sukatan bahan tu .. terutamanya  bab cili kisar ... terima kasih CMG...

SAMBAL KERING TEMPE
SOURCE : CMG

BAHAN-BAHANNNYA :-)
4 keping tempe (mat guna jenis yang bungkus dengan daun)
1 genggam ikan bilis, cuci dan toskan
1 genggam kacang tanah
1 cawan cili kisar
2 ulas bawang putih
1/4 cawan jus asam jawa @ 3 camca besar cuka makan
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tempe dihiris nipis, gaul dengan sedikit garam dan goreng hingga garing. Angkat dan toskan. Begitu juga ikan bilis dan kacang tanah tadi, digoreng garing. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga wangi, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, tuang jus asam jawa atau cuka. Tambah sedikit garam dan gula secukup rasa (gula lebih sikit).
  3. Bila pekat, masukkan tempe, ikan bilis dan kacang tanah tadi, gaul hingga rata. Biar kering sekejap dan boleh matikan api. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...

Saturday, March 3, 2012

NASI AYAM PENYET PALEMBANG

ASSALAMUALAIKUM........


alhamdulillah,,,, dapat jugak wani bukak blog kesayangan ni ... apa khabar semua ..semoga semuanya sihat .. sejak beberapa hari ni ..asyik terfikir pasal dapur maya ni je .. rindu nak pergi blogwalking kat dapur kawan-kawan lain huhu... rasa macam dah lama menyepi .. terima kasih buat pengunjung-pengunjung yang sentiasa berkunjung ke dapur maya . tak kisah la siapa pun ... walaupun tuan rumah ni tak dapat nak update blog sejak beberapa hari ni ... aih macam-macam dugaan yang berlaku.... kabel telefon kampung wani ni kena curi habis satu kampung ni tak ada line telefon .. dek kerana pencuri yang bukan sahaja menyusahkan orang .. mencuri lagi ... nak ikut kepentingan diri sendiri je reti  .. jadi stryeamyx kat rumah ni tak boleh nak jalan macam biasalah sebab kabel phone tu tak ada .... sebenarnya kampung wani ni dah 2 kali dah kabel phone kena curi .. ini kali kedua la berlaku ni .. memang tempat pihak TM letak kabel phone tu agak terpencil sikit .. tepi semak-semak ... itu yang menjadi sasaran pencuri tu .. yang wani hairannya .. sempat ya pencuri tu pikul tangga tinggi nak naik tiang lagi ... tak reti bahaya .. sampai wayar untuk line internet pun dia potong ...

wani doakan agar penjenayah macam ni .. biarlah mereka nak sorok dalam lubang cacing pun.. tapi balasan setimpal dari Allah di akhirat nanti siaplah ... lagi teruk... ke mana nak lari ??bukan sekadar mencuri tapi menyusahkan orang jugak !!!   sebelum tu dah perasan dah sebab satu kampung ni jadi gempar ..sebab mereka cakap  line telefon dah tak ada  dah.. tapi bila wani check ..aik line internet ada lagi ... maknanya pencuri tu tak potong lagi ..selang seminggu kemudian .. baru dia potong kesemuanya ...bila dah jadi macam ni ,, bila dah 2 kali jadi macam ni wani fikir memang kampung ni tak boleh nak pakai line telefon dah  ..sebab asyik kena curi je ..sebab dekat kampung Melur memang kabel phone kat sana asyik kena curi je sampai pihakt TM dah hantar notis, mereka tak dapat nak baiki balik dah apa yang dah kena curi tu ,, tak padan dengan apa yang nak dibaiki ....sampai macam tu sekali kan .. dek orang yang bernama PENCURI ..!!!!!! lain kali kena fikir aternatif lain dah .. dah tak nak dah pakai stryeamyx,,,, so kena pakai broadband je la ...

panjang lebar wani menaip  ,,, huhu,, maklumlah luahan hati ... oklah ini resepi yang dah lama terperap... ..sedap bagi tekak wani .. macam-macam cara orang buat nasi ayam penyet ni... tapi wani mencuba yang ini dulu ..sambal dia sedap ...BEST!! wani buat sambal yang letak ikan bilis goreng tu best cicah dengan ulam..  ..cuma wani buat ayam tu terlebih penyet hihi ... dan batter untuk ayam tu wani rasa .. kena jadi rangup sikit lagi ,...  Terima kasih Zaliana




NASI AYAM PENYET PALEMBANG
SOURCE: ZALIANA

Sumber: Hajah Rohanna Abu (Berita Harian 1 Sept 2006)

Bahan A (untuk merebus ayam)
1 ekor ayam (belah empat)
1 batang serai
2 ibu jari halia
5 ulas bawang putih
2 liter air
Garam secukup rasa

Cara-caranya
1. Ketuk halia, serai dan bawang putih kemudian masukkan ke dalam sebuah periuk yang besar, bersama air, garam dan ayam.
2. Rebus ayam selama 20 minit atau sampai ayam timbul.
3. Keluarkan ayam dari air rebusan dan segera pindahkan ke dalam bekas berisi air batu. Tujuannya ialah untuk menghentikan proses memasak supaya ayam tidak hancur apabila digoreng. Ketepikan air rebusan ayam untuk sup dan nasi.
4. Biarkan ayam dalam air batu selama beberapa minit kemudian toskan.

TIP: Setelah anda keluarkan ayam daripada air rebusannya, segeralah masak nasi. Apabila nasi tanak, ayam pun sudah siap untuk digoreng dan dihidangkan bersama.

Bahan B (untuk goreng ayam)
2 biji telur
175 gram tepung beras
50 gram jintan biji (boleh ditambah jika suka. Cuci toskan dan sangar jintan kemudian ditumbuk)
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh rempah kari daging
1 sudu teh serbuk lada
Garam dan air secukupnya

Cara-caranya
1. Dalam sebuah bekas yang besar, satukan semua bahan yang kering.
2. Pecahkan telur ke dalam adunan bahan kering ini dan adun hingga rata.
3. Tuang air sedikit-sedikit ke dalam adunan sambil mengacaunya. Pastikan adunannya tidak terlalu pekat dan tidak cair.
4. Panaskan secukup minyak dalam kuali kemudian celup ayam ke dalam tepung dan gorenglah ayam hingga masak.

Nota: Oleh kerana ayam sudah direbus, anda tidak perlu menggorengnya terlalu lama agar ayam tidak keras. Setelah masak, ayam hendaklah diketuk atau dipenyetkan sebelum dihidangkan.


Bahan C (Untuk nasi dan sup)
1 kilo beras (cuci dan toskan) ( wani guna 2 cawan )
150 gram mentega  ( 2 sudu besar )
1 cawan minyak masak ( 2 sudu besar minyak jagung )
½ cawan minyak bijan ( tak letak )
6 – 8 helai daun pandan ( 1 - 2  helai je )
1 batang serai
5 ulas bawang putih (ketuk) ( 2-3 ulas )
Garam secukup rasa
Air rebusan (stok) ayam secukupnya

Cara-caranya
1. Tapiskan secukup air rebusan ayam dan tuang ke dalam periuk nasi. Masukkan mentega, minyak, beras, daun pandan, serai, bawang putih dan garam. Kacau sedikit supaya bahan rata dan masaklah nasi seperti biasa.
2. Untuk supnya, tapis baki air rebusan ayam tadi, tuangkan ke dalam periuk dan campurkan dengan sebuku kiub stok ayam. Masak hingga kiub larut. Masukkan secukup hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Hidangkan bersama ayam dan nasi.

Bahan D (untuk sambal dan ulam)
3 batang lada merah
3 biji lada padi
10 ulas bawang kecil
3 labu tomato
100 gram ikan bilis goreng
100 gram belacan
Secukup ulam (kacang botol, ulam raja, timun, pengaga)

Cara-caranya
1. Goreng lada padi, lada merah, bawang kecil dan belacan selama lima minit. Angkat dan toskan minyaknya kemudian tumbuk bersama ikan bili sgoreng hingga lumat.
2. Sajikan bersama ulam, nasi dan ayam penyet.

Nota: Jika suka anda boleh juga buat sambal belacan. Anda boleh menggunakan 5 batang lada merah, 3 biji lada padi, ½ sudu teh gula melaka, 1 biji tomato dan 1 sentimeter belacan bakar. Satukan semua bahan ini dan tumbuk hingga lumat.

Bahan D (untuk sos hitam)
½ botol sos tiram
½ botol air
Segenggam gula pasir
Sedikit minyak bijan

Cara-caranya
1. Satukan semua bahan dalam periuk kecil dan masak hingga sos mendidih.