Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Sunday, February 26, 2012

OATMEAL PRUNE COOKIES

ASSALAMUALAIKUM.........


feeling moody .. la pulak..  perhaps because the hot weather lately .. panas sangat !!! cuaca sekarang ...  jom ya enjoy the cookies that i made recently,, the original recipe was OATMEAL RAISIN COOKIES  but no raisins in stock but i substituted with prunes oklah tu janji ada dried fruit sudah .. hihi ni pun nak habiskan stok prune dalam kotak ni ... anyway cookies yang wani buat terlalu besar sangat ... terasa macam tak reti masa scoopkan batter dengan sudu ... .. but at last, they turned out well ... even though tak cute sangat... nak cakap biskut ni chewy , crispy macam tu lah .. for those oatmeal lovers out there ,,,, boleh la cuba resepi ni  .. sesiapa yang tak berapa suka bau oat tu susah wani nak tolong .... hihi ... wani buat cookies ni ... sebab abah wani oatmeal lover :D ..he urged me to find all the recipe related to oatmeal .. susah la abah ku ..adunan ni dapat banyak baik buat half je la ya .. sesiapa nak mencuba tu ... This recipe was taken from Martha Stewart web..



OATMEAL PRUNE  COOKIES
  • Yield Makes about 5 dozen

Ingredients

  • 3 cups old-fashioned rolled oats
  • 1 cup all-purpose flour
  • 2 tablespoons all-purpose flour
  • 1/2 cup toasted wheat germ ( Wani omitkan bahan ni )
  • 1 teaspoon baking soda
  • 1 teaspoon baking powder
  • 1/2 teaspoon ground cinnamon
  • 1/2 teaspoon coarse salt ( tak letak )
  • 1 cup (2 sticks) unsalted butter, softened
  • 1 cup granulated sugar ( tak letak  )
  • 1 cup packed light-brown sugar ( wani guna brown sugar sahaja  1 cawan )
  • 2 large eggs
  • 1 teaspoon pure vanilla extract
  • 1 1/2 cups raisins ( ganti dengan prunes )

Directions

1.     Preheat oven to 350 degrees. Stir together oats, flour, wheat germ, baking soda, baking powder, cinnamon, and salt in a large bowl; set aside. Put butter and sugars in the bowl of an electric mixer fitted with the paddle attachment. Mix on medium speed until pale and fluffy, about 5 minutes. Mix in eggs and vanilla. Reduce speed to low. Add oat mixture; mix until just combined. Mix in raisins.
2.     Using a 1 1/2-inch ice cream scoop, drop dough onto baking sheets lined with parchment paper, spacing 2 inches apart. Flatten slightly.
3.     Bake until golden and just set, about 14 minutes. Let cool on sheets on wire racks 5 minutes. Transfer cookies to racks using a spatula; let cool completely. Cookies can be stored in airtight containers at room temperature up to 3 days.

Mentega atau gula  1 cawan = 250 gm 


Saturday, February 25, 2012

CUCUR BOM MANIS

ASSALAMUALAIKUM......


have a great weekends !!!! selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang .. i made cucur bom manis for tea time this evening ..boleh lah kalau pekena dengan air teh atau secangkir nescafe .. memang masukkk..  actually, resepi ni dah lama terperap .. baru ada tergerak dalam hati nak mencuba .. dan hasilnya .. wani bercakap dalam hati kenapa la awal-awal tak cuba nak buat resepi ni ... memang marvellous !!! so soft ...next time nak kena buat lagi ... luckily, the dough rose perfectly ,,, sebab wani takut nanti tak naik... sebab resepi ni kena perap..this recipe is taken from story of mama .. thanks mama :)

CUCUR BOM MANIS
SOURCE: STORY OF MAMA
Bahan2:-

1 s/t yis (mauripan)
1 cawan tepung gandum
2 s/b gula
3 s/b susu pekat manis
1 s/t garam
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng.

Cara2:-
Campurkan yis,gula,susu pekat dan sedikit air suam (biarkan 10 minit & yis akan berbuih)
Masukkan campuran yis kedalam tepung tadi
Tambah sedikit air,agak2 macam nak buat jemput-jemput
Perap adunan 1-2 jam
Sebelum menggoreng campurkan dgn 1 s/t garam
Goreng hingga garing dan kekuningan.
(Cara mama:-mama bancuh yis+gula +air suam & biarkan 10 minit,lepas tu campurkan tepung dgn susu...masukkan campuran yis dan sedikit air dan adun sebati)

*Mama ikut Izah,setelah ditambah garam,gaulkan dan biarkan adunan nampak naik balik..baru
digoreng.



Friday, February 24, 2012

SAMBAL KERING IKAN REBUS NENDA

ASSALAMUALAIKUM..............

Sambal kering ikan rebus ni dah biasa goreng jika ada lebihan ikan rebus ..selalunya ibu wani ni dia suka makan nasi dengan ikan rebus pun masuk selera …. Bila dia rebus ikan tu banyak sangat lama-lama bila kita asyik panaskan selalu … ikan rebus tu isi dia jadi pejal dan ada masam-masam la … jadi wani buatkan sambal kering ikan rebus ni best makan dengan nasi panas-panas …. Arwah nenek selalu buat sambal ikan macam ni … ibu wani ni dia banyak belajar masakan dari arwah nenek masa tinggal satu bumbung bersama mak mertua …. Maka diperturunkan resepi untuk menantu la pulak… resepi ni simple sangat tapi sedap makan dengan nasi panas… wani akan letakkan resepi kat sini pulak…. Nak buat sambal macam ni , ikan tu mesti direbuskan terlebih dahulu dengan garam dan asam keping,,,  kalau boleh biar lama sikit ,maksud sini biar lama bila kita asyik panaskan selalu ikan tu ,  biar isi ikan tu jadi pejal baru sedap
 SAMBAL KERING IKAN REBUS NENDA
SOURCE:  wani@galeriduniaku
BAHAN-BAHAN
8-10 ekor ikan yang telah direbus tak kisah ikan apa pun
1 lada merah
1 lada hijau
3 cili api
3-4 ulas bawang merah
Gula
Sedikit minyak untuk tumis 
CARA- CARA
1.      ikan tadi digoreng sehingga garing dan ambil isi nya sahaja
2.      lada merah, lada hijau, bawang merah, cili api dihiris
3.      panaskan minyak dalam kuali dan masukkan  kesemua bahan yang telah dihiris tadi
4.      bila dah naik bau dan nampak layu sikit, masukkan isi ikan goreng tadi dan ketuk-ketuk je dengan sudip tu nak bagi ikan tu hancur  sambil kacau –kacau..
5.      bila dah nampak hancur isi ikan tu , masukkan gula secukup rasa ,, garam tak payah dah sebab ikan tu dah ada masinnya.. kacau lagi sebati ..ikut suka nak bagi garing setakat mana.tutup api.. SIAP!!!!!!
 
 
NOTA
Kesemua bahan-bahan tersebut boleh diadjust ikut kesesuaian.. resepi ni simple sangat .. tapi best tau..
 

Thursday, February 23, 2012

HATI LEMBU GORENG BERSAMA PEGAGA

ASSALAMUALAIKUM...................


errr makan tak ni .. ada lebihan hati lembu sikit je dalam freezer ..nak makan yang selalu goreng tu dah puas dah macam biasa buat tu .. last-last bila search dengan mr google ni terjumpa resepi ni .. kelainan sebab bahan yang diperap tu . lagipun ada letak pegaga.. kat rumah ni ada tanam pegaga herba ..bukan pegaga yang berdaun kecik tu.. yang daun dia lebar ... sikit.. pegaga tu lah... dah lama dah tak makan daun pegaga ni ..biasa makan cicah dengan budu je ..  bila tengok resepi ni terus nak cuba .... bagi wani sedap makan dengan nasi panas-panas ....

                                               daun pegaga yang wani guna

HATI LEMBU GORENG BERSAMA PEGAGA
SOURCE: RESEPI4U

Bahan-bahan:

100 gram hati lembu – hiris nipis
1 ikat daun pegaga – dibersihkan dan potong kecil-kecil
1 inci halia – tumbuk halus
1 inci kunyit hidup – tumbuk halus
3 ulas bawang putih – tumbuk halus
5 ulas bawang merah – tumbuk halus
Sedikit lada hitam – tumbuk halus
Sedikit garam
Sedikit minyak masak

Cara Penyediaan:

Rebus hati lembu hingga empuk.
Kemudian perap hati lembu bersama kesemua bahan yang telah ditumbuk halus dan sedikit garam selama setengah jam.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan goreng daging yang telah diperap dan akhir sekali masukkan daun pegaga.

Sedia dihidangkan. Selamat mencuba.

Tuesday, February 21, 2012

MENU KAMPUNG : PUCUK UBI KELEDEK AKA PUCUK UBI TELO

ASSALAMUALAIKUM.......


curi masa jap ... nak update blog ... masa tak mencemburukan ni .. hihi ..antara menu yang lazimnya terhidang di atas meja ..menu kampung ...  kadang-kadang bila tekak ni nak terasa makan ulam... macam -macam ulam yang dimakan .. antaranya salah satu inilah pucuk ubi keledek atau orang kelantan panggil pucuk ubi telo .. dah lama dah terasa nak makan .. hari tu terbeli ..wallah sedap weh cicah budu makan dengan nasi panas-panas ... gamaknya akan bertambah nasi lagi pekena dengan budu neh... hihi .. pucuk ubi keledek ni ada 2 jenis, yang satu berdaun merah dan yang satu lagi berdaun hijau .... tapi kedua-kedua rasa sama sahaja... biasanya wani celur je cicah dengan budu dan perah asam limau .. tak tahu la kot2 ada orang buat menu lain dengan guna pucuk ubi jenis ni.... pinggan bunga kangkung tu agak klasik ..  nasib baik dapat diselamatkan ...milik arwah nenek.....  jarang nak ada pinggan ni kalau tak ada legasi yang ada pinggan ni .. mujurlah mak dah bahagikan semua pinggan-pinggan jenis bunga kangkung kepada semua adik beradik perempuannya ..dapatlah sikit seorang simpan ... bukan apa milik legasi kita kan  .. kalau dok biar dalam plastik dok peram .. je .. tak adalah gunanya pulak ... ada satu barang milik moyang mak dah hilang dah .. dulu ada sekarang cari-cari dah tak jumpa lak ... wani letak entry ni saja nak menambah menu kampung ..especially pasal ulam-ulam ni ... ai banyak betul nak dikongsikan bersama.. ulam-ulam ni makan lah ya boleh awet muda hihihi.. ...

DONUT UBI KENTANG

ASSALAMUALAIKUM........


salam sayang.. salam rindu buat semua .. macam dah lama pulak tak update ni padahal baru je 2 hari hihi.. nak gi blogwalking pun tak sempat .. cuaca lak panas sekarang ni .. berpinar-pinar ni mata .. oklah jom layan donut yang wani buat ni nasib baik menjadi ,,donut yang baru beberapa hari dah buat ni ...  punya la wani tunggu nak suruh adunan tu jadi  naik 2 kali ganda ... lambat sangat .. buat pagi .. petang tu baru wani goreng .. nape la ya ..tapi lagi lama perap lagi bagus ...  aih dah lama wani tak bermain dengan yis ni...wani buat 2 cawan tepung gandum dan dapat 10 biji donut .dah banyak dah tu bagi wani ..siap freeze lagi .. hihi ..tak larat nak makan dah ..  apapun donut ni sedap!!! sungguh gebu donut ini ... donut ni tak salut dengan gula pun .. cukuplah dengan manis kat dalam tu ... dah ok .... sebab abah dan mak nak makan ... wani ambil resepi ni dari rumah kak ayu ... ramai dah yang cuba buat donut ni ... ya ok .. jom semak resepi ...



DONUT UBI KENTANG
SOURCE: kak ayu
Sources:-From Izah@izahdaut.blogspot
Bahan-bahan ( 3 0rang makan )

2 Biji Ubi kentang (direbus dan dilenyek)
4 Cawan Tepung Gandum (diayak 2 kali)
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu teh yis segera
sedikit garam
1 cawan air
2 sudu besar planta-(Ayu gunakan butter)
1/2 cawan gula pasir


Cara-cara
Rebus ubi kentang sehingga lembut. Kemudian lenyek sehingga halus.
Ayak tepung gandum sebanyak 2 kali.
Gaulkan Tepung gandum, Planta, Gula, Garam, Susu tepung, Susu Pekat manis dan Yis bersama air dan juga kentang lenyek tadi
Uli sehingga tepung menjadi doh
Biarkan doh tersebut seketika sehingga doh tersebut naik. Perapkan lebih kurang 2 jam. Lagi lama lagi bagus.
setelah doh tadi naik, ambil acuan donut dan tekapkan pada tepung tadi.....
Goreng sampai nampak kekuning-kuningan......taburkan gula icing (gula yang telah dikisar halus)-(Ayu gunakan gula kastor)
hiaskan diatas pinggan....... selamat mencuba





Sunday, February 19, 2012

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE

ASSALAMUALAIKUM........



rasanya ini kek kedua wani buat untuk tahun baru ni hihi ... yang pertama tu oreo slice cheese cake .. tapi itu kira ke bukan macam dalam kategori kek pun ...susah tau wani nak mengekek kat rumah ni ada orang anti gula... huhu.. tapi disebabkan tekak ni dah lama betul tak rasa kek-kek lebih -lebih lagi ramai orang dok tayang kek coklat .. buat hati ni terus tergoda nak buat ... ..disebabkan sudah terdesak sangat ,,tengok-tengok telur satu pun tak ada ,,, terlintas la dalam kepala ni nak buat SMECC ni .. yang begitu famous ..semua orang dah buat dan dijamin memang super moist lah.. wani pun dah banyak kali buat sebenarnya ..tempek kat sini pun dah ada ... cuma buat dalam loyang yang besar-besar.. masa nak buat kek ni .. tengah fikir rasa tak nak buat dalam loyang je .. nak bagi sekali ngap makan ..hihi  so terkeluarlah idea nak bakar dalam muffin pan.. senang sikit tak payah nak potong-potong dah .. erkk wani tak caya wani buat kek ni dalam masa 30 minit dah siap nak bakar dah ..godek-godek je kan ... bukannya ada bahan yang pukul sampai kembang pun ...  tapi bahan-bahan yang nak diayak tu wani dah sukat terlebih dahulu la .. dalam satu bekas ... tunggu masa yang sesuai nak buat kek .. terus je ayak .. tak payah nak timbang2 time tu pulak ... 


kek ni buat kawan-kawan yang belum cuba , erkk rasa dah ramai orang mencubanya ni .. kek ni dah jadi 10 ratings dalam kategori eggless cake dah ni hihi ... MEMANG WAJIB cuba ,, sebab memang SUPER MOIST sangat.. bagi wani rasa dah tak nak cari yang lain dah kalau terdesak tak ada telur tapi rasa nak makan kek .. pakai resepi ni je ... wani dapat 10 biji dengan guna muffin pan ni .. lepas tu terasa nak deco-deco kat atas tu .. lagipun nak habiskan stok cooking choc dengan ceri yang ada. coklat urai pun banyak lagi !!! ... banyak betul stok -stok yang nak diperhabiskan ni .. bila masa la rajin tu nak datang !!!! .tapi apapun  sedapnyaaaa dah lama tekak ni tak rasa kek coklat .... wani ambil kat dari dapur kecah .. tapi bila wani pergi kat blog dia entah kenapa blog dia terus direct pergi ke web amazon.com ... tapi apapun wani sertakan link kat sini ya ... terima kasih sudi berkongsi ....

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE
SOURCE: DARI DAPUR KECAH

Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (air sejuk dari peti ais)
1 cawan gula perang ( wani guna 1/2 cawan je sebab letak choc topping )
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara-cara :
Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.


* saya tidak masukkan chocolate emulco
* gula saya kurangkan. 2/4 gula perang dan 1/4 gula pasir
Dan kek ini saya mandikan dengan chocolate ganache.


Friday, February 17, 2012

KARIPAP TUN DAN INTI SARDIN KAK NOOR

ASSALAMUALAIKUM......


tak terbalas komen untuk entry lepas .. apapun terima kasih .. :).. wani macam nilah kalau kejap sihat ... memang sihat gembira .. kalau dah jatuh sakit .. memang kemurungan la sikit .. ini kali kedua wani buat karipap ni dengan resepi yang sama .. tapi masa buat kali pertama tu tak berapa nak jadi, mungkin agak kali pertama buat ni.. tangan pun agak -agak kekok maklumlah baru nak belajar buat karipap hihi...  memang frustrated sangat masa tu .. ala karipap tak jadi sangat huhu..sebab ada yang tertebal kulit dia tu ...  ini kali kedua ni bila dah cuba roll tu ai adunan karipap ni memang dia kenyal-kenyal eh .. dah la time roll tu kena roll cepat-cepat takut jadi macam dia kecut balik selepas roll ... tapi nasib baiklah bagi wani dah puas hati sikit .. cuma wani guna acuan karipap,, setengah dia jadi tutup elok2 dah tak payah nak main kelim dah  .. ada setengah tu ..kena kelim pulak lepas letak dalam acuan karipap tu ... tangan wani dah la tak berseni sangat.. kejap macam jadi ...kejap macam tak kelim tu ....


lepas tu bila time nak goreng tu .. tuu tengok macam dah jadi permukaan kat planet marikh la pulak  .. ada kawah-kawah.. ada gelembung... ada tak hihi.. nape eh .. tapi tak apa time wajah nya yang kurang cantik .. time nak makan tu la yang sedapnya .. untuk filling tu wani buat yang wani''s style punya guna daging kisar .. tapi tak ada resepi la kat sini ..resepi lebih kurang macam kak noor buat tu ya  tapi kalau sesiapa nak ikut yang inti sardin kak noor ni sila lihat resepi kat bawah ya ...wani guna acuan karipap yang kecik sedikit dapat hampir 39 biji .. banyaknya.. tapi kecik2 la .. jenuh ni tangan dok roll ..lain kali kena beli acuan yang besar sikit...  selepas digoreng yang selebihnya wani freezekan.. wani ambil resepi ni dari dapur kak liza.. dan kak liza cakap ini resepi karipap dari Tun dan juga inti sardin dari Kak noor ...terima kasih untuk kesemuanya .. izinkan .. wani panjangkan resepi kat sini pulak ya untuk rujukan wani masa depan ...


KARIPAP TUN DAN INTI SARDIN KAK NOR
SOURCE:  INTAI DAPUR

RESEPI KARIPAP TUN

Bhn2:

4 cawan tepung
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan minyak
3/4 cawan air
1/2 sudu teh garam

Cara-cara:
Panaskan margerin + minyak dlm periuk. Tutup api.
Tengah panas2 tu, masukkan tepung dlm periuk td dan gaul guna garpu (jgn guna tangan, melecur nnti).
Dah sejuk sikit, campur garam dan air.
Uli-uli.. siap! Boleh wat karipap ikut suka inti apa..


Untuk inti sardin ni pulak Liza amik dr umah Kak Noor Ganu tu...tp ada bab2 yg Liza adjuz sikit...timakseh Kak Noor..Liza share kat sini yer..

INTI SARDIN

Bhn2:
1tin sardin (saiz besar) ~ k.nor guna brand Pertima/Agromas - Liza guna brand Ayam
2 ulas bawang putih ~ diketuk & dicincang
2 biji bawang besar ~ dihiris
2 biji ubi kentang ~ dipotong dadu kecil
3 biji cili merah ~ dipotong dadu/kecil2
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam - Liza guna 1 s/b cili mesin
garam & gula secukup rasa
1 sudu besar jus limau nipis/kasturi
sedikit minyak
Sdkt daun sup - hiris ( liza tambah)
Cara:

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili mesin hingga wangi dan masukkan bawang besar.
Goreng hingga bawang menjadi layu dan kekuningan dan masukkan sos dlm tin sardin.
Kacau seketika dan masukkan ubi kentang.
Sementara itu keluakan isi ikan sardin dan lenyek hingga hancur.
Masukkan sedikit air kedalam tumisan utk memastikan ubi kentang td masak.
Masukkan isi ikan, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
Masak hingga ubi kentang masak dan inti menjadi sedikit kering
Masukkan jus limau nipis, daun sup dan kacau rata dan padamkan api.
Biarkan sejuk dan bolehlah digunakan.

# Tips dr Kak Noor #
*Lebihan inti yg digunakan hendaklah dimasukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm freezer. Ini boleh memudahkan kerja bila nak gunakan di lain waktu.

** Inti sardin ni boleh digunakan sebagai inti karipap, Baked Sandwich, sebagai inti dadar berlauk, cara berlauk, pendekkata mmg boleh digunakan dlm mcm2 kuih lain, terpulang pd kreativiti masing2 ya..
~ terima kaseh utk Tun dan Kak Noor atas kedua2 resepi di atas....~



Wednesday, February 15, 2012

HALIA MADU PANAS

ASSALAMUALAIKUM.......


salam semua dan  selamat pagi .. sejak update resepi mini bread pudding pepagi buta satu malam yang lepas, ni baru nak jenguk dapur maya ni .. nak gi jalan-jalan sekejap kat dapur kawan-kawan pun tak sempat ... hari ni ada masa sikit .. .lepas postkan menu ni nak pergi tengok dapur- dapur orang sekejap .. nak jengah dah berasap ke belum.. ;D..biasa minum air herba kan ... ini pun salah satu ni wani minum ... ingat nak jadikan amalan nak minum air ni ...  air halia madu ni memang bagus untuk buang angin... .. wani memang ada masalah angin dalam perut .... makanan pun nak makan ada berpantang jugak... tak boleh nak minum teh susu,, kalau tidak perut meragam ....sayur-sayur sejuk  seperti terung, labu, kacang panjang dan  segala jenis sayur yang orang kelantan kata "bok-bok" wani tak boleh makan .. macam terung tu la cuba ketuk-ketukkan ia kan macam ada bunyi kat dalam tu .. macam tu lah perut bila ada angin.. buat masa sekarang ni masih buat rawatan urut la dari semasa ke semasa ..bila rasa perut tak sedap ..macam-macam la sakit kepala datang ...  cepat-cepatlah nak pergi jumpa tukang urut... tapi tukang urut tu kata wani pelik tak macam orang lain ... kalau orang lain bila "medu angin" ni datang,,,, nak berjalan pun tak larat,,, sampai terketar-ketar pun ada ,, tapi wani ni tidak ....alhamdulillah...walau apapun kena buat jugak rawatan .. walaupun perut ni tak boleh nak detect ada angin ke tidak ...   emmm  sabar la dengan ujian Allah berikan ... hambamu ni tabah... oklah ya mari tengok resepi yang wani ambil dari rumah juicy cafe .. terima kasih ..

HALIA MADU PANAS
SOURCE: JUICY CAFE

Bhn2..
100 gm halia - buang kulit - cuci - potong kecil ( wani buat 50 gm je itupun rasa dah macam 4 orang nak minum )
2 cwn air ( wani guna 1 cawan air )
3 sdb madu 

Cara2nya..
1. Kisarkan halia yg telah dpotong kecil bersama air.
2. Tapiskan dan ambil air halia.
3. Masak atas api hingga air halia mendidih.
4. Tuangkan sedkt air halia dan ambil 2 sudu besar madu dan tambahkan air panas, kacau biar siap utk diminum panas2.


Tuesday, February 14, 2012

MINI BREAD PUDDING

ASSALAMUALAIKUM.......


menu yang dah lepas, lemau betul nak update .. tapi ini resepi senang je pun ... biasa puding roti letak telur kan tapi yang ni wani tak letak telur,kalau bab puding roti ni wani tak boleh nak makan sangat yang ada telur tu ,,, tak letak telur pun  asalkan jadi benda yang boleh dimakan sudah :D.. sebab hari tu ternampak 5 keping roti nampak macam tak laku je ni ..ai tak boleh jadi ni .. kena selamatkan roti tu dari berkulat hihi. so wani jadikan mini bread pudding rasa macam malas nak bakar dalam loyang  macam tu .. baik buat kecik2 lagi cute dan comel bila nak makan.... tapi resepi pun main campak-campak .. kalau orang cakap ala nak buat puding roti senang je .. tak payah pikir panjang carik-carikkan roti tu lepas tu masukkan je susu cair and then bakar jadilah puding roti .. hihi .. tapi yang wani buat ni sempoi je ... dah buat baru laku puding roti ni ... wani sendiri dah habiskan 4 ketul.. ;p tapi best serve hot la... kalau sejuk tu dia kureng sikit.... yang wani buat ni lembik dibawah ,rangup kat atas haaa macam tu lah boleh nak diterangkan... wani bakar dalam muffin pan..dalam 30 minit..  dan ikut tuang je susu cair tu kat dalam pan tu... hihi... nak bagi idea dekat yang nak lagi sempoi nak buat puding roti ni ...entahla kalau ada orang buat cara wani ke tak ni :D...

MINI BREAD PUDDING

BAHAN-BAHAN
5 keping roti
marjerin
gula
chocolate chip secukupnya
susu cair secukupnya

CARA-CARA
1. Roti dibuang tepinya tapi jangan dibuang boleh diguna nanti...
2. sapukan roti dengan marjerin lepas tu taburkan sedikit gula
3. kemudian roti dibelah 4, dan wani masukkan setiap 2 belahan tu ke dalam setiap satu acuan tu.. tapi terpulang nak buat macam mana..
4. potong sikit bahagian tepi roti tu dan selitkan kat tepi-tepi sekeliling roti tu .. lepas tu tuang susu cair tu.. ini pun agak- agak je tuang, tak banyak sekadar nak bagi lembapkan roti tu
5. tunggu dalam 30 minit nak bagi dia kembang . dan akhir sekali tabur lah choc chips atau ada bahan-bahan lain terpulang atas citarasa...
6. bakar dalam 30 minit ikut suhu oven .. 

NOTA: masa dalam oven tu memang dia akan kembang naik tapi taklah sekembang kalau adunan roti tu ada telur...




Sunday, February 12, 2012

OREO SLICE CHEESE CAKE

ASSALAMUALAIKUM...........


satu lagi dessert yang sedap .. buat ni dah simpan semalaman dalam peti sebelum nak serve esok tu nya .. mak cu dan family beserta mak su wani datang ... masa cuti maulidur rasul lepas ... simpan dalam peti kat bawah .. keras tu keras tapi rasa macam nak keras lagi.. so lepas potong-potong terus letak kat bahagian peti atas .. haahh baru terasa keras macam makan aiskrim ... sedap sangat !!!!  lagi satu masa nak potong ni kena main celup2 air panas ke .. sebab potongan yang wani buat ni tak smooth .. comot betul ...wani beli tiga bungkusan biskut oreo tu takut tak genap .. alih - alih banyak jugak baki biskut tu .. sebab dalam resepi ni pun cream cheese yang digunakan hanya 250 gm sahaja.. sempat dalam 2 layer je oreo tu..nasib baik ngam-ngam je letak dalam brownies pan.. dah agak dah sebab tak banyak cream cheese tu..  kalau nak jadi 4 layer maknanya kena doublekan cream cheese tu .. tapi dalam 2 layer tu dah cukup-cukup buat untuk makan dah .. hihi .. resepi ni lebih kurang kek cheese persona tu yang guna biskut marie ..tapi yang ni guna biskut oreo la ..kalau ikut resepi kat atas tabur dengan grated cheese .. tapi wani tabur dengan oreo kisar je ... haahh sedapp tauuuu... ambil ni dari HIDANGAN SEDAP... terima kasih Puan Rahayu Samsu  tapi resepi asal dari Puan Ani Sanusi , olahan je dari Puan Rahayu...

ini je yang dapat aih comot betul.. dah potong separuh tu ..lepas tu snap sekejap..

OREO SLICE CHEESE CAKE
SOURCE:  PUAN RAHAYU SAMSU
  
Resepi Asal: Pn. Ani Sanusi. 
Sumber & Olahan: Pn. Rahayu Samsu
Bahan2:-
1) 250gm cream cheese Philadelphia.
2) 100gm butter/marjerin ~ Ayu guna merjerin Puteri.
3) 100gm gula aising.
4) Biskut oreo ~ belah 2 n buang jemnya.
5) Cheddar cheese ~ utk parut atas permukaan kek.
6) Beberapa pcs ppcup ~ jika suka nak letak di ppcup.
7) Beberapa biji ceri merah ~ jika suka.

Cara2nya:-
1) Cream cheese, butter n gula aising di mixer sehingga sebati.
2) Alaskan loyang dgn plastik atau kertas minyak.
3) Letakkan 2 senduk cream cheese tadi ke dlm loyang n ratakan.
4) Susun biskut oreo menutupi seluruh permukaan cheese tadi.
5) Ulangi proses melapis sehingga selesai.
6) Lapisan akhir, hendaklah adunan cream cheese tu n taburkan parutan cheddar cheese di atas permukaan kek.
7) Tutup atas permukaan loyang dgn plastik wap n sejukkan dlm peti sejuk selama 6 jam.
8) Sudah keras, potong n hiaskan seperti yg disukai.

SELAMAT MENCUBA....
 

IKAN KIKEK JAWA SOS DAUN LIMAU PURUT

ASSALAMUALAIKUM................


menu yang dah lama terperap dalam folder ,,, lupa pulak nak letak...  errr siapa pernah tengok ikan ni ... ikan lain yang biasa wani suka dan dibuat masakan jenis ini ..orang panggil ikan kikek jawa.. biasanya wani suka goreng kunyit ikan ni... sebab ikan ni  nipis so rangup bila makan..  walaupun badan ikan tu nipis dan kurus tapi isinya sedap :D.... wani suka mencuba pelbagaikan  jenis ikan dengan resepi bersos macam ni .. dalam blog ni pun dah banyak kali dah tayang ..maknanya menu ni wajib cuba lah... cuma yang ni ikan je lain hihi... tapi apa pun sedap ... wani tempekkan resepi kat sini lagi ya .. wani ambil resepi ni dari rumah kak nor ..



IKAN GORENG DALAM SOS DAUN LIMAU PURUT
Sumber : SECUBIT GARAM

2 ekor ikan bawal ~ k.nor guna ikan talapia
1/4 cawan tepung serbaguna
2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskan
minyak utk menggoreng

Bersihkan ikan dan keringkan.
Salut dgn tepung(kering) dan goreng hingga keemasan.
Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut keatasnya.
Taburkan daun limau purut yg dah digoreng atas ikan.

Utk Sos :
5 ulas bawang putih ~ dicincang
3 ulas bawang merah ~ dicincang
5 bj cili padi hijau ~ diicincang
5 bj cili padi merah ~ dicincang
3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
3 sudu besar sos tiram
1/4 cawan cuka
3 sudu besar sos ikan
2 - 3 sudu besar gula
garam secukup rasa
1/2 cawan stok ayam ~ k.nor guna air biasa dan 1/2 kiub stok ayam
1 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung.
Masak hingga mendidih.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat.
Tuangkan atas ikan dan tabur dgn daun limau purut yg dah digoreng.




Saturday, February 11, 2012

DAGING GORENG KERING

ASSALAMUALAIKUM........


ambil peluang nak update dapur maya ni ...selamat berhujung minggu ya buat semua ...cuaca pun cerah .. langit yang biru .. a'aah tenang-setenang2nya.... Indah kebesaran Allah ...  bila sebut pasal masakan daging ... biasanya kat rumah ni asyik nak masak kerutuk la , kurma la macam tu lah kebiasaanya sebabnya ahli rumah ni kalau nak makan nasi mesti kena ada berkuah-kuah yang masam-masam ... tapi bila wani rasa dah puas dah masak bergulai macam tu ..terasa tekak ni nak try macam goreng-goreng pulak.  wani pun try la yang simple nyimple ni .. kalau sebelum ni memang selalu buat yang goreng-goreng macam ni kalau dah nak jadi quick cooking hihi ....terasa belum letak lagi entry goreng - goreng yang senang macam ni kat blog .. daging goreng macam ni memang sedap dimakan dengan nasi panas-panas....kalau bab goreng- goreng macam ni better guna daging batang pinang la ...  resipi ni ambil dari rumah potret kasih ... terima kasih sudi kongsi resepi ... :)

DAGING GORENG KERING
SOURCE:   POTRET KASIH   

BAHAN-BAHAN      
300 g daging lembu
1 labu bawang besar ( saiz sederhana ) – di hiris
3 ulas bawang putih di ketuk atau di hiris
2  -3  hiris halia
5 -6 biji cili padi ( di potong atau sebiji sebiji )
1 sudu makan sos tiram
1sudu makan kicap manis
sedikit lada sulah
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam

Cara penyediaan
1. Daging di hiris nipis dan di bersih dan di toskan.
2. Gaulkan daging tadi dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
3. Kemudian  masak hingga kering airnya didalam kuali.
4. Jika daging belum empuk masukkan sedikit air lagi dan masak hingga daging empuk.
5. Bila daging telah empuk masukkan 2- 3 sudu makan minyak masak kedalam daging.
5. Goreng daging seketika barulah masukkan bawang hiris, bawang putih, halia, dan cili hiris.
6. Kacau daging tadi hingga bawang layu, kemudian masukkan sos tiram, kicap manis dan sedikit lada sulah.
7. Sesuaikan rasanya bolehlah diangkat.


                                                             
                                                                                           

Thursday, February 9, 2012

AYAM GORENG BEREMPAH

ASSALAMUALAIKUM..............


salam semua..... dah lewat baru nak jenguk dapur maya ni huhu.. menu ni pun yang dah lepas ayam goreng berempah  .. itu bukan hangit ya ,, eh memang macam tu lepas digoreng hihi .... fuhh memang best dimakan dengan nasi panas-panas .. wani tak guna paha ayam pun .. guna ketulan-ketulan ayam ..jer.. sikit jer goreng .. penduduk bukannya ramai kat rumah ni .. bahan-bahan yang dikisar tu wani hanya tumbuk jer... ambil dari dapur kak ita masam manis .. terima kasih kasih ita sudi kongsi resepi .. lama betul dah wani tak makan ayam goreng berempah macam ni ... ;p...

AYAM GORENG BEREMPAH
SOURCE:  MASAM MANIS

RESEPI DARI CHEF HANIELIZA

BAHAN-BAHAN
5 keping paha ayam
1 sudu besar rempah kari
1 sudu besar lada sulah
1 sudu besar serbuk cili
daun kari
garam secukup rasa
Minyak masak

bahan dikisar

5 ulas bawang putih
1 inc halia
3 batang serai

CARA-CARA
gaulkan ayam dengan semua bahan kecuali minyak
perapkan selama 1/2 jam
panaskan minyak yg banyak dan gorengkan ayam
apabila ayam sudah masak dgn kekuning keemasan, angkat dan toskan minyaknyer..


Tuesday, February 7, 2012

DAGING REMPAH GARAM MASALA

ASSALAMUALAIKUM...........


a long weekend yang dah berakhir .. cuti yang panjang ni semuanya berkesempatan balik kampung jumpa sanak saudara and now back to normal again ... semuanya semakin sibuk ... begitulah perjalanan hidup bila sibuk ....akan sibuk memanjang .. tapi jangan sesekali lupakan-Nya... oklah  wani nak share resepi yang wani masak beberapa hari lepas .. wani tak pernah guna rempah garam masala sebelum ni .. pernah dengar tapi wani ingatkan macam garam, sebab ada perkataan garam tu  hihi... maklumlah kalau benda tak pernah tengok macam-macam dok bayang dalam kepala.. ;p....kalau sebelum ni dok asyik guna yang dah biasa masak macam rempah kari ikan, kurma, kari daging , rempah kerutuk, itu dah biasa... bila wani bau rempah garam masala ni , nak kata kerutuk tak jugak tapi bau macam kerutuk jugak... sebab warna rempah tu macam kerutuk... bila dah masak pun seakan-akan macam kerutuk .. kalau orang tak biasa,  rasa sah dia akan cakap gulai kerutuk ... hihi..bila rasa taklah macam rasa gulai kerutuk ..eh lupa,  sebelum ni pernah guna buat masala roasted chicken... tapi potong queue dulu tayang yang ni dulu ... wani buat lebih sebab nak cicah dengan roti malam tu ..kuah pun sedang-sedang pekat ..sedap!!..

sumber ihsan DIL SE ..inilah rempah garam masala..
rempah garam masala ada orang buat yang homemade punya .. tapi wani beli yang dah siap ler hihi..tak payah susah-susah nak kisar2 bagai .. terima kasih buat jintan manis kerana sudi berkongsi resepi ini .. wani copy paste kat sini pulak untuk rujukan kawan-kawan semua...


DAGING REMPAH GARAM MASALA
SOURCE: JINTANMANIS
sumber resepi- rosmarlina@jintanmanis.com 

Bahan-bahannya
400 gram daging tanpa tulang
2 sudu kecil rempah garam masala
1/4 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu besar serbuk rempah kari
2 sudu besar serbuk rempah korma
1 cawan santan  pekat
2 biji kentang
1 cawan air
6 tangkai cili kering
1 batang kulit kayu manis+2 kuntum bunga lawang
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat

Caranya

1. Potong daging sederhana, bentuk kiub, kisar halus bawang besar, bawang putih, halia, cili kering dan jintan manis. Panaskan api dan tumis daun kulit kayu manis, bunga lawang dan bahan yang telah dikisar tadi. Tumis sehingga naik bau.

2. Kemudian ambil, rempah kari, rempah korma dan garam masala, jadikan pes dan curah dalam periuk, kacau sebati, dan biarkan bahan tumisan agak garing, selepas itu masukkan daging.

3.Akhir sekali, masukkan santan,air, kentang serta kicap pekat dan kicap manis. Masak sehingga daging dan kentang empuk.  Biarkan kuah pecah minyak serta menjadi pekat, sesuaikan rasa, masukkan garam dan gula . Angkat dan sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

Nota: Kalau nak letak daun kari pun boleh, ikutlah selera masing-masing ya, sedap juga dimakan bersama nasi minyak atau nasi beriani.
wani ada masukkan sedikit air asam jawa dan gantikan gula dengan gula melaka 


Sunday, February 5, 2012

RAISIN OATMEAL MUFFIN

ASSALAMUALAIKUM.........


diharap wani tak terlewat nak ucapkan SALAM MAULIDUR RASUL kepada semua muslim... hayati kisah perjalanan Rasulullah semoga ia dapat menjadi aplikasi dalam kehidupan harian kita .. wani tak nak cakap banyak .. penat betul hari ini . petang tadi wani sakit kepala sampai ke malam.. lepas isyak sakit kepala lagi huhu .. ni bangun lewat malam, baru teringat dekat blog ...  raisin oatmeal muffin yang wani buat .... best serve warm .. macam roti .. oat masa panas tu still ada rasa crispy .. rasa-rasa,  ini kejadian muffin yang terbaik yang wani pernah buat so far hihi..sesiapa yang baru nak belajar buat muffin tu ..memang betul la kena ikut teknik..nampak macam senang je, godek-godek je tapi nak godek-godek pun ada caranya.. yang penting masa nak satukan bahan kering dengan bahan basah dan juga masa nak spoonkan batter tu dalam paper cup .. pernah jugak yang wani buat muffin tak jadi ,, macam keras je muffin .. hihi ..kalau nak tengok cara betul rujuklah kat JOY OF BAKING. apapun itu pengalaman yang tak ternilai harganya sebab kat situ boleh belajar dari kesilapan .. so jangan takut bila terima kegagalan .. boleh buat lagi ...   wani dapat dalam 14 biji ...


RAISIN OATMEAL MUFFIN

Prep Time: 20 minutes
Start to Finish: 50 minutes
Makes: 12 muffins

INGREDIENTS
1 cup Quaker® Oats
1 cup Buttermilk
1 cup Family Gourmet All-Purpose Flour
1-1/2 teaspoons Baking Powder
1 teaspoons Cinnamon
1/2 teaspoons Baking Soda
1/4 teaspoons Salt ( wani tak letak )
1/2 cup Butter or Margarine; melted
1/2 cup Family Gourmet Brown Sugar; firmly packed
1 beaten Egg
1/2 teaspoons Grated Orange Peel ( wani tak letak )
1 cup Sun-Maid® Natural Raisins
(wani guna black raisin @kismis hitam)

 DIRECTIONS

1. Heat oven to 350°F. Grease or line 12 (2 3/4 in.) muffin cups with paper baking cups. Combine oats and buttermilk; let stand.
2. Combine flour, baking powder, cinnamon, baking soda and salt; mix well. Combine butter, brown sugar, egg and orange peel. Stir in oat mixture; mix well. Add to flour mixture; stir just until dry ingredients are moistened. Fold in raisins.
3. Spoon batter into prepared muffin cups. Bake at 350°F for 25 to 30 minutes or until toothpick inserted in center comes out clean. 

NOTA : 
  • untuk buttermilk, wani  guna 1 cawan susu dan di campur 1/2 tbsp apple cider vinegar (guna cuka biasa or lemon juice pun ok jugak) dan biarkan selama 5 minit)
  • wani bakar dalam suhu 130 C untuk oven wani selama 30 minit ... rendah betul suhu oven suhu kan pelik tak sama dengan oven orang ..  .. aih panas betul oven wani ni ..saja nak ingatkan diri ..
 





Thursday, February 2, 2012

DAGING MASAK MERAH ALA THAI

ASSALAMUALAIKUM............


dah lama sangat wani tak makan daging masak merah ni  tak ingat dah bila last makan hihi ... bila teringat masih ada lagi daging batang pinang kat dalam freezer, terus terlintas nak masak daging masak merah . bila dah lama tak makan ni .. memang sedap lah ..kenangan zaman wani kanak-kanak dulu , abah wani yang selalu masak daging masak merah ni ... abah masak kan,, kami adik beradik ni semua masuk selera makan hihi .. sekarang ni dia dah malas masak dah .. anak perempuan dia ni pulak yang masak... ;p tapi dalam resepi ni tak letak baby corn... tu saja wani letak... ehh sedap tau .. kalau pergi kat restoran biasanya dia letak baby corn ni ... memang best resepi ni boleh dibuat untuk lain kali .... resepi ni wani ambil dekat rumah potret kasih .. terima kasih kerana sudi berkongsi .. :))..cubalah ya senang je ni ..


DAGING MASAK MERAH ALA THAI
SOURCE: POTRET KASIH 

300 g daging
1 sudu makan pes cili
1 labu bawang besar ( saiz besar ) – dipotong2
3 ulas bawang putih ( dipecahkan )
4-6 ulas cili padi  (dititik/diketuk ) – boleh tambah jika suka pedas
2 -3 sudu besar sos cili ( Boleh tambah sos jika mahu kuah lebih )
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos ikan ( sos nampla )
1 biji buah tomato ( di potong 6 )
cili merah/ cili hijau untuk hiasan
daun ketumbar ( di hiris )
sedikit minyak

Cara penyediaan
1. Daging di bersihkan kemudian direbus hingga agak empuk. Angkat dan sejukkan seketika.
2. Hiris daging tadi kemudian ketepikan.
3. Masukkan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali.
4. Masukan daging tadi goreng seketika dengan api perlahan ( goreng sekejap saja – jangan garing sangat!).
5. Dalam kuali yang sama, tolak daging ketepi masukan pes cili, bawang putih, bawang besar. Kacau sehingga layu.
6. Masukkan semua sos-sos dan sedikit air. Bila kuah mendidih masukkan buah tomato daun ketumbar dan  cili merah serta cili hijau yang telah di potong memanjang.
7. Kacau seketika dan tutup api. Bolehlah dihidangkan.



Wednesday, February 1, 2012

SAVOURY KUIH LOYANG

ASSALAMUALAIKUM........


apa lagi orang panggil kuih ni selain kuih loyang .. yang wani tahu kuih rose ataupun kuih sarang tebuan.. ke ada orang panggil kuih goyang ke ... :D .... biasa kalau kat Kelantan popular dengan nama  kuih sarang tebuan ... tak pernah dengar orang panggil kuih loyang .. ini kali kedua wani buat kuih loyang ni ... kali pertama wani buat guna santan dan gula je .. yang versi kedua ni campur macam-macam rempah.... taklah too sweet sangat .. bau rempah-rempah sikit .... dah lama nak rasmi acuan kuih loyang yang mak beli masa singgah kat pasar payang , terengganu tu.. sejak tahun lepas lagi ,,,, ni baru nak guna hihi... sebenarnya dah ada satu .. milik arwah nenek wani... tapi mak cakap pulangkan balik la kat aunty tu sebab barang -barang peninggalan macam ni memang dia la yang pegang .. lagipun dia suka jugak buat kuih loyang ni ... wani guna sekali je acuan kuih loyang milik arwah nenek tu .. itupun tak hantar-hantar lagi ni.. huhu...

kalau buat kuih loyang ni teringat dekat arwah nenek la .. selalu  tiap tiap tahun masa nak raya memang dia selalu buat kuih loyang ni .. bagi dekat cucu-cucu .. lepas tu kirim balik kat kampung mak  satu lagi pulak ... kalau dulu-dulu masa wani budak-budak ,,  selalu tengok arwah nenek wani dok goreng kuih loyang dekat dapur kayu luar rumah ... guna dapur kayu je ... orang dulu-dulu suka guna dapur kayu jugak walaupun dapur gas lebih mudah...sekarang ni cucu dia pulak nak bersemangat buat kuih loyang ni ... bukan senang rupanya ya .. asyik berdiri je tepi dapur ...lepas tu kena dok goyang-goyang lagi ...    megimbas  nostalgia lalu pulakk... Al-fatihah untuk Wan Aminah Bt Wan Hassan ..semoga roh beliau sentiasa ditempatkan  dikalangan orang-orang yang beriman ... amin .....



berbalik kepada resepi ni .. kuih loyang ni memang rangup ... ada bau rempah,,,  tak ada la manis-manis sangat ... boleh buat snack sambil-sambil tengok tv... tapi apa yang penting untuk batter tu .. tak boleh nak cair sangat atau pekat sangat ... kena sedang-sedang elok ..kuih ni memang sambil letak dalam minyak tu sambil kena goyang la ...  tapi bila tengah goreng  rasa macam kuih tu  tak nak lekang dari acuan dia tu .. ambil lidi je cucuk sikit-sikit kat tepi-tepi acuan tu sampai dia lekang sikit ..bila dia dah nampak nak lekang tu goyang-goyang sikit .. nanti dia akan tertanggal dari acuan ...untuk santan tu wani tak habiskan semua ...wani boleh 2 kali goreng bila letak dalam minyak .. nak ambil celup banyak kali takut acuan tu tak sempat panas ... terima kasih kepada SHARIFAH AISYAH AHMAD .. kerana sudi berkongsi resepi ini .. dah lama tunggu list baru terbuat ....

KUIH LOYANG PEDAS DARI SHARIFAH AISYAH AHMAD ( HIDANGAN SEDAP )
Bahan-bahan:
3 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan cili kisar(boleh lebihkan jika suka)
2 cawan santan (1 kotak santan + air )
2 biji telur
1 sudu besar jintan manis * (wani guna serbuk jintan manis )
1 sudu besar jintan putih * ( wani guna serbuk jintan putih )
8 ulas bawang putih *
2 sb udang kering *
1 sb gula & garam secukup rasa

cara-cara:
1)tumbuk bahan bertanda * hingga lumat(setakat yg boleh la)
2)satukan semua bahan n kacau sebati(santan jgn masuk semua takut tercair...agak2 ler)
3)panaskan minyak rendam acuan kuih loyang kedalamnte sehingga panas
4)bila dah panas..celupkan acuan kedalam adunan hingga paras ketinggian(jgn celup habis kang takleh tanggal)
5)celup beberapa saat kemudian goyangkan perlahan hingga kuih tanggal dari acuan
6)biar acuan terendam kedalam minyak beberapa ketika....barulah ulangi langkah seterusnyer.