Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Friday, October 12, 2012

MASAK LEMAK CILI API REBUNG

ASSALAMUALAIKUM.....

dah lama blog ni tak terusik jenguk pun tidak kebelakangan ni  sebab ada urusan yang wani kena settlekan. buatkan blog ni terabai sekejap ..apa khabar semua?? diharap semua kawan maya wani sihat walafiat.. terima kasih ya buat semua pengunjung yang sudi singgah-singgah buatkan blog wani pun tak sunyi sepi jugak..tak lama lagi dah nak raya haji.. mungkin masih ada lagi bakal jemaah haji yang belum berlepas lagi ke Kota Mekah, wani doakan semoga mereka semua  diberikan kesihatan yang baik sepanjang berada di sana dan semoga mereka selamat pergi dan selamat pulang ke tanah air.dan semoga mereka semua mendapat haji yang mabrur.amin..

berbalik kepada menu ni.tayang menu yang dah lama tertunggak ya... jarang sekali wani nak masak lemak melainkan bila wani dah mengidam sangat baru wani masak. kebetulan ada rebung yang orang bagi dah lama betul dalam firdge.. terfikir nak masak lemak best jugak ni.. memang best  !..tak rugi hihi..  jika ada peluang wani akan melawat blog kawan-kawan semua ya.. buat masa ni banyak urusan perlu disettle.. :)) terima kasih sudi berkongsi resepi ni..



MASAK LEMAK CILI API REBUNG
SOURCE: RESEPI NANNIE

BAHAN-BAHAN :

200 gm rebung
150gm udang - dibersihkan
5 ekor sotong - dibersihkan n potong
3 cawan santan pekat - jika kurang tambah
1 serai - dititik
1 helai daun kunyit - disiat
1 keping asam keping
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api
1 inci kunyit hidup

CARA MEMASAK:


Masukkan semua santan , bahan ditumbuk lumat , serai , assam keping dan santan ke dalam periuk . Masak semua sampai kuah mendidih dan rebung masak kemudian masukkan sotong , daun kunyit serta udang . Masukkan garam secukup rasa dan kacau bila udang/sotong masak boleh la ditutup api dapur .


* Sentiasa kacau kuah supaya santan tak pecah minyak. Kalau tak cukup masam baru la ditambah asam keping lagi dalam masakan ni .




2 comments:

  1. salam Wani wah ada rebung dan udang lomak ni pasti membuka selera akak lebar2 ni fav masakan kampong tapi anak2 je tak suka makanan kampong

    ReplyDelete
  2. slm Wani...

    wah pekat betul kuah lemaknya tu...sedap tu suka yg cengini...tp rebung tu kena letak tepi..sbb xmkn..hehe

    ReplyDelete