Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Monday, September 10, 2012

KEK LAPIS CHEESE PERSONA

ASSALAMUALAIKUM........


Salam semua,,,, ini percubaan pertama wani buat kek lapis cheese persona ni .. orang lain dah lama buat wani baru buat... kiranya dah lama ketinggalan dah ni.. inipun dah lama buat sebenarnya tunggu Q nak masuk blog je hihi... walaupun rupa tak cantik ,rasa tetap mantop ya... agak nipis sebab wani pergi letak dalam brownies pan yang panjang saiznya .. jadi agak lebar dan tak tebal...lagipun ini buat separuh adunan sebenarnya,,  kalau loyang tu agak kecik sikit tentu tebal sikit.. tak puas makan .. kena buat lagi next time .. bila la tu... resepi ni wani ambil dari dapurku sayang dan ada sedikit olahan yang dibuat tak nak bagi adunan cheese tu terlalu cair.. terima kasih kepada semua penyumbang yang sudi berkongsi .. nanti nak kena buat lagi....

KEK LAPIS CHEESE PERSONA
SOURCE: DAPURKU SAYANG

SOURCE: ryo@ryoazhar.blogspot.com


Bahan2: (Saiz 9x9)

A:
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE)
500 ml susu segar,dipanaskan (DJ menggunakan air nescafe)

B:
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus (DJ guna gula icing 1/3 cawan)

Caranya :
1.Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
2.Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
3.Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
4.Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
5.Panaskan susu segar,padamkan api.
6.Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
7.Pastu sapukan adunan cheese di atasnya,ratakan
8.Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
9.Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
10.Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
11.Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.

Bahan yang DJ tambah :
125 butter (dilembutkan)
1/2 cawan susu tepung (DJ guna jenama Fernleaf)
Caranya ialah : Putar cream cheese bersama butter hingga kembang. Kemudian dimasukkan gula dan putar lagi hingga sebati. Seterusnya dimasukkan susu segar dan susu tepung. Putar lagi hingga sebati. Selebihnya ikut step di atas.









2 comments:

  1. salam syg wani,
    klu nk kata tertinggal bas..akk lg la..he hhee x pernah buat jgk tau..tgk org show..pastu bkn main salin resepi..kihhh3x..pastu akk x terbuat jgk..adoiii malas btl..tapi 1 day mmg nk try jgk la..cantik wani buat..terguda akk nengok:)

    ReplyDelete
  2. Salam Wani...apa khabar? Singgah skejap...kot2 boleh dapat kek satu slice...

    ReplyDelete