Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Friday, September 21, 2012

IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK

ASSALAMUALAIKUM.......


sebut je pasal ikan patin masak tempoyak .semua orang dah pernah merasa kan apatah lagi dengan resepi yang amat mudah semua orang pun boleh masak hihi.. ikan patin ni salah satu favorite bonda wani .. kalau pergi pasar tak lain mesti dia nak suruh tolong beli ikan patin....harga pun murah, yang seekor besar pun dah reasonable price..  kalau nak masak ikan patin tak lain tak bukan dah memang tak lari masak tempoyak ler jawabnya.. so tempoyak tu mesti kena ada stok dalam fridge ..jangan out of stock sudah ... masa musim durian 2 bulan lepas ke .. dah banyak balang tempoyak buat .. sampai kan kena ada space banyak nak simpan tempoyak dalam peti..ada masa terluang sikit rajin la bonda wani kikis sikit-sikit isi durian ni.. ai letih jugak buat kerja ni hihih.. ya la main kikis-kikis bukan senang.. kalau nak banding beli kat kedai macam tak berbaloi sikit pun dah mahal la bagi wani...

kalau sebut pasal tempoyak, ada jugak bonda buat tempoyak tak menjadi.. dia macam tak "masak" maksud wani mungkin durian tu tak cukup matang nak dibuat tempoyak.. bila teringat yang tempoyak yang tak menjadi tu, dia macam tak berbau masam  dan tak ada rasa langsung bila dimasak bersama ikan.jadi rasa pun tasteless. kalau ikut resepi wani buat ni ,semua wani letak sekali gus.nak suruh aroma daun-daun semua tu sebati masuk bersama kuah. ikan ni pun bukan boleh lama sangat atas dapur.macam-macam style wani jumpa resepi orang buat tak apalah itu ikut resepi masing-masing... yang ni  resepi style wani buat.


IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK
SOURCE: DARI DUNIA DAPURKU

BAHAN-BAHAN
Air 2 cawan atau secukupnya
1 inci kunyit 
1/2 inci lengkuas
7 biji lada burung ( merah + hijau ) tak nak pedas kurangkan
Tempoyak 3 sudu besar
Ikan patin 3 kerat ( wani guna kepala + 2 bahagian keratan isi )
1 batang bunga kantan belah 4
segenggam daun kesum 
1-2 asam keping 

CARA-CARA
1. tumbuk kunyit, lengkuas dan lada burung sampai lumat 
2. masukkan 3 sudu besar tempoyak dan gaul rata
3. sediakan periuk dan masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi dan air dan kacau rata
4. masukkan ikan, daun kesum, bunga kantan, garam dan gula secukup rasa dan juga asam keping  
5. letak atas dapur, tutup periuk dan tunggu sehingga mendidih sikit, balikkan ikan perlahan-lahan dan kacau rata.
6. bila dah mendidih lama sikit, daun-daun pun dah layu, rasa dah pun ok bolehla tutup api.
7.nikmati dengan nasi panas

Note: ikan patin bagi wani tak boleh terlalu masak overcooked sebab isi ikan ni mudah tertanggal kalau lama sangat atas dapur. agak-agak nampak dah pucat ikan tu dan isi ikan dah jadi putih kira masak dah tu..

3 comments:

  1. Assalam Wani, waduh dah 2 hari berturut2 akak cuba nak tinggalkan comment kat sini loading aje 1/2 jam...lepas tu tak lepas juga..
    rasa nak nangis tau..huhu.. ni mintak2 boleh ler..
    pasti sedap ni kan wani...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak ayu ya ke ..aih x tau la pulak blog ni problem... kasihan kak ayu .. jangan nangis jom layan menu ikan patin ni hihi....

      Delete
  2. fuyooo..cair air liur ni tgk..

    ReplyDelete