Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Tuesday, September 25, 2012

AYAM VIETNAM

ASSALAMUALAIKUM.....



pejam celik dah nak peghujung bulan 9 dah... hemm sekejapnya rasa masa ..tu la masa itu emas kan .. kalau dah pergi takkan kembali dah.. kat sini pun bila ke petang sikit, mula lah hujan , rasanya minggu ni asyik hujan je tapi tak apalah tenang je hati bila tengok hujan turun.. bila dah nak penghujung tahun macam ni ,,musim tengkujuh dah pun nak bermula la ni. kali ini wani nak bawak anda ke Vietnam untuk misi pencarian makanan di sana pulak.. hihi... tak adalah resepi ni wani ambil dari kak wattie.. dah lama keep resepi ni bila tengok ke bahan-bahan tu rasa macam sedap je bila menjadi ..memang tak menghampakan lah .. rasa nya memang sedap !!!.. wani buat agak kering sikit ..cuma wani guna ketulan ayam.. terima kasih kak wattie kerana sebarkan resepi ni memang sedap !.. cubalah ya tak menghampakan.oh lupa untuk bahan tumis tu semua wani blender halus. malas nak main tumbuk-tumbuk  ^^.. dan wani tumis sekali bersama serbuk kari daging hingga naik minyak.


AYAM VIETNAM
SOURCE: WATTIE'S HOMEMADE


Bahan-bahan:
7 ketul paha atau kepak ayam - dipotong kecil ( wani guna 1/2 kg ayam )
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar gula
1 sudu besar kicap
1 biji telur
4 sudu besar tepung ubi ( 2 sudu besar  ) 
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Bahan-bahan Tumis:
(Ditumbuk kasar)

3 batang serai
10 tangkai cili padi ( 7 biji lada burung merah + hijau )
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah ( 4 - 5 ulas bawang merah  )

3 labu bawang besar - dibelah 8 ( wani guna 1/2 labu je  )
4 tangkai daun kari ( wani guna 1 tangkai  )

Bahan-bahan Perasa:
1 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos ikan (wani tambah ) 
1 sudu besar kicap
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kicap pekat

Cara Menyediakan:

1. Ayam dibersihkan kemudian diperap dengan sos tiram, gula, kicap dan telur selama dua jam sebelum digaul dengan tepung ubi.

2. Panaskan minyak dan goreng aam hingga masak. Angkat dan ketepikan.

3. Tuangkan minyak dan tinggalkan anggaran tiga sudu besar di dalam kuali kemudian masukkan bahan-bahan menumis. Kacau sehingga rata dan masukkan bahan-bahan perasa. Kacau lagi.

4. Masukkan ayam dan kacau lagi sebelum diangkat.

Note: wani masukkan air sikit ke dalam bahan tumis untuk kuah.

9 comments:

  1. salam kenal Wani,
    blogwalking & join yr blog..
    http://my-mintroom.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. wah sedaplah akak tengok Wani cayang huh veitnam pun pakai cili burung jugak tu yg best tu

    ReplyDelete
  3. nani c&p dulu resepi..nampak macam sedap je ni...

    ReplyDelete
  4. Sedapnyo kak noni wei, liur molep... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoo meme sedak ni zaty.. hihi

      Delete
    2. Macam sedap ayam vietnam ni..nanti nak terai gak...terima kasihnshare resepi....

      Delete
  5. Wani mcm2 resepi yg awak cuba dlm blog ni sedap2...xterkejar dibuatnye utk mcuba...yg ade pon xluak2 lg dlm list...dh ade yg mnarik lg ni..hihi...xpe simpan lg...

    ReplyDelete
  6. akk baca resepi nie pun dh tau wani..sure sedappp..lagilah pic kt atas tue..mcm nk amik seketul jew tau..he hehee nasib baik saboorr..ok akk cnp resepinye dulu..nnt mmg nk buat..hari2 akk kbuntuan idea nk msk apa..thnks laling..ummahhh3x.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Wani,
    Tkasih sudi mencuba n linkkan blog akak kat sini. Memang nampak pekat dan sungguh menyelerakan, rasa macam nak cicah dengan ketupat jer, kecur air liur akak dibuatnya....

    ReplyDelete