Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Wednesday, September 5, 2012

AYAM GORENG NENAS

ASSALAMUALAIKUM......


menu ni sekali buat rasa akan dibuat sekali lagi sebab memang menepati citarasa family,, semua dok kata sedap.. memang unik resepi ni, ringkas dan sedap.. menu yang dah lama buat kira tunggu Q nak masuk blog la ya.. cubalah ya tak rugi mencubanya ,sure makan nasi bertambah - tambah hihi... terima kasih kak ita sudi berkongsi  :))..


AYAM GORENG NENAS
SOURCE: KAK AZLITA @ MASAM MANIS


Bahan-bahan
4 sudu besar minyak masak
500 gm ayam - basuh bersih dan potong kecil
1 batang serai - dititik
1 biji bawang besar - dipotong baji
2 biji tomato - dibelah 4
1/4 nenas - dikupas, dibuang empulur dan dipotong dadu
1 batang cili merah - dihiris
1 batang cili hijau - dihiris
2 helai daun limau purut - disiat2
1 sudu besar sos tiram
1 sudu beras sos ikan
garam dan gula secukup rasa

Pes Rempah
4 sudu besar udang kering - direndam air hingga lembut kemudian dicuci dan dikisar
1 sudu belacan - dibakar dan dikisar
3 sudu besar cili kering yg telah dikisar
5 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
2 kaki akar ketumbar - yg ni ita tak letak sebab tak tau benda alah apa ....


Cara-cara
Satukan semua bahan pes didlm pengisar dan kisar hingga halus.
Panaskan minyak masak dlm kuali yg dalam. Goreng ayam sehingga keperang-perangan. Angkat dan ketepikan.
Tinggalkan 2 sudu besar minyak dlm kuali dan panaskan semula. Tumis pes rempah dgn serai sehingga harum.
Masukkan bawang besar, tomato, nanas, cili merah, cili hijau daun limau perut dan ayam. Goreng dan kacau hingga sebati. Kemudian bubuh sos tiram dan sos ikan. Perasakan secukupnyer dgn garam dan gula jika perlu.
Besarkan api menjadi sederhana dan masak , tutup, selama 3 minit. hidangkan mengikut citarasa.


NOTE: wani masukkan sedikit air nak bagi lembap dan berkuah.

3 comments:

  1. salam syg wani,
    klu part2 yg ada nenas nie..fav suami akk..klu akk buat mesti dia suka nie..he heh tp akk lom rajin lg ..akk keep resepinya dulu..klu org kata sedap..mmg kompom ksedapannya tue..yummy:)

    ReplyDelete
  2. wani..salam rindu..wahhhh lamanya tak jenguk kat sini...sibuk sgt..tk sempat nak jalan2...ni datang nak makan ayam ni..tk pernah pula miezamasak macam ni..nampak sgt sedap!..Harus dicuba :)

    ReplyDelete
  3. nmpk mmg myelerakan..dh Wani kata sedap..teringin pula nk cuba..simpan resepi dlu ehh...

    ReplyDelete