rasa semua orang pernah mendengar istilah "al
dente" kan. bila ada kaitan dengan pasta akan adalah perkataan "al
dente". first time wani dengar perkataan "al dente" masa
terjumpa dalam resepi makaroni bakar yang menyebut "rebus hingga al
dente" dah lama dulu dah.. mula-mula kebingunan nak kata perkataan english
macam bukan..hihi. tapi faham lah mesti rebus sampai pasta tu masak kan. lama
dulu ada kesilapan wani buat makaroni bakar, wani hairan kenapa makaroni bakar
yang telah dibakar pun bila dah sejuk dan bila dipotong . tekstur nampak
terlalu lembik. rupa-rupanya wani dah rebus pasta tu terlembik..banyak kali
buat macam tu. itu kesilapan wani bila
rebus makaroni wani rebus sampai lembik sangat.. sebab wani terlalu turutkan
resepi. tapi bila dah bereksperimen , segala jenis pasta ni tak boleh rebus
terlalu lama. bila pasta tersebut
mencapai tahap "al dente" ok berhenti dan angkat. pasta perlu dimasak
"al dente" ( tidak terlalu masak ) untuk menjamin kebaikannya. jika
terlebih masak, ia akan memusnahkan khasiat pasta dan menyebabkan sumber
karbohidrat ditukar ke bentuk tenaga dengan lebih cepat.dan kat sini wani ada
terjumpa link bagaimana teknik untuk masak pasta? harap ianya boleh membantu
dan juga sebagai rujukan nanti. sumber kat SINI
ANDA gemar menikmati pasta? Pasta sebenarnya diperbuat
daripada tepung semolina iaitu sejenis tepung gandum daripada spesies durum.
Tepung ini mempunyai kandungan protein yang tinggi dan berwarna kuning. Adunan
untuk membuat pasta adalah tepung, telur, minyak dan air. Terdapat dua jenis
pasta iaitu yang segar dan kering. Pasta segar adalah basah dan tidak tahan
lama dan perlu digunakan segera.
Pasta kering pula boleh tahan lebih daripada dua tahun jika
disimpan di tempat kering. Terdapat pelbagai resipi makanan berasaskan pasta
boleh disajikan namun resipi daripada Itali merupakan resipi yang paling
popular. Terdapat pelbagai jenis dan nama pasta seperti spageti (seperti mi);
lasagne (nipis empat segi); fettuccine (tiub dan silinder); fusilli (berpintal)
dan bermacam-macam lagi. Kebiasaannya pasta dimakan bersama sos. Walaupun
hidangan pasta seakan mudah disediakan namun ada beberapa teknik dan cara
memasak pasta.
1. Air untuk merebus Air perlulah banyak dan jika pasta yang
direbus adalah 500 gram gunakan satu liter air untuk merebus.
2. Gunakan periuk yang dalam dan besar agar dapat memberi
ruang kepada pasta semasa merebus dan air yang banyak pula dapat mengelakkan
pasta daripada melekat.
3. Letak garam dalam air rebusan untuk memberikan rasa masin
pada pasta dan pasta akan berasa lebih enak dimakan bersama sos.
4. Sebelum merebus pasta pastikan airnya mendidih kerana
pasta yang dimasukkan ketika air mendidih akan menurunkan suhu air rebusan.
Jadi untuk mengelakkan proses merebus terhenti terlalu lama air perlu
dididihkan dahulu.
5. Semasa merebus pasta biarkan pasta lembut seketika dan
barulah dikacau untuk meleraikan pasta yang melekat dan supaya pasta masak
sekata.
6. Jangan terlalu kerap dan kuat mengacau kerana pasta akan
patah dan putus. Untuk mengelakkan pasta daripada melekat, letakkan sedikit
minyak zaitun atau jagung semasa merebus terutamanya pasta seperti spageti dan
fetucine.
7. Selepas menapis pasta gaulkan dengan sedikit minyak
supaya pasta tidak mudah kering dan melekat.
8. Jangan campurkan pasta yang berbeza saiz semasa merebus
kerana tahap kemasakannya tidak sama.
9. Pasta yang direbus perlu dimasak sehingga mencapai tahap
kemasakan al dente iaitu teksturnya masih kenyal apabila digigit.
10. Jika ia direbus terlalu lama pasta anda akan menjadi
lembik.
11. Simpan air rebusan untuk memanaskan pasta yang telah
direbus sebelum anda curahkan dengan sos pasta yang panas.Ini pasti lebih
menyelerakan kerana dimakan ketika panas. Taburkan atas pasta anda dengan keju
parmesan bagi menyemarakkan lagi selera anda.

pasta ni bermacam jenis....
ReplyDeletesuka try, boleh tau sedap tau tidak.....
info yg bagus Wani.......
Maseh sebab kalau takde entri ni, sampai ke sudah tak paham ape al dente itew akaka...
ReplyDeleteSalam rindu Wani...
ReplyDeleteRindu sgt2 dgn dunia blogging yg telah mama tgglkan beberapa bln yg lps... diharap Wani sihat jgk :)
Waw..info yang menarik tu....
ReplyDelete