Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Tuesday, August 28, 2012

AYAM GORENG BUNGA KANTAN

ASSALAMUALAIKUM.....



salam semua, hari ni rasa dah macam lalui hari-hari macam biasa la pulak.. sebab mood raya tu dah semakin merudum walaupun bulan ni masih Syawal...yang mana yang masih menyambut raya tu SELAMAT HARI RAYA..wani ucapkan, lebih-lebih lagi cuti panjang dalam masa terdekat ni .. pasti banyak open house sana sini..Orang lain dah berderet cerita pasal kisah hari raya.. waninya belum nak bercerita lagi.. nak bercerita pasal menu yang dah lama betul tertunggak ni.. tengok dalam folder berderet-deret lagi nak tunggu Q masuk blog... alahai sungguh keciputan masa nak mengupdate blog...ayam goreng bunga kantan ni dah lama wani buat ..ada kelainan jugak menu macam ni sampai kan adik wani cakap ..eh,,eh unique flavor la katanya.. memang sedap dengan gandingan bunga kantan tucuma capsicum tu wani tak letak. ikut ada bahan kat dapur je. terima kasih ibundo berkongsi resepi yang senang ni.. kalau wani la next time nak guna tulang temulang pulak..hihi kalau isi-isi ni pun family ni kurang sikit nak makan ...



AYAM GORENG BUNGA KANTAN
SOURCE: DAPUR IBUNDO

BAHAN-BAHAN:

4 ketul dada ayam dihiris kecil memanjang
2 ulas bawang merah dihiris nipis
2 ulas bawang putih dicincang halus
1/2 inci hali dihiris
1 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 kuntum bunga kantan di potong kasar
2 biji bawang besar dipotong kasar
1 biji kecil capsicum hijau
1 biji kecil capsicum merah


CARA-CARA:
Panaskan minyak.  Tumis bawang merah, bawang putih dan halia.  Apabila naik bau, masukkan ayam.  Goreng sehingga airnya kering.  Masukkan sos ikan, serbuk kunyit, bunga kantan dan garam.  Gaul. Akhir sekali masukkan bawang besar dan capsicum.

4 comments:

  1. Simple je resipi ni, tapi kakpb jarang ada stok bunga kantan dlm peti, melainkan kalau nak buat laksa je...
    Selamat hari raya wani..

    ReplyDelete
  2. Looks absolutely delicious dear! I love bunga kantan..:)

    Selamat Hari Raya dear!

    ReplyDelete
    Replies
    1. very yummy love !! selamat hari raya to you too =)

      Delete
  3. mesti wangi ada daun kantan ..suka sgt masakan yg ada daun kntan nie..yummy:)

    ReplyDelete