Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Monday, July 30, 2012

'Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blogging Kita Semua, Ya, Gitew,:D.JAWAPAN SOALAN KUIZ TERKUMPUL 26-30

ASSALAMUALAIKUM.......



untuk penyertaan kuiz ni pun dah lama tutup dan tarikh tutup kuiz ni pun adalah esok 1 OGOS tepat jam 12 malam. dengan tidak melengahkan masa wani cuba nak mengarang bagi kuiz nombor 26-30 .dah  lama wani tak mengarang ni .. mengarang pun zaman sekolah rendah, zaman sekolah menengah dan zaman uni.dah tak ingat dah format-format karangan... opssss..hihi.. bila kak sha suruh jawab untuk soalan terkumpul dari 26 - 30.. dan buat karangan pendek lepas tu siap publish lagi dekat blog ..terasa malu pun ada takut ada yang senyum saja, senyum jeling-jeling ke  atau ketawa kuat-kuat aduh malu tu...tapi kak sha jangan suka kuat-kuat tau .ketawa kecil-kecil je.. :D.bila baca karangan wani ni.. adeh berdebar macam nak bagi cikgu periksa karangan lak.markah 20/20 pulak tu.  tetapi disebabkan semangat yang kuat untuk hadiah yang berbaloi-baloi.. wani  harungi jugak cabaran ini.. hihi..



JAWAPAN SOALAN KUIZ NO 26: http://shashasuka.blogspot.com/

Blog yang diberi tema "HANYA SEKADAR HOBI...... ITU SAHAJA" adalah salah satu di antara 5 blogs kepunyaan Shahriah Abdullah. kalau menjengah ke blog ini, maka semua pembaca dapat tahu perwatakan, personaliti, keperibadian beliau . errr biasalah dah nama bergelar wanita. mahu kelihatan cantik, mahu dibelai, mahu shopping mahu itu , mahu ini dan apa -apa ajelah apabila membabitkan wanita... kak sha tidak lokek untuk berkongsi semua hobi beliau dengan pembaca semua. dengan tip-tip dan petua yang menarik  yang membabitkan masalah wanita zaman sekarang. apa dia ?? iaitu awet muda ngeeee!!!!. terserlah keayuan kak sha dengan produk-produk yang beliau pakai dari hujung rambut ke hujung kaki..serius ni kak sha wani puji hiiiiii  ...senyum lebar-lebar jap..  ^_____^. banyak lagi hobi-hobi yang menarik yang beliau kongsikan dengan pembaca semua seperti shopping, aksesori rantai, suka handbags,suka jaga kulit muka, suka tengok wayang dan macam-macam lagi. tapi dalam banyak-banyak hobi tu yang paling wani berkenan sekali ialah koleksi make- up hiii. sesuai la dengan motto kak sha "TAK CUBA TAK LER TAHU" oooo patutlah bila dah dicuba memang dah jadi satu hobi buat kak sha dan tunggu banyak lagi hobi-hobi terbaru kak sha yang bakal menyusul ya.



JAWAPAN SOALAN KUIZ NO 27: http://shahriahnovelis.blogspot.com/

SERIBU RINDU UNTUKMU, KAU MAWARKU, CINTA NAJLA adalah di antara 8 daripada karya hasil dari penulisan SHAHRIAH ABDULLAH. karya beliau yang terbaru dalam pasaran adalah KERANA SEBIJI EPAL yang hangat di pasaran. dan satu buku resepi "SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH" .Blog ini memaparkan kesemua kisah suka duka perjalanan kak sha dalam menghasilkan karya-karya beliau yang semestinya mendapat perhatian peminat-peminat novel.  Bukan senang nak menjadi seorang penulis. Alhamdulillah berkat kesabaran, doa, usaha, dan pengorbanan,  kak sha berjaya menghasilkan 8 buah novel setakat ini. sebenarnya Wani kagum dengan status orang yang bergelar penulis.bukan senang nak mendapat ilham dalam memulakan sesuatu penulisan lebih-lebih lagi dalam menghasilkan sebuah buku. kepada sesiapa yang masih belum mendapat karya beliau boleh  dapatkan di pasaran dan juga tidak lupa buat peminat di luar sana yang merindui beliau semasa cabaran dalam gelanggang MasterChef boleh la mendapatkan buku resepi terkini beliau ..nampaknya,wani dah jadi promoter pulak. ^^.apapun wani doakan yang terbaik buat kak sha dan teruskan berkarya.



JAWAPAN SOALAN KUIZ NO 28: http://shahriahnovelisresipe.blogspot.com/

"THE WRITER'S COOKING" siapa cakap penulis tak boleh masak.!walaupun dalam fikiran asyik nak mencari ilham dalam berkarya. beliau tidak lupa juga mencari ilham dalam memasak. ya kan kak sha. inilah buktinya. cuba tengok di blog beliau.. berderet-deret resepi yang telah beliau kongsikan dengan pembaca semua. tidak kira dari masakan barat hinggalah ke masakan melayu dan dari yang senang hinggalah yang susah pun ada  .. tidak lupa juga perkongsian tip-tip dan petua-petua apabila berada di dapur untuk suri rumah dan juga untuk wanita bekerjaya di luar sana. Bukan senang seorang wanita yang bergelar seorang ibu, seorang isteri dan juga seorang penulis dalam melaksanakan tanggungjawab untuk mengharmonikan keluarga bahagia. Ini dapat dibuktikan apabila tiada apa-apa aktiviti di luar,di rumah pula, penulis ini akan  menjadi seorang isteri dan ibu melakukan kerja-kerja rutin harian seperti memasak untuk keluarga tersayang. penulis ini juga yang amat meminati dunia kulinari ini juga telah menghasilkan sebuah buku resepi yang berjudul "SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH" untuk berkongsi dengan peminat di luar sana.



JAWAPAN SOALAN KUIZ NO 29: http://heartofshahriahnovelis.blogspot.com/

Kali pertama membaca blog yang diberi nama "TRULY ME" apabila kisah kenangan dari gelanggang Masterchef Malaysia kak sha dikongsi dengan pembaca semua. seronok membacanya yang hakikatnya kita tidak tahu tentang di sebalik tabir Masterchef Malaysia musim pertama tahun lepas.Tetapi semuanya telah didedahkan oleh kak sha di blog ini apa yang kita tidak nampak di sebaliknya. bukan senang nak shooting,lebih-lebih lagi kalau jakun tak pernah rasa nak berdepan dengan kamera.hihi.. Blog ini banyak mengisahkan tentang keluarga kak sha, kiranya sebagai satu coretan atau kenang-kenangan yang boleh dikongsi dengan pembaca semua. dari pemerhatian wani, walaupun hanya berhubung di alam maya, wani dapat rasa yang kak sha ni seorang wanita yang penuh dengan sifat keibuan dan mengambil berat tentang keluarga lebih-lebih lagi apabila membabitkan anak-anak. dan juga seorang wanita yang ceria-ceria selalu sesuai la dengan motto beliau seorang yang " HAPPY GO LUCKY PERSON".



JAWAPAN SOALAN KUIZ NO 30: http://cuticutishahriahnovelis.blogspot.com/

TRAVEL &  ADVENTURE FUN VACATIONS AND BEST MAKAN SAKAN!.itulah nama tema yang diberi bagi blog kepunyaan seorang novelis dan juga nama yang tidak asing lagi dalam gelanggang Masterchef Malaysia musim pertama tahun lepas iaitu SHAHRIAH ABDULLAH.  rupanya kak sha memang suka travel, lebih-lebih lagi dengan keluarga tersayang lagi bertambah rapat jalinan di antara ahli keluarga. sekali- sekala melabur duit apa salahnya kan bukan selalu.. sesuai la dengan motto di blog ini 'PERCUTIAN BUDGET TETAPI CUKUP MENARIK! JIMAT BELANJA JANJI PUAS HATI !!! " .. eh apa taknya tak puas hati memang puas hati ler.... pengalaman yang tidak dapat dibayar dengan duit ..hanya kita seorang je yang dapat merasai, menikmati pengalaman tersebut  iya kan.. dan dikongsi dengan orang lain.. kita tak pergi pun dapat rasa pengalaman tersebut walau hanya main imaginasi je :D... bila baca blog ni dengan gambar-gambar yang menarik,wani dapat rasa keterujaan , kejakunan, kegembiraan yang terpancar di mata kak sha dan juga keluarga beliau .. jalinan keluarga lagi bertambah rapat.  bila kita mengembara tempat orang, luaslah pemandangan ... bukan setakat luas pemandangan, tapi perut pun sentiasa je lapar dan perlu diisi sebelum misi pengembaraan seterusnya .. ya tak kak sha? hihi  jadi kena la banyak meneroka restoran-restoran yang asing dan tidak asing lagi di seluruh Malaysia ni..  inilah bahagian yang wani suka sebab wani suka baca kisah pengembaraan terutamanya pasal BEST MAKAN SAKAN hihi..Semuanya sedap dan menyelerakan. kalau kita perhatikan sudah banyak lokasi-lokasi menarik yang telah beliau jejaki.. mana lagi kalau tak ke Sabah, Indonesia,Melaka dan  yang best sekali wani suka bila baca pasal adventure di USS Universal Studio Singapore. mau tergelak je sepanjang membaca :D.kepada sesiapa yang nak travel tu boleh la singgah blog sini dulu buat jadi rujukan kan..

ok dah siap semua karangan .mudah-mudahan kak sha baca dengan elok-elok .. wani serahkan segalanya kepada kak sha untuk menilai :)) ..




2 comments:

  1. Ass'kum Wani cayanggg wow!!!! tak berkelip akak baca karangan Wani ni tau.. sungguh menyetuh jiwaku ini... hadoii terima kasih adik wani cayang.. cayang dia ketat2 sangat... cikgu tengah bagi markah ni hehehe... tq so much!

    ReplyDelete