Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Saturday, July 21, 2012

AIR NENAS

ASSALAMUALAIKUM ........



Alhamdulillah sudah  masuk hari pertama untuk berbuka puasa satu Ramadan ni..  sana sini ramai wani tengok ada tayangan  menu  yang menarik untuk berbuka bersama keluarga tersayang.. wani pun tak ketinggalan jugak cuma masak yang ringkas-ringkas je ..ayam masak merah dan perut rebus air asam.. kalau time berbuka puasa memang tak ketinggalan menu yang masam-masam sikit baru la masuk selera anak tekak.. hihi .. bonda wani dia cakap nak buat pengat durian makan dengan pulut.. wani serahkan kat dia lah....lagipun murah rezeki hari ini ..lewat tengahari tu aunty mama wani bagi acar umbuk kelapa sawit. masih panas lagi masa sampai rumah .. lepas tu tengah-tengah sibuk kat dapur lewat petang tu.... jiran depan rumah datang bagi buah rambutan pulak ..Alhamdulillah,, rezeki satu Ramadan.. sebenarnya nak tayang air nenas yang wani buat sebelum puasa lagi ni ...tapi boleh recommendkan untuk buat hidangan minuman berbuka puasa.. cuaca panas-panas gini .. memang air macam ni jadi rebutan ... wani ambil dari dapur kak nor ... terima kasih kak nor .. walaupun ringkas macam ni.. kalau orang tak tahu resepi pun tak boleh nak buat jugak betul tak .. ^____^  jommm tengok resepi ya




AIR NENAS 
SOURCE: KAK NOR@SECUBIT GARAM  

sebiji nenas - dipotong kiub kecik2
1 1/2 cawan gula
1.5 liter air
3 helai daun pandan
sedikit pewarna kuning

Campurkan kesemua bahan kecuali pewarna dan masaklah hingga mendidih.
Masukkan pewarna dan masak lg hingga sedikit pekat hingga menjadi air gula.
Biarkan sejuk.
Bila nak minum, masukkan sebahagian air gula nenas dan juga nenas ke dalam jug.
Masukkan air masak dan ais.
Rasalah kemanisan air ni mengikut selera masing2.
Siap!


5 comments:

  1. salam wani, sedap tu air nenas time berbuka.. sejuk masuk anak tekak.. mekasih sudi mencuba ya.. :)

    ReplyDelete
  2. Selamat pagi Wani,
    sedapya dapat segelas air nenas buatan sendiri!

    ReplyDelete
  3. selamat berbuka puasa wani...kita pernah cuba air ni tapi tak menjadik le...tekak habis gatal..hehhehe

    ReplyDelete
  4. pepagi tgk air nenas tu sedap pulak..he hee slamat berpuasa wani:)

    ReplyDelete
  5. Salam ramadhan dan selamat berpuasa buat Wani sekeluarga. Menarik nampak air nenas tu, jrg jumpa kat pasar ramadhan

    ReplyDelete