Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Wednesday, June 13, 2012

UMRAH & ZIARAH 2012 DI MEKAH AL-MUKARRAMAH ( PART 1 )

ASSALAMUALAIKUM.......

gambar ni diambil masa hujung minggu di Mekah sebelah malam .. di tingkat 2 ..inilah the best view wani ambil dari banyak2 gambar wani snap.   ... memang terlalu ramai umat manusia macam dah jadi musim haji. bila cuti hujung minggu, ramai  penduduk arab Mekah tempatan sini datang..

FIRMAN ALLAH DARI SURAH AL-BAQARAH AYAT 196: " DAN SEMPURNAKANLAH IBADAH HAJI DAN UMRAH KERANA ALLAH".

Alhamdulillah dengan izin Allah, wani dapat kembali menaip di blog kesayangan wani ni..dah lama blog ni menyepi tanpa khabar dan berita ...kerinduan wani dah dapat terubat bila dapat tengok balik blog ni..dah hampir sebulan rasanya blog ni menyepi.. sebulan ke.. tak tengok bila last entry wani postkan...   apa khabar semua kawan-kawan yang dikasihi sekalian..diharap semuanya sihat walau di mana sahaja kawan-kawan maya wani  berada...kesibukan yang melanda membuatkan wani terbatas nak mengadap blog..lebih-lebih lagi bila modem internet buat hal. dan last hari sabtu sebelum flight wani keesokan hari ahad tu kat rumah wani ada majlis solat hajat ..  Alhamdulillah sekali lagi  wani dan kedua ibu bapa wani baru sahaja pulang dari menunaikan umrah ke Mekah baru -baru ini ...cuti persekolahan yang berlangsung selama 2 minggu baru - baru ini, wani mengambil peluang untuk menunaikan ibadat umrah bersama kedua ibu bapa wani.dah tengok gambar tu kan kat atas.. wani letak gambar dulu :))...begitulah suasana di Baitullah pada hujung minggu


 wani bertolak pada pukul 11.55 tengah hari pada hari Ahad 27/5 /2012 ..sampai je dekat KLIA hampir pukul satu tengah hari ..rehat sekejap untuk solat jamak  dan seterusnya penerbangan ke Saudi Arabia pada pukul 4 petang mengambil masa 8 jam ... nak jamah makanan tengah hari pun tak sempat .. tengok orang lain lalu je makan, tapi wani tak lalu nak makan ...takut jugak kalau perut ni meragam atas flight nanti ..wani makan biskut kering je...wani sampai ke airport Jeddah  pada pukul 7 malam waktu sana...letih tak usah nak cerita .Allah sahaja yang tahu...memang terlalu letih. hampir sejam duduk kat airport jeddah sebab tunggu mutawwif ( ketua ) untuk selesai segala urusan.. seterusnya nak dekat pukul 10 malam  lebih wani dan jemaah lain bergerak untuk masuk ke Kota Mekah saja dengan menaiki bas.sampai rasanya makan masa dalam 1 jam setengah untuk sampai ke hotel penginapan..setelah check in masuk bilik dan makan serta rest sekejap,, pada pukul 2:30 pagi , semua jemaah kena mula berkumpul di luar lobi hotel untuk sama-sama pergi ke Masjidil Haram untuk melakukan Tawaf dan Saie sebab  sebelum sampai di airport Jeddah, semua jemaah dah kena berniat untuk berihram sebelum masuk ke tanah haram Mekah semasa tengah dalam flight lagi.Alhamdulillah  wani selesai semuanya nak dekat pukul 7 pagi untuk satu umrah. bayangkan dalam 2 hari perjalanan untuk sampai ke Kota Mekah,walau badan ni sudah teramat letih, pengorbanan yang dilakukan amatlah berbaloi.. cuma ibu wani keletihan yang amat sangat, sebab kedua-dua betis dia terasa lenguh sebab banyak kena jalan..  memang ibu wani kalau jalan jauh sikit dia cepat sakit kaki..


selama 2 minggu wani berada di sana dan   wani selamat kembali sampai ke tanah air Malaysia tercinta pada 7 / 6 / 2012... pada pukul 9:30 malam tak silap.. di KLIA... dan seterusnya wani kena tunggu penerbangan domestik untuk pulang ke Kelantan pada pukul 5: 30 pagi ..kata 5: 30 pagi nya tapi  lepas siap check-in semua hampir pukul 8:00 pagi baru naik flight ..  walaupun diri ini masih tidak sihat last 3 hari terakhir semasa berada di sana wani dah mula batuk-batuk ...sampai la ke hari ini .. ini pun masih berharap nak minum ubat batuk cap ibu dan anak .. kalau tak reda lagi .. nampaknya wani kena pergi klinik huhu... sebelum ni pun semasa hari ketiga ,tak silap semasa wani berada di Mekah, wani dah mula selsema dan sakit tekak ...lama-lama tu sampai hidung wani berdarah..bukan wani sahaja ..ada jemaah lain juga  yang macam wani .. mungkin sebab perubahan cuaca kat sana yang amat panas. sampai la hari terakhir nak balik masih tak sembuh-sembuh, tapi wani sabar je dengan ujian Allah berikan ... bila kita dah bersedia nak ke sana .. kita kena reda dan sabar  dengan ujian yang Allah berikan.sebenarnya banyak lagi nak bercerita,,, kenalah stop kat sini dulu .. selagi memori masih lagi ingat dan selagi tangan ini berupaya lagi untuk menaip ... wani akan simpan semua pengalaman wani  kat sini...

7 comments:

  1. patutlah dah lama tak nampak entry kak wani...buat umrah rupanya..kalau tak silap kak ita masam manis pun macam ke sana juga. tak jumpa dia ke? hihihih...macam la kecik tanah arab tu ye dok? apa pun, nani doakan kak wani cepat2 sembuh, boleh letak entry panjang2 lagi. dah rindu betul nak dengar celoteh kak wani ni.

    ReplyDelete
  2. Wani pergi umrah rupanya.....hrp dah baik batuk tu ye. Sernok kat sana kan? Akk pergi thn 90an dulu, teringin nak haji pula...insyaallah.o

    ReplyDelete
  3. As'Kum Wani.. selamat pulang.. Syukur Alhamdulillah selamat dah semuanya yaa.. bertuahnya Wani.. berehatlah secukupnya yaa.. jaga diri..

    ReplyDelete
  4. As Salam Wani...
    Allhamdullilah slmt pulang :)
    Mmg memenatkan tapi rasa2 amat berbaloi.. Bertuah muda2 dpt kesana...
    jaga diri.. mmg cuaca disana berbeza sekali byk2kan minum air suam Take care!

    ReplyDelete
  5. Alhamdulilllah..seronok dengar cerita org berpeluang pegi kesana...patut la sunyi je...moga cepat sihat ye wani..:)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah Wani dah kembali tentu sangat rindu utk kesana lagi kan!! siapa yg pernah kesana pasti minta dimurahkan rezeki utk pergi lagi begitu jugak dgn akak semoga Allah murahkan rezeki dan kesihatan yang baik insyaallah

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah dah selamat balik yer wani semoga mendapat umrah yang mabrur..insyaAllah. banyakkan berehat..akak pun rindu juga nak ke sana lagi dah setahun juga masa berlalu last akak pergi bulan 5 thn lepas. semoga diberikan peluang lagi utk kesana..hati sgtlah rindu utk kesana lagi.

    ReplyDelete