Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Friday, June 29, 2012

LOTUS ROOT CHIPS / SNEK AKAR BUNGA TERATAI

ASSALAMUALAIKUM......



lama sikit blog ni menyepi lepas last entry .seperti biasa lah masalah line ...nak tayang entry tertunggak .. Pernah makan kerepek akar bunga teratai tak.. mula-mula wani ingat akar bunga teratai ni macam bunga teratai yang kita tengok dalam tasik sini kat Malaysia.. lepas tu bila dapat tahu akar bunga teratai spesis ini sebenarnya hidup dalam tanah berlumpur seperti yang terdapat di Negara China dan Jepun..bukan bunga teratai dekat Malaysia ya.. entah betul ke wani cakap sebab mak cakap macam tu dia cakap akar bunga teratai sini mana ada ketak-ketak macam tu  hihi.. tetapi akar bunga teratai ini kebanyakannya banyak menjadi menu dalam kebanyakan masyarakat cina.lebih-lebih lagi mereka ada kepercayaan sendiri terhadap bunga teratai..  Kegunaan pokok bunga teratai banyak manfaatnya bukan sahaja akar malah semua bahagian batang, bunga teratai dan biji-biji sekali …kalau tengok dalam kolam bunga teratai alahai comelnya bunga pink..bagai puteri sedang berendam dalam air sebab bunga nya kembang cantik.. aha..

Dah terpanjang cerita pasal akar bunga teratai, memang wani dah lama sangat nak beli akar bunga teratai ni ..tetapi memandangkan susah sangat nak dapat sebab kalau nak  pergi beli barang dapur mesti wani pergi dekat mydin je .. bila tiap kali pergi mesti tak ada .. tetapi tengok sekarang ni macam berterusan ada pulak …masa tu , bila dah nampak aje terus grab …kadang-kadang wani ni kalau jenis sayuran yang wani tak pernah masak pun wani nak cuba jugak.. tapi last sekali akar bunga teratai tu dah dijadikan kerepek goreng-goreng je.. uihhh sedap jugak kalah kerepek ubi kayu hihi.. wani saja nak cuba goreng buat jadi snek.. semua orang kata sedap..cara dia simple je potong kedua-dua belah pangkal tu sikit dan  buang kulit dia tu dan hiris nipis- nipis better guna slicer lagi bagus ..tapi orang cakap kalau lagi tebal sikit lagi sedap nak mengunyah .. kalau wani la nak crispy macam ni la sedap.. entah lah terpulang atas citarasa masing-masing. kalau guna pisau lambat kerja dan sudah tentu potongan tak rata..wani rendam sekejap dalam air yang diletak beberapa sudu cuka makan untuk mengelakkan akar bunga teratai tu berubah warna sebelum digoreng. Lepas tu goreng la macam biasa .. tapi jangan terlebih goreng bila dah nampak browning muda-muda gitu terus angkat nanti bila dah naik masuk pinggan.. dia akan jadi lagi browning la.. kalau nak letak garam selepas digoreng atau apa-apa perisa terpulang tapi wani suka makan gitu je ..sedap !!!



7 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian resepi yang sedap ni Wani, kami memang biasa makan sup akar teratai, akar teratai goreng, biji teratai pun biasa juga tapi kerepek belum pernah cuba.

    ReplyDelete
  2. Saya pernah beli kat jepun ni tp x boleh goreng sbb basah tak garing. Hehe.. Ke saya salah sayur. Tp
    Mmg rupa nilah. Frust jugk masa tu.

    ReplyDelete
  3. Salam Wani...terbaik punya snek kerepek..wajip cuba ni..

    ReplyDelete
  4. baru tahu akar teratai boleh buat kerepek mcm ni.

    ReplyDelete
  5. Salam wani..lama tk menjenguk ke sini...tak pernah lg akak makan kerepek lotus ni..selalu nya lotus ni akak wat sup atau lemak cili api...teringin akak nak rasa kerepek ni..kruppp krapppp sedap dimakn sambil tgk tv..

    ReplyDelete
  6. tak pernah makan lagi kerepek akar bunga teratai..

    ReplyDelete