Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Sunday, June 17, 2012

KARAMEL KEK UNTUK HARI JADI BONDA

ASSALAMUALAIKUM.......


bila tengok kawan-kawan lain asyik postkan entry masakan .. hati wani ni tak keruan terasa nak postkan pasal entry masakan jugak..tapi memandangkan nak buat dulu pasal entry umrah wani kat sana ..wani tinggalkan dulu pasal entry masakan.. dah bertambun dah picture dalam folder ni yang tak sempat wani postkan ... wani takut lupa pulak pasal gambar-gambar tu semua dan ceritanya.. tapi kali ini wani stop dulu pasal cerita tu pada lain masa wani akan sambung  .. wani nak bercerita pasal karamel kek yang wani buat untuk hari jadi bonda bulan lepas hihi ..dah sebulan berlalu .. tanggal 13/5 bulan lepas adalah hari jadi bonda wani... wani sebenarnya kesuntukan masa tak tahu nak buat apa ..bonda cakap tak kisahla kek apa-apa pun..  wani bila bonda dah requestkan macam tu .. dah tak tentu hala dah ni .. fikiran nak buat apa la ... nak main kek yang dengan aising bagai .. wani tak reti sangat .. la lagi tapi at least kalau kek yang ada aising yang dihias-hias ni wani kena study dulu resepi kek tu.. takkan tiba-tiba nak buat ..kang tak jadi nanti.. huhu.. jadi wani ambil alternatif lain tak apalah kita buatlah kek yang dah biasa kita buat .. jadi, ini kek karamel wani yang ketiga dah wani buat dan untuk yang pertama bagi tahun ini...seingat wani dulu ramai orang trauma buat kek ni ..



projek buat kek karamel ni wani buat masa malam.. tak pernah wani buat kek malam.. lebih-lebih lagi nak asing bab telur... biasanya wani buat sebelah siang .. sebab masa semput .. terpaksa kena buat malam .. kalau sebelum ni tak pernah wani terpecah kuning telur bila nak asing putih telur  tu tapi malam tu terpecah 1 biji telur kuning .. nasib baik sebiji je ... alhamdulillah menjadi la eloknya .. kerunsingan jugak .sebab jarang-jarang buat kek ni... cuma bonda komen .. ada setengah warna adunan dalam kek tu tua sangat ... dan makan ada sikit terpahit ..la .. nak buat macam  mana bonda ,wani buat malam tu mata dah kuyu sambil buat hihi. wani ada perasan jugak lepas bonda cakap tu  .. wani ada kacau adunan warna yang tak berapa sebati.. sebab nak cepat-cepat kan.. tapi tak apalah asalkan keknya menjadi ...kek karamel kali ini wani buat tompok-tompok pulak tak buat belang -belang .. tapi tak boleh nak potong dan tengok macam mana kat dalam.. sebab bonda wani bawak pergi sekolah jamu kawan-kawan dia makan..  resepi ni seperti biasa wani ambil dari blog kak ita ... wani turut step by step cara dia ...cuma sukatan gula tu semua wani kurangkan 50 gm.terima kasih sekali lagi...

KEK KARAMEL STEP BY STEP

Gula Hangus

2 sudu besar gula pasir ( wani guna 11/2 sudu besar je )

Sediakan loyang 8 inc.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras

Bahan Karemel
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.

Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder


Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.

Merinque 
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.
Kemudian tuangkan ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.


Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.

Jika menggunakan loyang yg berpatri. Jangan lupa untuk balut dasar loyang dengan kertas aluminium untuk mengelakkan air masuk dalam adunan kek.
Atau letakkan tapak pada loyang air panas untuk mengelakkan air masuk dalam loyang.

Jika menggunakan oven gas kedudukan loyang air panas di letak di bahagian bawah dan loyang kek di sebelah atas. Ini adalah seperti yang di ajarkan oleh kak Zuriani.

10 comments:

  1. Kek ni la yg dah terbayang kat mata akak nak buat, tapi tak buat2 jugak. Mungkin minggu ni angin rajin sudah mari sb dpt hadiah dr cikgu fahmi...hehe..

    ReplyDelete
  2. jeles nengok wani dh pro wt karamel nie,saya nie masih lg x pandai2 nk wt tang karamel tu asyik fail2 je....bila dh fail ,jd malaslah nk wt lg....

    ReplyDelete
  3. salam rindu wani, lama akk xjenguk dapur wani ye...kek ni mmg sedap, akk rasa semua org suka kek ni...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Wani,
    Rindunya kat Wani, lama tak dengar khabar, baru perasan Wani pergi umrah, alhamdulillah. Harap Wani dah sihat sepenuhnya ya. Dah elok nampaknya kejadian kek karamel Wani tu, congrats...

    ReplyDelete
  5. As'kum Wanie.. wahh cantik dan sedap sehingga kecur aje ni.. :)

    ReplyDelete
  6. cantiknye kek karamel tu...sempurna kejadiannye...

    ReplyDelete
  7. Kalau puding karamel memang selalu buat, tapi kalau dah ada keknya memang belum berani cuba... tahniah atas percubaan Wani yang sememangnya menjadi!

    ReplyDelete
  8. kak wani.nani dah lama tak buat kek ni. tahun ni macam belum buat lagi. hihih...besday mak kak wani sama macam besday nani la. pasni leh celebrate sama2, heheh

    ReplyDelete
  9. kek karamel ni memang sedap...akak pun suka mkn. dah lama tak buat..terliur lak tgk ni..hehe

    ReplyDelete
  10. kita dah lama tak buat kek ni...tunggu raya kalau rajin..hahahah

    ReplyDelete