Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Wednesday, May 2, 2012

RICH MARBLE CHOCO CAKE SHEILA MAMBO

ASSALAMUALAIKUM....


semalam hari pekerja so blog pun bercuti jugak ^___^... sebelum wani lupa ,, terima kasih banyak-banyak di atas komen-komen untuk entry sebelum ini... buat teman-teman ,,terharu wani bila membacanya...insyaAllah wani akan terus berkongsi apa sahaja dekat blog ini especially dunia masakan lah kan.. wani hanya memasak hanya memenuhi selera keluarga .soal jadi ke tak jadi ke itu soal kedua yang penting wani enjoyed untuk memeriahkan dunia masakan ,, hahah dah macam berucap kat public :D... lately ,,susah rasanya nak online siang hari .. kena online malam, baru lapang sikit masa .. masa tu pun tenang je .. lepas selesai semua kerja boleh la nak online ... lagipun browser firefox sejak terupgrade yang baru macam lambat loading la pulak .. itu la kemalasan sikit .. adoi nak pergi jalan-jalan kat dapur orang pun susah... tapi tak apa wani akan cuba ....oklah tidak melengahkan masa ,, ini resepi yang wani akan kongsi .. tengok blogger2 lain dah ramai yang buat ...wani pun tak ketinggalan nak mencubanya .... alahai kek wani tak berapa nak cantik dah banyak derhaka kot ni .. yang pasal gula tu wani pergi terletak gula perang .. tu yang jadi keperangan kek tu.. satu lagi kat atas tu cam tak sama je ..tengok orang lain buat comel je ..  tak apalah.. apapun sedap kek ni :))..terima kasih untuk semua yang berkongsi ..wani share kat sini ya ... wani tengok kat blog Noorsha tapi wani copy paste dari rumah kak nor ya ...


RICH MARBLE CHOCO CAKE SHEILA MAMBO
SOURCE 1:NOORSHA BLOGSPOT 
SOURCE 2 : KAK NOR @ SECUBIT GARAM

Bahan-bahan :-
125 gm dark coklat, dicincang dan dicairkan
125 gm mentega
125 gm gula kastor>>cuma 115g jer
2 bj telur, dipukul ringan
155 gm tepung naik sendiri
80 ml susu cair [saya guna susu segar]>>yg ni pun kita guna fresh milk
1/2 sdt esen vanila

Cara-cara :-

  1. Panaskan oven terlebih dahulu.
  2. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
  3. Masukkan telur sedikit demi sedikit dan esen vanila. Pukul lagi.
  4. Tuang susu dan selang seli dengan tepung. Gaul adunan sehingga sebati. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  5. Satu bahagian dimasukkan dark coklat yg telah dicairkan. Manakala satu bahagian dibiarkan kosong.
  6. Griskan loyang. Tuang adunan plain diikuti adunan coklat. Lakukan sehingga habis kesemua adunan. Lorekkan dgn garfu atau toothpick untuk menampakkan corak.
  7. Bakar pada suhu 170'C selama 45 minit atau sehingga masak.
  8. Sejukkan dan bolehlah dihias dengan topping.
Nota :- Saya cairkan coklat guna kaedah mikrowave, sebab tu cepat. Ikut resepi asal ada toppingnya tapi saya tak minat nak bubuh sebab kek ini dengan sendirinya dah cukup sedap. Selamat mencuba!


** utk makluman K.Nor dikemudian hari:
utk 2 adunan
gula ~190gm
tambah 1 sudu kecil ovellate
lebihkan sedikit utk adunan plain




9 comments:

  1. SAlam Wani... wahhhh rajinnya buat kek.. nampak sedap naa tu.. nak separuh boleh tak hehhee

    ReplyDelete
  2. wani..sob sob...awak pun ada masalah dgn mozila yg baru ni ye...aduiii...akak nye pc lagi teruk...dia bahagian yg atas tu tak leh nak klik..kalau kat blog kan..bahagian nak ke dashboad kat atas belah kiri tu tak bleh klik...hilang fungsi..huhuhu..terpaksa la guna google crome....memang geram je....tah bila la dia nak o.k balik ni..huhuhu

    anyway...sedap nya kek..kita dah lama tak buat...huhuhu...tak dek org nak makan...huhuhu

    ReplyDelete
  3. salam wani cyg
    cantik la corak tu kita suka..nak separuh jgk mcm sha tue..:)

    ReplyDelete
  4. salam Wani, eloklah hantarkans sikit akak pagi baru dtg dpt jadi kawan dengan kopi akak ni ekk sedap tu nampaknya hehe

    ReplyDelete
  5. asslm Wani..sedap nmpk kek tu...kejadiannye pon sempurna..

    ReplyDelete
  6. Wani,cantek sangat corak kek tu..suka Rahel tengok..mesti sedap kan..

    ReplyDelete
  7. wani..salam sayang salam rindu..lama akak tak bertamu ke sini..busy memajnjang..skg ni ada la sikit masa terluang..blog tu pun sekali sekala je ter update..hahaha..
    cantik je kek marble wani ni..mesti sedap makan waktu petang lepas balik kerja dengan segelas kopi waaa nakkkk

    ReplyDelete
  8. Salam Wani...lama tak jalan cni...wah sedap nampak kek ni...bolehlah masuk list to try

    ReplyDelete
  9. Salam Wani,
    Cantikla kek marble tu, akak tau rasa dia pun sedap sbb akak dah pernah buat hehehe

    ReplyDelete