Resepi Tofu Bawang Putih Dan Jejari Ketam

ASSALAMUALAIKUM......

dah lama rasanya tak buat menu tofu ni.. bila dah last buat.. tapi bila time nak beli je dok fikir ku nak masak apa dengan tofu ni..lepas tu tak jadi ambil.. memang wani peminat tofu tapi kalau tak tahu idea nak masak apa dengan tofu ni selain goreng tepung je memang susah wani nak fikir hihi ... bila ternampak dekat sky blue's kitchen oleh Diana buat menu tofu ni wani terus tertarik dengan bahan-bahan yang digunakan .. jadi hasilnya memang marvellous resepi ni .. nasib baik cepat je habis.. bila wani nak makan gitu je tengok kali kedua aikkk dah habis dah .. laku betul.. best makan saja pulak..sedap resepi ni ... jom kita tengok resepinya ya .. wani ambil dari dapur Diana...terima kasih sudi berkongsi :))


Resepi Tofu Bawang Putih Dan Jejari Ketam

Bahan - Bahan
4 bungkus kecil egg tofu _ dipotong bulat
250 gm jejari ketam _ dipotong kecil
Segenggam udang kering _ direndam dalam air panas dan dicincang kasar
1/2 inci halia _ dicincang
1 ulas bawang merah _ dicincang ( wani guna 2 ulas bawang merah )
6 ulas bawang putih _ dicincang
1 biji cili merah _ dibuang bijinya dan dicincang
2 tbsp sos tomato Maggi
4 tbsp sos cili Maggi
1/4 tsp serbuk cili
1/2 tsp perencah pati ayam Tumix
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Daun sup atau dau ketumbar _ dihiris
Cili padi _ ditumbuk ( kalau tak nak pedas jangan bubuh )
Sedikit gula
Garam secukup rasa


Cara - Cara 
1. Panaskan minyak dan goreng tofu hingga garing kekuningan. Angkat dan ketepikan.
2. Tinggalkan sedikit minyak didalam kuali / periuk dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga sedikit garing.
3. Masukkan udang kering, cili padi dan serbuk cili. Tumis lagi hingga garing.
4. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, perencah pati ayam, gula dan garam secukup rasa.
5. Masukkan jejari ketam dan masak seketika.
6. Akhir sekali masukkan tofu goreng dan cili merah cincang. Gaul perlahan.
7. Sesuaikan rasa dan tutupkan api.
8. Taburkan hirisan daun sup atau daun ketumbar semasa menghidang.
9. Hidang semasa ianya masih panas. 

Nota : wani letakkan sedikit air lepas semua sos-sos dicampurkan dan lepas letak crab stick semua tu .. tak nak dia bagi jadi pekat sangat .. kacau-kacau sebati sekejap lepas tu boleh la letak tofu tadi..

4 Comments

  1. salam wani, lama menyepi, bz ke? akk pun suka tofu ni tp akk panggil tauhu telur...sedap kan...

    ReplyDelete
  2. asslm Wani...nmpk sedap lauk tofu tu...mesti sedap ni mkn dgn nsi panas tghr td...

    ReplyDelete
  3. sukanya menu ni! tq share resepi. mesti cuba nanti. :D

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Wani,
    kalau dihidang tofu masak begini, rasanya boleh habis semangkuk makan begitu saja. sedapkan!

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post