KURMA AYAM KARISMA

ASSALAMUALAIKUM...........


panas terik membahang hari ni .. langit pun biru je .. kalau ada ABC campur depan mata .. sekejap je dah habis ni... dah lama tak makan ABC... hihi mood wani dah melayang jauh dahhh .. ooo harap wani tayang menu ni jangan jemu ya .. jamu mata la ni .. sebelum ni pun dah tayang pun .. ini kali kedua tayang .. mana tahu takut ada chef - chef blogger yang berkenan nak mencuba resepi ni .. kalau wani asyik ulang tayang maknanya menu ni tersangatlah sedappp...memang terbaik la kurma ayam ni ..kalau dulu tak letak tomato kali ni letak belahan tomato tu pulak ..   harap tuan-tuan dan puan -puan boleh la mencubanya.. macam ala kuzi pun ada sebab ayam ni digoreng terlebih dahulu...lagipun ada tumis guna daun pandan wangiii je kurma ni..  dan lagi satu kenalah elok-elok seimbangkan rasa masamnya manisnya macam tu lah ... boleh jugak kalau buat cicah dengan roti jala ..teringatkan roti jala.... dah lama tak menjala bila la ada mood nak menjala ..ok ya wani tempekkan sekali lagi kat sini resepinya ambil dari myresepi .. thanks ya datin !



KURMA AYAM KARISMA

Bahan-bahan ( 6 - 8 org/ikut permintaan juga )
  • 1 ekor ayam - potong/ cuci bersih/toskan
  • ayam di gaul dengan garam kunyit - goreng 3/4 masak
  • 4 paket kecil - serbuk kurma
  • *1 labu bawang besar
  • *8 ulas bawang merah
  • *5 ulas bawang putih
  • *2 inci halia
  • *1 inci lengkuas
  • *2 btng serai
  • *4 biji buah keras
  • bhn * dikisar halus
  • 3 @ 4 biji kentang - potong 4@6
  • 1 btng karot - dipotong menyerong sedikit tebal
  • 1 liter santan sedikit cair
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1 @ 2 biji tomato - belah 4
  • 2 labu bawag besar - dbelah 4
  • rempah 4 sekawan:
  • 1 @ 2 btng kulit kayu manis
  • 2@3 kuntum bunga lawang
  • 6 biji buah pelaga
  • 6 butir cengkih
  • 4 @ 5 helai daun pandan - dicarik kasar & simpul
  • 6 - 8 biji cili padi - potong 2 menyerong
  • 1@2 keping - asam gelugor
  • 3 cawan air panas
  • garam secukup rasa 

Cara-cara

  1. Panaskn 100ml @ 1 senduk minyak, tumiskn bahan kisar brsama rempah 4 sekawan & daun pndan hingga naik bau & sedikit garing.
  2. Masukkn rempah kurma (x prlu bncuh dgn air) & cepat2 kecilkn api. Gaul mesra kejap & masukkn 3 cawan air panas, biar seketika hingga pecah minyak - dikuti sos tomato
  3. Masukkn ayam, karot & kentang dikuti santan, cili padi & asam gelugor
  4. Agak2 sayuran kentang & karot sedikit lmbut, suairasa garamnye. akhir skali masukkn tomato & bwng besar...kecilkn api, 2 @ 3 minit aje...tutup api
  5. Selamat mncuba & menikmati hasilnye..
  6. *kurma ni lbih sedap jika dnikmati keesokn arinya, sbb rempah2 akan lbih terasa & serap dlm isi ayam tu (tpi sntiasa panaskn dgn api kecil)
  7. *sesuai jaga utk daging lembu/kmbing - tpi pastikn daging 3/4 msk@lmbut, bru masukkn kentang/karot 
NOTA:
untuk tumis tu, wani masukkan bahan tumis bersama dengan rempah kurma yang telah dibancuh dengan sedikit air sekaligus. tumis sehingga naik minyak.

2 Comments

  1. Cantiknya rupa kurma ayam karisma dia... memang berkarisma sebab bahan2nya pun panjang berjela... mesti sedap rasanya dengan pelbagai bahan yang digunakan.

    ReplyDelete
  2. patutlah rasa macam pernah dgr nama kurma ni...rupenye resepi datin lulu...suke nama2 resepi dia...heheh

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post