CENCARU SEKSI ( BELAH BELAKANG )

ASSALAMUALAIKUM.......


Jangan terpedaya bila dengar tajuk resepi tu ya.. seksikah hihi ....itu nama resepi asal.. wani dah  banyak buat olahan pasal resepi ni sebab wani tak goreng macam dalam resepi buat .. tapi wani bakar dalam oven. biasanya kalau resepi ikan yang nampak dibakar dalam oven pun boleh atau nak dipanggang pun boleh .. memang wani akan tumis bahan sambal tu sehingga masak ( naik minyak ) barulah dilumur atau sumbat pada badan ikan... ...wani tak pernah bakar ikan dilumur dengan bahan sambal yang tak dimasak terlebih dahulu .. apapun resepi ni  memang marvellous .. wani takut jugak takut wani seorang je kata sedap .. tapi bila mak ayah kata sedap .. wah memang bangga betul la .. berselera tengok bila ibu dan ayah makan .. mereka kata sedap... wani pun puas hati la .. hihi ... bahan sambal ikan ni ada terasa masam-masam sikit sebab wani perah jus limau kasturi ketika tengah dimasak dalam kuali .. biar sambal tu cukup segala perasa...dan yang penting rasa tu kena balance ... dalam resepi tak letak tapi wani letak jus limau tu ... sambal ni so aromatic dengan bauan  daun kunyit  ^^ ..resepi ni wani ambil kat fotopages ..apapun terima kasih banyak-banyak  tapi terlalu banyak olahan dah wani buat ... 


CENCARU SEKSI (  BELAH BELAKANG )

Bahan
4 ekor ikan cencaru[dicuci dan dibelah dibelakang] untuk 1 ekor ikan cencaru
minyak

Bahan Sambal/Mesin 
*2 batang serai
*4 ulas bawang merah 
*6 tangkai cili merah ( 2 tangkai lada hijau & 1 tangkai lada merah )
*1/2 cawan daun kunyit [mayang halus] ( 2 helai daun kunyit sederhana ,satu helai dimesin dan satu helai  lagi dimayang halus)
3 biji limau kasturi [belah 2 dan buangkan biji] 
2 s/b kelapa parut 
garam dan gula secukup rasa 
sedikit belacan ( tambahan sendiri )

 * bahan-bahan ini dimesin

Cara membuat
1. Mesinkan bahan sambal dan gaulkan dengan daun kunyit.
2. Sumbatkan sambal kedalam/belakang ikan cencaru.
3. Panaskan minyak dan gorengkan ikan sehingga garing..
4. Terbalikkan ikan supaya garing dikedua2 belah ikan tu.
5. Bila dah masak hidangkan dalam pinggan.
6. Hiaskan dengan salad dan limau kasturi supaya semasa makan boleh diperahkan limau untuk menambah perisa sambal dalam ikan.

Cara Wani 
1. bahan kisar dimesin bersama dengan 1 helai daun kunyit.
2. tumis bahan kisar bersama daun kunyit yang dimayang halus. bila bahan tumis hampir nak naik minyak, perahlah sedikit jus limau kasturi ( wani guna 1 biji limau kasturi )  dan perasakan dengan garam dan gula. tumislah sehingga masak ( naik minyak ) 
3. selepas siap tumis, tutup api dan masukkan kelapa parut dan gaul rata. 
4. kemudian, sumbatkan baham sambal tadi ke dalam belakang ikan cencaru.
5. lumurkan ikan dengan sedikit minyak tak nak bagi ikan menjadi kering dan bakar di dalam oven sehingga masak. wani guna suhu 180 C dalam 40 minit


6 Comments

  1. Assalamualaikum Wani,
    senang aje kalau nak makan ikan panggang / bakar.... masuk aje dalam oven...siap! Seksi ye ikan tu... he he hehhh

    ReplyDelete
  2. salam wani
    mmg seksi..tgok cara ikan tue posing he hehee mulut dia paling seksi..he hheee gurau jer ..sy pun suka makan ikan masak camnie..x der minyak..kita bakkoor jew..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum kak wani...nani dah lama teringin nak makan ikan cencaru.tapi kat sabah ni macam susah sangat nak jumpa. selalu mak buat sumbat sambal pastuu goreng je. sedapppppp sangat! cumanya kalau goreng memang kene pakai banyak minyak la sebab ikan ni besar.

    ReplyDelete
  4. salam wani, huiiii seksinya, malu la tgk...hihihihihi

    ReplyDelete
  5. wowwwww..nak selak ikut belakang boleh... nak tengok isi ikan...dot blue2 yer..hahaha..

    ReplyDelete
  6. SAlam... wahh cencaru tu memang seksi... yang melihat dah terliur ni memang seksa betul hahaha... Fav Hubby ikan cencaru.. inilah lauk yang paling sesuai dengan cik adik seksi caru tu kan kan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post