Total Pageviews

MY BELOVED FOLLOWERS,, THANKS

Sunday, April 8, 2012

AYAM HARUM THAI

ASSALAMUALAIKUM.......


sejak semalam lagi sejuk je suhu persekitaran .. disebabkan hujan yang turun renyai-renyai.... cuaca pun mendung je .. sebelum ni pun dah banyak hari cuaca panas... sebelum wani nak bercerita lanjut wani nak cakap resepi ni sangat lah SEDAP!!!!! .. best betul bila makan dengan nasi panas-panas ... for those who loves thai version .. this recipe suits your taste la ya ,, hihi .. terasa macam makan tom yam berkuah tu cuma yang ni kuah ala pekat je la salut ayam gitu...kalau kuah tu banyak sikit... lagi la sedap..  kali kedua wani akan buat lagi .. lagi ..lagi...kat dalam tu wani tak letak lada benggala sebab tak ada stok ...  cuma wani ada ubah cara nak tumis sikit ... mohon share resepi ni ya dah ramai dah yang mencuba resepi ni .. kak ayu , kak ummi dan kak noor .. terima kasih buat semua yang berkongsi .. itu je yang wani tahu ... mungkin ada yang dah cuba .. memang sedap kan ??? cubalah .. memang akan bertambah nasi makan hihi ... oh ada kemusykilan kat sini tadi bila wani nak buka blog kak ayu tak dapat pulak dia cakap THIS BLOG IS OPEN  TO INVITED READERS ONLY.. sebab tu wani dah lama tak nampak kak ayu post-postkan resepi ... ke wani yang silap tekan .. huhu... harap -harap dapat la tengok balik kak ayu berblog ...


AYAM HARUM THAI
resepi: TryMasak
sumber: Ummi @ Home Sweet Home
Sources:-Nor@Secubitgaram

Bahan:-
1/2 ekor ayam (dipotong kecil/ikut suka) - bersihkan-(Ayu gunakan 1 ekor ayam)
2 batang serai - dititik (akak letak 3 btg)
4 helai daun limau purut - (akak letak 6 helai)
2 biji lada benggala - belah 4 (akak guna yg hijau & merah)
5 bj cili api ~ ni K.Nor tambah-(Ayu tambah lebih sikit)

sedikit gula dan garam secukup rasa
4 sudu besar minyak untuk menumis

Bahan A (dihiris nipis/ditumbuk):-
1 biji bawang besar ( wani hiris bulat - bulat)
4 ulas bawang putih ( wani cincang halus )
1 inci halia ( wani cincang halus )

Bahan B (dicampur, jadikan sos):-
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar pes tomyam
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar kicap manis
1 biji limau nipis - ambil jusnya
daun sup - dihiris halus-halus ~ k.nor gantikan dgn daun ketumbar

Cara Memasak:-
Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam dan goreng sekejep separuh masak je. Angkat dan ketepikan.
Tumiskan bahan A sampai wangi.
Masukkan bahan B dan kacau rata dan naik bau wangi jgk.
Masukkan ayam, serai dan daun limau purut.
Masak dengan api perlahan dan gaul sekata.
Masukkan lada benggala dan bila ayam telah masak, tutup api.
Hidangkan dengan nasi putih panas-panas.

NOTE:  
- wani ubah sikit cara nak tumis tu, wani tumiskan serai dititik dan cili api diketuk terlebih dahulu barulah masukkan bahan A
- lepas masuk semua sos-sos tu letak daun limau purut, jus limau nipis dan daun ketumbar dan  tambah sedikit air  supaya sos-sos bergaul rata  dan terus masukkan ayam .. masak sampailah pekat kuah tu ...

8 comments:

  1. salam kak wanii.. dh lunch ye.. sedap nmpk ayam tu. tun xsure dh try ke blom, byk beno resepi ayam. hihi.. kalau yg ada limau purut ni mmg tun suka. dulu2 selalu la masak, sejak 2 menjak pokok limau purut tun kene serang ngan ulat bulu n semut, dh limited dh supply daun limau purut nih.sedih je.

    ReplyDelete
  2. ermmmm...harumnya sampai ke rumah k.gee laa... terasa lapar jer perut nih...

    ReplyDelete
  3. Mmmm....harumnya sampai ke Lahad Datu... memang kalau dah namanya ada 'thai' ia cukup mennyelerakan!

    ReplyDelete
  4. harumnya..nengok jew dh tau mmg sedap:)

    ReplyDelete
  5. kak ayu dah tutup blog sekejap sebab kes copy gambar2 kak ayu n entry nyer tu kan.. kesian dia.. cam ada dua blog pulak..

    wahh ayam gini mmg bets. rasa cam dh penrah try je.. hmmm sedap2

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Wani,
    Akak dah pernah buat ayam ni, mmg sedap..... Itulah halnya, sedih pula bila mengingatkan kes Ayu, tentu hatinya terkilan dengan kerenah sesetengah orang, harap2 sepinya blog Ayu buat sementara saja....

    ReplyDelete
  7. ini mcm belom pernah try lagi...adoi! meleleh liur tengok ni.

    ReplyDelete